Call us at +603 8744 2331

Kenapa Slurp POS adalah pilihan terbaik untuk pemilik restoran baru?

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Siapa kata sistem POS ni untuk restoran mewah je? Sebenarnya semua jenis kedai makan sesuai je guna sistem POS ni. Mindset kita je yang fikir bila benda tu digital, harga dia mesti mahal, hanya sesuai digunakan untuk restoran mewah dan susah nak guna. Sebaliknya, tidaklah semahal dan complicated yang anda sangka pun. Malah lebih berbaloi dan banyak perkara yang boleh dimudahkan dan dijimatkan secara keseluruhannya kalau anda invest untuk sistem POS ni. 

Dalam era digital ni, semua proses semakin ke arah penggunaan sistem digital bagi memudahkan kerja-kerja yang remeh. Tidak ketinggalan juga dengan pengurusan bisnes kedai makan. Anda seorang pemilik restoran baru dan masih tercari-cari sistem POS yang sesuai untuk kedai makan anda? Mungkin blog ini dapat membantu anda. Slurp POS ni apa? Dan macam mana nak pilih sistem POS yang sesuai?

Berbalik kepada topik kita, kenapa Slurp POS ni adalah pilihan terbaik untuk pemilik restoran baru?

  1. Ciri-ciri direka khas untuk bisnes F&B

    Untuk pengetahuan anda, Slurp POS menawarkan ciri dan fungsi yang khas untuk bisnes F&B.
    Antara features yang menarik di Slurp POS ni:

      – Kebolehan untuk customize menu anda. Slurp POS memberi fleksibiliti untuk anda customize menu mengikut keperluan kedai makan anda. Contohnya kalau anda nak buat promotion buy 1 free 1 ke, new offer ke atau nak tambah hidangan baru di menu anda, tak ada masalah! Anda boleh adjust atau modify menu anda dengan mudah.
      online dan kemudian terus buat delivery. Dengan adanya Online Ordering Integration ni, anda bukan sahaja dapat memudahkan pelanggan anda buat order, tapi anda pun dapat memasarkan lagi bisnes anda dengan lebih luas.
      – Lagi satu, di Slurp POS ada online ordering integration. Apa pula Online Ordering Integration ni? Online Ordering Integration ni sistem pesanan secara online yang boleh dilakukan oleh pelanggan anda sendiri. Sekarang kan trend order online, bayar
      – Slurp POS juga ada ciri table management. Dengan feature ni, anda dapat menambah baik susunan tempat duduk, tambah atau kemas kini meja layout anda, memudahkan pengambilan order dan secara tidak langsung anda dapat menyediakan servis yang pantas untuk pelanggan anda.
  2. Flexible

    Tak perlu risau dengan contract sebab tak perlu bayar apa-apa untuk berhenti menggunakan sistem Slurp POS! Malah kami beri pilihan untuk renew 3 bulan, 6 bulan dan setahun. Jadi, anda boleh rancang budget anda! Servis kami tidak terhad untuk pengguna Slurp POS. Semua pelanggan akan diberikan servis yang sama rata. Ini kerana kami sentiasa mendahulukan pelanggan kami.

  3. Support yang berdedikasi

    Di Slurp POS, anda tak perlu risau jika anda ada masalah dengan sistem POS anda. Kerana, masalah pelanggan adalah keutamaan kami. Kata lah anda ada masalah apps Central tak boleh access, anda boleh hubungi Support team kami untuk bantuan lebih lanjut. Apa lagi fungsi Support ni? Baca blog kami di sini.

  4. Mesra pengguna dan senang untuk dipelajari

    Nak pakai sistem POS tapi risau pekerja anda ambil masa lama nak biasakan dengan sistem? Tiada masalah! Slurp POS memastikan UI dan sistem kami mudah difahami. Lagipun, kami ada Support team yang akan train anda dan staff dan berdedikasi membantu anda apabila ada masalah. Bila staff anda dah faham cara nak gunakan sistem POS, lagi senang lah anda nak pastikan operasi bisnes anda berjalan lebih lancar.

  5. Stabil & Dipercayai

    Kami faham anda bimbang apabila menggunakan sesuatu sistem akan ada risiko-risiko seperti sistem down atau isu-isu di waktu puncak. Kami memastikan sistem Slurp stabil di waktu yang sibuk dan mempunyai risiko yang minimum yang tidak memberikan kesan kepada perkhidmatan atau operasi bisnes anda.Anda tak perlu risau dengan data-data anda bakal bocor atau digodam. Sebab semua data anda disimpan mengikut piawaian antarabangsa dengan langkah keselamatan encryption, firewall dan backup.

  6. Berbaloi

    Kalau anda beralih ke sistem POS, banyak perkara yang anda boleh jimat. Antaranya, anda dapat jimat masa, dan kurangkan kos pekerja. Order boleh dipesan terus dalam sistem daripada meja ke dapur. Tak perlu lagi pekerja yang ramai untuk ambilkan order pelanggan dan nak hantar order ke kitchen, sebab hanya dengan pakai satu iPad je, semua benda boleh settle. Selain itu, anda boleh jimat dari segi kos kerugian yang kita tak nampak. Contohnya, kos salah ambil order, kos ketirisan wang dalam pengiraan jualan harian, atau akauntan salah kira report sale. Kalau dah pakai sistem POS semua data jualan direkod di dalam sistem. Anda tinggal nak tekan button sahaja data apa yang anda perlukan.


Nak pilih sistem POS yang terbaik mungkin agak sukar. Yang paling penting, pilihlah sistem POS yang sesuai dengan keperluan, matlamat dan jenis operasi perniagaan anda. Pertimbangkan faktor seperti apa yang boleh bantu
improve-kan bisnes anda, sistem yang mesra pengguna, support team yang membantu, dan yang paling penting harga. Kalau anda mencari sistem POS dengan harga yang berpatutan, yang tak memeningkan kepala, senang kata mudah dan perform, mungkin Slurp POS boleh menjadi  pilihan terbaik untuk anda. Berminat nak tahu macam mana Slurp POS ni bantu operasi anda? Dapatkan DEMO PERCUMA dari kami sekarang!

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.