Hampir setiap restoran mengalami masalah untuk kekalkan pelanggan datang semula ke kedai mereka. Ini kerana industri F&B ini luas, dan pelanggan mempunyai banyak pilihan. Jadi, jika anda mempunyai pelanggan yang sama kerap datang ke kedai anda, mungkin anda patut hargai mereka. TAPI KENAPA?
Mungkin anda pernah dengar bahawa, anda dapat jimatkan kos dengan memastikan seorang pelanggan gembira dengan servis anda berbanding mencari 5 pelanggan baru. Tak salah pun untuk anda cari pelanggan baharu. Cuma, cuba anda fikirkan semula.
Katalah anda mempunyai seorang pelanggan yang berbelanja RM20 di restoran anda, dan tidak datang semula ke kedai. Anda hanya dapat membawa masuk RM20. Tapi, jika pelanggan yang sama datang ke kedai anda sepuluh kali, anda boleh capai sehingga RM200. Belum lagi jika pelanggan tersebut membawa rakan-rakan, dan keluarga datang ke kedai anda.. Kan dah untung tu? Itulah sebabnya dalam berbisnes, pelanggan yang setia ini penting.
Jadi, macam mana nak pastikan pelanggan anda datang semula ke restoran? Sini kami kongsikan beberapa idea:
#1 Berikan ‘dining experience’ yang luar biasa,
Banyak restoran menawarkan makanan yang sedap tapi, customer service out. Jadi, nak ambil hati pelanggan tu bukan sekadar makanan sedap je, anda kena juga ambil kira dari semua segi servis tiptop, harga berpatutan, kebersihan di kedai makan terjaga. Nak extra lagi jika anda menggunakan sistem POS di kedai makan anda. Lagi mudah dan cepat lah staf anda untuk uruskan pelanggan. Jadi, pelanggan yang datang ke kedai anda pastinya akan rasa special dan nak datang semula ke kedai anda di masa akan datang.
#2 Berinteraksi dengan pelanggan anda melalui media sosial
Menurut Forbes, 62% daripada milenium berkemungkinan menjadi pelanggan setia hanya dengan penglibatan di media sosial. Ini menunjukkan bahawa berinteraksi dengan pelanggan melalui media sosial adalah strategi yang berkesan untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan ke restoran anda. Kerana mereka bukan sahaja mengharapkan anda mempunyai media sosial, tetapi mereka mahukan anda untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan mereka. Media sosial merupakan ‘platform’ yang terbaik untuk anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelanggan anda.
Salah satu cara yang anda boleh guna untuk mendapat interaksi yang lebih baik adalah dengan menggunakan hashtag ke dalam posting anda. Anda juga boleh membuat pertandingan (contest) atau memberikan give aways sebagai cara untuk tarik perhatian dan reward pelanggan dan followers anda.
Melalui media sosial juga, anda boleh kongsikan atau berikan update sekiranya anda mempunyai special offer atau promosi supaya pelanggan anda atau followers anda alert. Dalam masa yang sama, anda juga boleh kongsikan update terkini atau event sekiranya ada.
#3 Tingkatkan ‘exposure’ restoran anda
Advertisement memang membantu, tetapi ianya melibatkan kos yang tinggi, dan walaupun anda mampu, ianya mungkin tetap tidak cukup untuk anda kekal berada di minda pelanggan anda. Jika anda mempunyai pelanggan setia yang kerap datang ke kedai anda,inilah peluang anda untuk gunakan alternatif seperti Customer Loyalty Program supaya mereka rasa dihargai. Contoh Loyalty Porgram yang sering pemilik bisnes gunakan ialah Promosi menu baru, Voucher Code atau Birthday Voucher.
Sekiranya anda menggunakan sistem POS, ia mungkin dapat bantu anda lebih mudah untuk dapatkan contact pelanggan anda, dan lebih mudah untuk anda memberikan update kepada mereka melalui email atau mesej ke pelanggan anda.
Macam mana anda nak dapatkan info pelanggan anda melalui sistem POS? Anda boleh dapatkan info pelanggan ketika mereka membuat pembayaran atau semasa mengambil order. (Psst, bergantung juga jika pelanggan anda berikan nombor atau emel kepada anda).
Berikut adalah contoh resit Slurp! POS.
#4 Tempahan dalam talian (Online ordering)
Tak semua pelanggan mahu makan di luar setiap masa. Kadang-kadang mereka lebih cenderung makan di rumah. Jadi, anda boleh gunakan peluang ini untuk menawarkan online ordering. Bila dah ada online ordering, bukankah lebih mudah dan kerap pelanggan anda order makanan dari kedai anda. Dengan adanya pesanan online, pelanggan bebas untuk membuat pilihan sama ada dengan membuat penghantaran makanan ke rumah atau mereka juga boleh pick up makanan mereka di kedai.
Nak tarik pelanggan semula ke restoran bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak cabaran di luar sana. Tanpa pelanggan anda, anda mungkin tidak akan sampai ke tahap yang sekarang. Dan pelanggan yang bermula secara ‘one-off’ boleh menjadi pelawat berulang jika mereka rasa dihargai. Tips-tips yang dibincangkan di sini hanyalah satu permulaan; lebih banyak inisiatif yang anda lakukan, lebih besar peluang anda untuk berjaya.
Slurp! POS mempunyai penyelesaian yang cekap untuk menjimatkan wang dan memudahkan anda untuk mengendalikan operasi restoran. Cepat dapatkan DEMO PERCUMA dari kami sekarang!