Call us at +603 8744 2331

Kejayaan Menu: Mengutamakan Populariti atau Keuntungan?

slurp_menu_kejuruteraan_2024

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Dalam perniagaan F&B, menu kedai makan merupakan perkara utama yang digunakan oleh pelanggan untuk menavigasi pelbagai pilihan makanan. Kebiasaannya, pelanggan akan melihat keseluruhan menu, membaca description makanan kemudian barulah mereka akan lihat harga sebelum membuat pesanan. Oleh sebab itu, menu kedai makan perlu ringkas, padat dan disusun dengan baik dan teliti. Yang paling penting, anda perlulah memastikan makanan dan minuman di menu anda dapat memberikan hasil jualan dan keuntungan kepada anda. Kaedah ini dipanggil Kejuruteraan Menu. 

Apa itu Kejuruteraan Menu?

Kejuruteraan Menu merupakan satu proses untuk mengoptimumkan menu kedai makan untuk mendapatkan keuntungan. Kaedah ini termasuk menganalisa data sales di dalam menu anda, kos setiap hidangan dan pilihan pelanggan anda untuk kenalpasti hidangan yang paling popular dan memberikan profit. Dengan kaedah ini, ia dapat membantu untuk membuat keputusan strategik tentang harga dan cara untuk promosikan hidangan tersebut.

Walaupun Kejuruteraan Menu ini satu proses yang kompleks, namun semua jenis restoran boleh mendapat keuntungan dengan menggunakannya. Anda boleh sediakan menu yang menarik kepada pelanggan anda dan ini secara tidak langsung dapat bantu anda untuk mendapatkan keuntungan jika semua elemen dipertimbangkan dengan betul. Dengan ini, anda dapat mengekalkan daya saing anda dalam pasaran restoran dengan menonjolkan keunikan menu yang ada di restoran anda.

Langkah untuk mulakan Kejuruteraan Menu

#1 Pertama sekali dalam Kejuruteraan Menu ialah anda perlu kumpulkan data menu anda, kos hidangan anda dan hidangan pilihan pelanggan anda.
Macam mana caranya untuk anda kumpulkan data ni?

  • Anda boleh dapatkan data-data ini jika anda menggunakan sistem POS. Kebanyakan sistem POS menyediakan data mengikut menu yang terjual. Seperti sistem Slurp! POS, anda boleh lihat makanan yang banyak terjual, dan hidangan paling banyak sales.
  • Jika anda tidak menggunakan sistem POS, anda boleh kumpulkan data daripada pekerja atau pelayan anda kerana merekalah barisan hadapan yang berhubung secara langsung dengan pelanggan dan lebih berpengetahuan tentang kehendak pelanggan, serta menu apa yang sering dipesan oleh pelanggan.
  • Selain itu, anda boleh lihat feedback atau review kedai makan anda melalui Google atau Yelp. Dari sini, anda boleh lihat menu yang sering dipesan oleh pelanggan anda, hidangan yang manakah yang mendapat review terbaik dan hidangan yang kurang memuaskan.

 

slurp_cloud_data_sales_product

#2 Setelah data ini terkumpul, anda boleh gunakan data ini untuk kategorikan menu hidangan anda mengikut 4 kategori ini bergantung kepada keuntungan dan populariti menu tersebut. Merujuk kepada contoh rajah di bawah,

menu_kejuruteraan_popular_untung

  • Coffee: Tinggi Keuntungan, dan hidangan sangat popular. Ini merujuk kepada menu yang memberi keuntungan yang sangat baik kepada bisnes anda dan mendapat permintaan tertinggi. Jadi, menu dalam kategori ini perlu dipromosikan dan dijual secara konsisten. Anda boleh beri penekanan dalam menu anda, termasuk gambar menu tersebut yang menarik dan letakkan ia pada bahagian utama menu supaya pelanggan dapat lihat menu tersebut terlebih dahulu.
  • 🍰Cake: Tergolong daripada hidangan yang tinggi keuntungan tetapi kurang popular atau sukar untuk dijual. Anda mungkin perlu pertimbangkan untuk buat promosi atau diskaun secara agresif atau tukar harga hidangan ini bagi menambah baik keuntungan dan meningkatkan permintaan.
  • 🍪Cookies : Hidangan di kategori ini mungkin popular di kalangan pelanggan, namun tidak memberikan keuntungan untuk anda. Walaupun hidangan ini tidak menguntungkan, tidak bermaksud anda perlu keluarkan hidangan ini daripada menu, kerana ia mungkin akan menyebabkan pelanggan anda lari. Dengan ini, anda mungkin perlu mencari jalan untuk mengurangkan kos hidangan tersebut dengan menukar versi ingredients yang digunakan di dalam menu anda yang lebih murah daripada hidangan asal tanpa mengurangkan kuantiti atau saiz hidangan.
  • 🍲Veggie Soup: Hidangan yang kurang untung dan kurang popular. Disarankan untuk anda keluarkan menu ini daripada senarai menu anda.

 

Setelah menu hidangan telah dikategorikan, anda perlulah menggunakan informasi ini untuk membuat keputusan strategi untuk meletakkan harga dan mempromosikan menu anda. Sebagai contoh, anda mungkin boleh masukkan “top” hidangan di atas menu atau susunkan hidangan tersebut di eye level pelanggan. Anda juga boleh cuba masukkan sekali diskaun atau offer terbaru mengikut menu di kategori Cake dan Coffee untuk menggalakkan atau tarik pelanggan untuk membuat pesanan.

 

menu_tips

3 Faktor Perlu Dipertimbangkan di Dalam Menu

Selain daripada populariti dan keuntungan, terdapat beberapa faktor yang anda perlu pertimbangkan semasa menyusun menu anda.

  1. Kos bahan mentah
    Kos setiap menu adalah penting, lebih-lebih lagi bila ia berkaitan dengan keuntungan setiap hidangan. Ini kerana, bukan sahaja anda perlu tampung kos bahan mentah, kos kos yang lain juga anda perlu ambil kira. Sini kami kongsikan cara untuk kira kos dan harga makanan.
  2. Sasaran pasaran
    Sebagai pemilik kedai makan, anda perlu susun menu anda dengan kemas dan menarik mengikut kepada target pelanggan anda. Contohnya, jika kedai makan anda khusus untuk pelanggan yang datang bersama keluarga, anda boleh masukkan menu untuk kanak-kanak.
  3. Trend
    Jika anda lihat, permintaan pelanggan kerap berubah disebabkan oleh pergerakan trend makanan terkini. Kebiasaannya makanan yang mengikut peredaran trend ini akan cepat naik, dan mendapat permintaan yang tinggi. Contoh makanan yang trending sekarang adalah seperti di dalam artikel ini.

 

Sebagai konklusi, Kejuruteraan Menu ini memanglah satu proses yang kompleks, namun ia amatlah berguna untuk peniaga F&B. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan lebih-lebih lagi bila ianya berkaitan dengan kepuasan pelanggan dan keuntungan bisnes anda. Dengan menggunakan sistem POS juga, ianya sedikit sebanyak dapat bantu anda untuk mengoptimumkan menu anda, dan data menu anda. Jom pakai Slurp! POS 🤗

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.