Call us at +603 8744 2331

Makanan Trending 2024 di Malaysia Anda Patut Cuba

trending foods, Cromboloni

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat Malaysia amat sinonim dengan trend makanan ‘viral’. Asal ‘viral’ je, berpusu-pusu orang ingin mencuba. Malah, ada yang sanggup beratur berjam-jam lamanya untuk membeli supaya tidak ketinggalan. Anda juga pasti terjebak juga dengan trend makanan ‘viral’ ni kan, ya lah, bila banyak orang membeli dan memberikan review yang positif, semestinya anda teracun dan akhirnya anda terbeli.. 🤭

Tidak mahu ketinggalan dengan trend makanan ‘viral’, sini kami senaraikan beberapa makanan yang sedang ‘viral’ sekarang. Ha, anda dah try ke belum? 😄

  1. Cromboloni 🥐

    trending foods, Cromboloni
    Bagi yang tidak mengenali, Cromboloni merupakan gabungan diantara Croissant dan Bomboloni. Kebiasaannya, Cromboloni ini berperisa matcha, strawberi, dan coklat. Makanan ‘viral’ di Malaysia ini sering menjadi tumpuan kerana keunikan dan inovatif terhadap makanan itu sendiri. Selain itu, dengan ‘visual’nya yang menarik, dan ‘tempting’ membuatkan orang ingin mencubanya.

    Namun, untuk membuat seketul Cromboloni ini tidaklah semudah yang kita sangka, kerana ia menggunakan doh croissant. Di Malaysia, kebiasaannya makanan ‘viral’ yang menjadi perhatian pastinya wujud golongan peniaga yang menjual hanya sekadar mengikut trend tanpa mempunyai sebarang kemahiran membuat pastri. Jadi, anda sebagai pembeli yang bijak berhati-hatilah dan jangan tertipu dengan hanya melihat gambar di menu.

  2. Kek Tapak Kuda 🎂

    Viral Food - Kek Tapak Kuda
    Rata-rata di media sosial, kita dihujani dengan kek tapak kuda. Sehingga macam-macam pilihan inti lah! Kuih yang dikatakan berasal dari Brunei ini telah menjadi rebutan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya penggemar kek. Teksturnya yang gebu, lembut, di samping intinya krim coklat. Kek ini yang asalnya berinti krim coklat, dipelbagaikan dengan perisa Biscoff, Nestum, dan Matcha Crunchy membuatkan populariti kek tapak kuda meningkat dan mendapat permintaan yang tinggi. Adakah anda telah mencubanya?

  3. Steamboat 🍲

    viral food Malaysia - Steamboat
    Makanan steamboat telah mendapat sambutan yang hangat dikalangan masyarakat di Malaysia. Rata-rata makanan jenis ini menjadi kegemaran mereka kerana konsepnya yang sesuai untuk orang yang suka ‘food hunting’ atau berkunjung ke kedai steamboat bersama kawan-kawan atau keluarga, duduk menikmati makanan sambil berborak. Namun, tiada masalah jika anda pergi berseorangan.
    Dengan hidangan jenis bufet, anda boleh nikmati ‘all-you-can-eat’ dengan kadar harga berpatutan dan berbaloi. Anda juga mendapat banyak pilihan yang beraneka makanan laut seperti ketam dan udang. Selain itu, anda juga boleh menikmati daging kambing, lembu dan ayam dengan pelbagai pilihan sup. Bukan itu je, apa yang paling ‘special’ untuk sajian ini ialah anda boleh buat sos sendiri mengikut cita rasa anda. Sangat tak rugi lah!

  4. Kopi lokal ☕

    Trending Food - Local Coffee
    Produk kopi tempatan telah menjadi pilihan orang ramai disebabkan oleh isu Palestine. Ekoran dengan isu ini telah menggalakkan orang ramai untuk ‘support local’ yang sebenarnya lebih murah dan sedap.

    Bagi ‘Coffee lovers’ yang pastinya tidak boleh mulakan hari mereka tanpa secawan kopi, dan tiada masa untuk membuat kopi lagi menggalakkan mereka untuk membuat pesanan secara terus melalui aplikasi brand tersebut. Antaranya ialah Zus Coffee, Bask Bear Coffee.

    Selain itu, terdapat juga peniaga tempatan yang membuat perniagaan kopi secara kecil-kecilan seperti Kopi Dua Darjat, Ngopi, Kopi Kisah Kita dan lain-lain.

Sebagai konklusinya, pelanggan seperti kitalah yang membentuk industri makanan dan minuman (F&B) di Malaysia yang kini berkembang dengan cepat mengikut perubahan ‘trend’. Ini secara tidak langsung dapat membantu peniaga tempatan yang sedang berkecimpung dalam perniagaan yang berasaskan F&B untuk berpeluang untuk mendapat keuntungan.

Makanan yang ‘viral’ dan ‘hype’ ini bukan sahaja mendapat perhatian anda, namun ia juga membolehkan anda untuk discover makanan baharu, dan menghargai rasa yang baharu. Dengan ini, anda bukan sahaja dapat memuaskan deria rasa anda tetapi juga meningkatkan hasil jualan peniaga lokal, dan menghasilkan kepelbagaian dan kreativiti dalam kepelbagaian masakan Malaysia.

Adakah anda pemilik restoran? Masih menggunakan cara manual untuk uruskan bisnes anda? Jom guna Slurp POS! Nak tahu feature apa yang menarik yang anda boleh guna untuk kedai makan anda? Dapatkan Demo dari kami sekarang!

Get Free Demo From Us

 

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.