Call us at +603 8744 2331

Sistem POS untuk Pengurusan Event

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Merancang dan mengurus event tidak mudah. Selain daripada deko yang cantik dan makanan yang sedap, perjalanan sesebuah event juga perlu dipastikan lancar untuk semua pihak.

Pen dan kertas tidak memadai untuk mengurus segalanya. Daripada pengurusan inventori, sehingga susunan meja, khidmat pelanggan, dan juga pembayaran – terlalu banyak untuk diuruskan dalam satu masa.

Sebab itulah anda perlu menggunakan sistem Point-Of-Sale. Ia boleh membantu menyelaraskan semua tugas-tugas dalam mengurus event dengan lebih sistematik dan paling penting, lancar.

“Macam mana sistem POS boleh membantu saya?”

 

 

1. Memudahkan perancangan event

Menu dan susun atur tempat adalah antara perkara yang perlu difikirkan terlebih dahulu semasa fasa perancangan majlis.

Slurp ialah satu sistem POS yang lengkap dengan ciri “table layout” dimana anda boleh menyusun meja mengikut strategi anda. Ini membantu anda untuk merancang susun atur yang memastikan kelancaran event dan interaksi antara pekerja dan tetamu.

Tambahan lagi, Slurp mempunyai ciri menu digital yang mudah diubah suai. Ciri ini sangat membantu dalam mengurus menu yang pelbagai. Malahan, pekerja anda boleh mengambil dan menyesuaikan order tetamu dengan sangat mudah mengikut citarasa mereka.

 

 

2. Mempercepat khidmat pelanggan

Kecekapan sangat penting untuk kelancaran event. Oleh itu, menggunakan Slurp POS boleh membantu menjadikan servis anda lebih pantas dengan ciri-ciri seperti:

  • Customer data: untuk marketing & loyalty
  • Waiter app: mengambil pesanan di meja
  • Order tracking: untuk melihat status pesanan
  • Pembayaran: bayaran asing, QR, dan pelbagai lagi

 

Dengan Slurp, semua ciri di atas boleh didapati dalam satu peranti. Jadi, staf anda lebih mudah untuk bergerak melayan tetamu anda dengan lebih pantas. Lebih-lebih lagi, Slurp POS meminimakan kesilapan dalam mengambil pesanan. Jadi tak perlu risau lagi tentang tetamu yang tak berpuas hati.

Dengan mengekalkan kepantasan servis anda semasa event, anda dapat memastikan event berjalan dengan lebih lancar serta memberikan pengalaman yang positif untuk semua pihak.

 

 

3. Mengukuhkan keselamatan semasa event

Keselamatan outlet anda sangat penting apabila menguruskan event. 

Anda semestinya akan sibuk menguruskan event dengan melayan tetamu-tetamu yang hadir. Isu keselamatan yang boleh timbul semasa event berjalan antaranya adalah terlepas pandang dengan keadaan cash drawer kerana kekurangan pekerja oleh kerana melayan tetamu.

Oleh sebab itu ramai pemilik restoran mengambil langkah keselamatan menggunakan Slurp. Dalam sistem Slurp POS, anda boleh:

  • Mengawal akses kepada cash drawer
  • Memantau aktiviti staf
  • Melindungi data peribadi

 

Slurp POS membenarkan anda menetapkan peranan dan akses untuk memastikan hanya individu yang dibenarkan sahaja yang boleh mengakses informasi penting. Untuk mengukuhkan lagi keselamatan, sistem Slurp juga membolehkan anda memantau aktiviti staf serta menyimpan data ke sistem Cloud yang dilindungi.

Menggunakan sistem POS yang efisien seperti Slurp membantu mengurangkan potensi kecurian wang dan data di outlet anda semasa event.

 

 

4. Mengukur kejayaan event

Selain dari survey pelanggan, apakah cara lain anda boleh gunakan untuk mengukur kejayaan sesuatu event?

Tak lain tak bukan, Slurp POS! Ia dilengkapi dengan keupayaan laporan dan analisis yang lengkap, seperti data jualan, data pelanggan, dan data inventori yang penting untuk perniagaan anda.

Dan walaupun anda menguruskan event dari jauh, anda boleh melihat kemaskini data yang real-time daripada Slurp dashboard anda. Di samping itu, sistem Slurp boleh menjana laporan jualan terperinci dengan visualisasi data, yang berguna untuk menganalisis kejayaan acara dan membuat perancangan event di masa hadapan.

 

Secara tuntasnya,

Slurp POS boleh mengendalikan semuanya apabila anda menguruskan event. Ia memudahkan perancangan, mempercepatkan customer service, mengukuhkan keselamatan, dan membantu anda mengukur kejayaan event.

Jadi, jangan lepaskan  Slurp POS sebagai teman berguna anda apabila menganjurkan event di kedai anda.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.