Call us at +603 8744 2331

Kebaikan sistem POS untuk pekerja F&B 2023

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Operasi kedai makan yang tradisional mungkin masih relevan untuk anda; pengiraan menggunakan kalkulator dan tiada rekod jualan yang jelas, menu fizikal yang sukar untuk diubah apabila ada menu tambahan atau promosi, proses ambil pesanan ditulis di atas kertas dan tiada rekod menu yang dipesan untuk dilihat semula. Pekerja anda pula masih perlu menghadap pelanggan untuk tugas-tugas leceh seperti melayan karenah pelanggan dengan masalah pesanan dan menunggu pelanggan buat decision pesanan. Masih seperti bukan suatu masalah?

Oleh itu, sistem POS dibina bagi membantu menguruskan dan menguruskan risiko-risiko yang mungkin bagi anda tidak besar tapi tanpa sedar itulah punca operasi kedai anda yang tidak efisien.

Sistem POS bukan sahaja membantu menguruskan operasi kedai anda. Malah, ia juga dapat memudahkan tugas pekerja anda dengan memberikan ruang untuk meguruskan perkara yang lebih penting daripada melayan karenah pelanggan berpunca daripada operasi anda yang tidak praktik.

Sini kami kongsikan 5 kebaikan sistem POS untuk pekerja F&B.

  1. Sistem order yang efisien

    Sistem POS mengurangkan risiko kesalahan order. Order boleh dipesan terus daripada dalam sistem. Dengan ini, salah faham atau miscommunication antara kitchen dan Front of House dapat diminimumkan.

    Proses penyediaan dan penghantaran makanan juga menjadi lebih cepat.

    Jika kedai makan anda menggunakan QR Ordering, pelanggan boleh scan kod QR untuk melihat menu dan lebih bebas untuk membuat pesanan sendiri tanpa mengganggu pekerja anda.

  2. Pengubahsuaian Order

    Sistem pemesanan secara manual selalu mengalami kesukaran untuk pekerja mengingat pesanan yang ‘kompleks’ daripada pelanggan. Dengan sistem POS, ia dapat memudahkan staf memasukkan order pelanggan dengan mengurangkan risiko kesalahan pesanan. Contohnya, pelanggan mahukan Air Teh Ais kurang manis, staf anda hanya perlu tekan modifier/remark dan pilih “Less sugar” button di sistem POS.

  3. Pengurusan meja

    Pengurusan susunan meja juga lebih mudah dengan sistem POS. Fungsi “Table Layout” dapat membantu kedai makan yang bersaiz besar untuk track status meja pelanggan di setiap meja melalui sistem POS sahaja. Hebat bukan? Nak tahu feature apa, tekan sini untuk baca.

  4. Pengiraan yang automatik

    Kami faham bila kedai dah ‘packed‘, mesti akan berlaku kesilapan dan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pelanggan. Di sini, sistem POS boleh membantu mengurangkan keserabutan tersebut dengan pengiraan yang automatik dan sistem pesanan yang lebih teratur. Anda dah tak perlu risau tentang risiko salah kira total bil kerana sistem POS dah auto kira bil, termasuklah tax, diskaun, dan lebih penting, semua kiraan tepat.

  5. Pengurusan masa

    Staf anda boleh fokus lebih kepada customer service dan kurangkan masa pada tugas-tugas manual seperti mengira bil, menulis pesanan order. Dengan ini, mereka dapat sediakan lebih banyak pelanggan dengan lebih cekap.

 

Kesimpulannya, sistem POS dapat memudahkan proses membuat order, mengurangkan error, memudahkan urusan susunan meja, dan anda dapat berikan satu tools yang berfungsi untuk staf anda yang meningkatkan ‘dining experience’ secara keseluruhannya degan lebih baik. Bukan itu sahaja, anda juga dapat menjadikan kerja mereka lebih mudah dan cekap. Secara tidak langsung, memberikan manfaat kepada anda, staf anda dan pelanggan yang makan di kedai makan anda.

Transformasikan kedai anda dengan automasi. Jadi apa lagi! Jangan lepaskan peluang untuk upgrade bisnes anda, dapatkan Free demo dari kami sekarang!

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.