Call us at +603 8744 2331

5 Tips Soal Jawab Sesi Interview Pekerja Restoran

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Apakah soalan yang boleh ditanyakan semasa sesi interview pekerja restoran?

Penting bagi serorang pengurus restoran untuk mengambil pekerja yang bukan sahaja memenuhi kriteria dan skop pekerjaan, malah faktor lain seperti personaliti calon juga perlu diambil kira.

Ini kerana, pemilihan pekerja baru boleh memberikan impak positif atau negatif kepada dinamik sesebuah restoran.

pekerja restoran gembira

Soalan yang tepat semasa interview boleh merungkai pelbagai faktor penting seperti personaliti, motivasi, keinginanan serta kejujuran calon tersebut. Tapi apakah soalan yang sesuai ditanyakan kepada pekerja dalam industri restoran? Dan bagaimana pula cara untuk menjawab soalan tersebut?

Di sini kami senaraikan 5 soalan dan jawapan temuduga yang boleh diguna dalam temuduga pekerja restoran.

 

1. Apakah yang akan anda lakukan jika ada pelanggan restoran yang tidak berpuas hati dengan kualiti servis atau makanan?

pelanggan tidak berpuas hati

Ini adalah soalan yang baik untuk ditanya bagi mendapatkan gambaran tentang bagaimana cara calon akan bertindak jika berada dalam senario sedemikian dan anda boleh menilai sama ada reaksinya sesuai dengan polisi restoran anda.

Contoh jawapan:

“Saya akan mendengar dan menerima keluhan pelanggan dan memohon maaf jika perlu. Jika saya tahu aduan tersebut sebelum pelanggan selesai makan, saya akan cuba membetulkan keadaan, bergantung pada apa yang berlaku, seperti menawarkan untuk berpindah ke meja lain, menggantikan hidangan atau memberi diskaun jika polisi restoran membenarkan. 

Jika saya tidak mengetahui tentang aduan sehingga pelanggan selesai makan saya akan menawarkan kupon untuk lawatan seterusnya bagi menggalakkan pelanggan memberikan peluang kedua kepada restoran untuk memberikan pengalaman yang lebih baik.”

2. Tunjukkan cara anda boleh mempromosi hidangan atau menu istimewa yang ada di restoran.

pelanggan gembira

Minta calon bayangkan anda sebagai pelanggan dan arahkan calon terangkan cara beliau menjual hidangan atau menu istimewa yang ada di restoran.

Soalan ini dapat melihatkan cara calon berfikir dan keyakinan beliau berkomunikasi. Cari jawapan calon yang bukan sahaja yang menarik perhatian anda, tetapi juga memikat anda untuk membeli hidangan tersebut.

3. Apakah pengalaman bermakna yang anda pernah lalui semasa melayan pelanggan anda?

pelanggan gembira

Soalan ini dapat menunjukkan minat dan kemahiran calon dalam perkhidmatan pelanggan. Beri perhatian kepada cerita yang menyerlahkan keupayaan mereka menggembirakan pelanggan tetapi juga bagaimana mereka mengubah situasi yang mencabar menjadi positif.

Contoh jawapan: 

“Dalam pengalaman saya yang lepas, ada satu keluarga yang kerap datang setiap malam Jumaat bersama anak lelaki mereka. Pada satu malam, anak mereka ada menyebut hari lahirnya adalah pada minggu depan.

Jadi saya mencatat pada kalendar dan sediakan kek percuma untuknya pada lawatan mereka seterusnya. Dia sangat gembira, dan ibu bapanya memberitahu akan mengenalkan restoran kami kepada rakan-rakan mereka.”

4. Ceritakan satu situasi di mana anda perlu berhadapan dengan pelanggan yang bermasalah dan cara anda menanganinya.
pelanggan marah

Bekerja di restoran tidak semudah yang disangka, dan ada hari-hari anda terpaksa berhadapan dengan pelanggan yang bermasalah.

Walau bagaimanapun, kita sering terbiasa dengan istilah ‘pelanggan sentiasa betul’, jadi soalan ini boleh memberi gambaran tentang sejauh mana calon boleh mengurus situasi yang sukar tetapi tetap boleh memberikan khidmat pelanggan yang baik

 

5. Ceritakan satu situasi di mana anda menerima respon atau aduan daripada pelanggan dan cara anda menanganinya.
review teruk

Keupayaan untuk mengendali aduan pelanggan tanpa rasa marah atau defensif adalah penting dalam industri restoran. Pengurus juga memerlukan pekerja yang pantas berfikir dan dapat membuat keputusan dengan cepat untuk menyelesaikan masalah.

Kebolehan mendengar dan mempunyai rasa empati kepada orang ramai dapat membina kepercayaan antara pelayan dan tetamu.

Contoh jawapan:

“Pada satu hujung minggu, dua orang pelanggan datang kepada saya mengadu minuman mereka masih belum sampai selepas 1 jam menunggu. Mereka juga kecewa kerana menerima hidangan yang sejuk.

Dengan kebenaran pengurus, saya menawarkan mereka diskaun 15% dan kupon untuk lawatan seterusnya. Mereka gembira dengan tawaran tersebut..”

Semoga tips ini dapat membantu calon serta pengurus dalam proses pemilihan pekerja baru!


Stress & pening menguruskan bisnes F&B anda yang semakin maju?

Slurp! POS direka bentuk khas untuk perniagaan f&b anda

 

Maju kan bisnes anda dengan sistem Slurp! POS

  • Ciri-ciri sistem Slurp! POS :
  • Sistem Inventori
  • Sistem Pengurusan Pekerja
  • Laporan Masa Nyata
  • Team Khidmat Pelanggan
  • Sistem Pengurusan Meja
  • Sistem Pengurusan Cawangan Kedai
  • Sistem Bil Moden

 

Layari website https://getslurp.com/ untuk maklumat lanjut!

 

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.