Call us at +603 8744 2331

5 Langkah Mengekalkan dan Mendapatkan Pekerja F&B yang Berkualiti

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Industri makanan dan minuman tidak pernah lari dari isu kekurangan pekerja. Majoriti mereka yang bekerja dalam bidang ini adalah golongan muda yang mengisi masa lapang semasa cuti pengajian atau mencari pengalaman sebelum mendapat kerja tetap. Ia juga industri yang mencabar kerana melibatkan servis dan hospitaliti, maka tidak asing apabila kadar pekerja yang berhenti bekerja sangat tinggi.

Sebagai pengusaha kedai makan atau restoran, kadar pertukaran pekerja (employee turnover rate) tidak dapat dielakkan, tetapi anda boleh mengawalnya. Salah satu caranya adalah dengan membuat pekerja anda rasa gembira. 

Pekerja yang setia dan gembira mengurangkan keperluan untuk mencari dan melatih pekerja baru. Secara tidak langsung, ia dapat menjimatkan masa dan kos yang boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan anda. 

Terdapat 5 kunci untuk memastikan pekerja anda gembira:

  1. Persekitaran tempat kerja yang positif
  2. Berikan gaji yang berpatutan
  3. Manfaatkan teknologi dalam restoran
  4. Raikan pencapaian pekerja
  5. Menyediakan latihan untuk pekerja

 

1. Persekitaran tempat kerja yang positif

Persekitaran kerja yang positif datang dari komunikasi dan semangat berpasukan. Melalui dua aspek ini, ia memudahkan pekerja-pekerja anda untuk bekerjasama dan saling bantu-membantu. Apabila mereka rasa bersatu dalam pasukan, ia membuatkan kerja lebih seronok dan pekerja anda gembira untuk menjalankan tugas mereka.

Selain itu, komunikasi yang jelas dalam satu pasukan juga memainkan peranan utama. Komen atau maklum balas tentang prestasi pekerja sememangnya penting, tetapi anda juga perlu mengambil berat kesejahteraan pekerja anda. Melalui komunikasi yang sihat, anda boleh mengenal pasti isu-isu di kalangan pekerja anda yang boleh memberi impak kepada prestasi bekerja mereka. 

Sebagai contoh, anda boleh menyemak semula jadual bertugas dan kenal pasti pekerja yang kurang bekerja atau terlebih bekerja. Dari situ, pekerja anda boleh berbincang cara untuk mengatur tugasan mengikut keutamaan masing-masing. Cara ini boleh mengelakkan konflik dalaman di kalangan mereka dan menjadikan restoran anda tempat yang seronok untuk bekerja. 

 

2. Berikan gaji yang berpatutan

Suasana bekerja yang baik tidak dapat menjamin kepuashatian pekerja jika gaji yang diberikan dianggap tidak setimpal. Berdasarkan kajian pasca-pandemik oleh Black Box Intelligence dan Snagajob tentang industri restoran, sebab utama pekerja mencari peluang kerja lain adalah untuk menerima gaji yang lebih tinggi.

Mematuhi gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan saja tidak memadai. Sebagai majikan atau pengurus, anda harus membuat penyelidikan tentang restoran yang serupa di kawasan anda dan bandingkan kadar gaji mereka dengan restoran anda. Langkah ini bagus untuk mengekalkan kakitangan anda dengan memberikan faedah dan gaji yang berpatutan dengan prestasi kerja mereka yang bagus.

 

3. Manfaatkan teknologi dalam restoran

Apabila bisnes makanan anda semakin berkembang, permintaan dan jangkaan dari pelanggan juga meningkat. Ini boleh menambah tekanan kepada kakitangan anda untuk memberikan perkhidmatan terbaik walau di waktu puncak. Salah satu cara untuk mengurangkan tekanan pekerja anda, terutamanya yang baru melapor diri adalah dengan sentuhan automasi di restoran anda.

Dengan memanfaatkan teknologi restoran, sistem pintar boleh mengambil alih tugas penting yang memerlukan ketepatan yang tinggi seperti mengambil pesanan. Sebagai permulaan, anda boleh menggunakan sistem POS seperti Slurp! yang boleh menyelaraskan operasi anda dengan cara yang paling mudah. Slurp! bukan sahaja boleh mengambil pesanan, ia juga boleh mengendalikan pembayaran, inventori stok, dan juga staff clock-in dalam hanya satu peranti!

Kakitangan anda boleh lebih fokus melayan tetamu dan menyediakan hidangan, biarkan sistem pintar seperti Slurp! mengendalikan operasi dengan lancar. Dari satu segi, tekanan dan beban kerja kakitangan anda berkurangan apabila anda menggunakan automasi di restoran anda.

 

4. Raikan pencapaian pekerja

Kegigihan pekerja anda untuk mencapai matlamat dan jualan harian perlu dihargai. Jangan lupa untuk meraikan dan memberi ganjaran untuk pencapaian pekerja-pekerja anda. 

Memberi ganjaran kepada pekerja anda boleh menunjukkan tanda penghargaan anda terhadap sumbangan dan kerja yang telah mereka lakukan. Selain itu, program ganjaran akan menggalakkan pekerja untuk berusaha mencapai matlamat yang sama dan mengurangkan kemungkinan untuk meninggalkan kerja semasa mereka. Ganjaran boleh disediakan dalam sebarang bentuk seperti insentif tunai, cuti tambahan, atau hadiah kecil.

 

5. Menyediakan latihan untuk pekerja

Program latihan dan pembangunan pekerja boleh membantu menambah set kemahiran pekerja anda untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam industri F&B. Ia juga menunjukkan bahawa anda dan pihak pengurusan mengambil berat tentang pembangunan skil pekerja-pekerja anda.

Pekerja yang gembira dan pekerja mahir saling berkaitan. Ini kerana apabila seseorang berasa yakin dengan kemahiran yang dimilikinya, dia cenderung untuk memotivasikan diri dan berjaya di tempat kerja. Oleh itu, lebih banyak anda membantu pekerja anda mengembangkan kemahiran di tempat kerja, lebih senang untuk mereka kekal bekerja dengan anda.

 

Mencari pekerja yang berkualiti

Mengambil pekerja yang berkualiti untuk restoran anda memerlukan budaya kerja dan matlamat yang jelas. Dari situ, anda akan tahu apa yang diharapkan daripada calon pekerja yang akan menjadi sebahagian daripada perniagaan anda. Anda boleh cuba meminta pekerja semasa anda yang anda percaya untuk mencadangkan kenalan-kenalan yang mempunyai potensi untuk perniagaan anda.

Anda juga boleh merujuk kepada soalan temuduga kami sebagai panduan tentang perkara yang perlu dicari apabila anda ingin mengupah kakitangan restoran.

 

Konklusi

Dengan membuatkan pekerja anda gembira bekerja, anda boleh mengekalkan jumlah pekerja dan menjimatkan kos pengambilan pekerja baru. Ketahui lebih banyak tips dan perkembangan tentang operasi F&B dengan mengikuti Slurp! Newsletter.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.