Call us at +603 8744 2331

Tips Berhenti Kerja dan Mulakan Bisnes Makanan

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Jika anda terfikir untuk berhenti kerja tetap anda dan merancang ingin membuka perniagaan FnB, anda perlu baca artikel ini sampai habis!

Anda mungkin sudah biasa mendengar cerita-cerita indah mahupun yang kurang indah tentang realiti perniagaan makanan. Tetapi ia bukanlah satu alasan untuk mengalah sebelum mencuba. Mari kami kongsikan persediaan yang anda perlu ambil sebelum berhenti kerja dan memulakan perniagaan.

 

1. Kumpul simpanan minimum 12-bulan gaji

 

 

Sebelum anda berhenti kerja dan merancang untuk memulakan perniagaan sendiri, pastikan anda mempunyai simpanan yang secukupnya. Ini bagi memastikan anda boleh terus bertahan jika rancangan tidak menjadi seperti apa yang dirancang. 

Anda mungkin teruja untuk bebas daripada kerja membosankan di pejabat, tetapi ia tidak akan menjadi semudah apa yang anda bayangkan. Menjadi pemilik perniagaan ada pasang surutnya, jadi anda perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan yang  akan menjejaskan kewangan anda.

Oleh itu, kerja sehingga anda anda mempunyai simpanan yang cukup untuk terjun ke bidang FnB.

 

2. Buat kajian dan tambah kemahiran

 

 

Mempunyai pelan rancangan perniagaan adalah satu permulaan yang bagus. Walau bagaimanapun, ia mesti diikuti dengan kajian yang terperinci untuk memastikan rancangan anda berhasil dan menguntungkan.

Antara perkara yang anda perlu kaji ialah:

  • Lokasi perniagaan & sasaran pasaran
  • Pesaing perniagaan
  • SWOT Analysis
  • Pembekal stok

 

Aspek-aspek tersebut akan membantu anda menstrukTips Berhenti Kerja dan Mulakan Bisnes Makanantur pelan bisnes anda menjadi unik di dalam pasaran.

Malah, anda boleh mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan dengan jayanya. 

Membuka perniagaan FnB akan menjadi lebih mencabar dari pekerjaan tetap anda. Oleh itu menambah kemahiran berkaitan bidang keusahawanan dan khidmat pelanggan akan membantu anda untuk menjalankan perniagaan dengan lebih senang.

 

3. Mencipta menu dan resipi

 

 

Matlamat langkah ini adalah untuk mencipta menu yang menarik pelanggan memilih kedai anda. 

  • Anda mahukan kedai anda dikenali kerana apa?
  • Apa yang belum ada di kawasan anda?
  • Apakah masakan yang paling anda pakar?

 

Ambil masa untuk bereksperimen dengan setiap resipi supaya anda boleh menentukan yang mana satu akan dimasukkan ke dalam menu dan menjadi highlight kedai anda.

Setelah anda menentukan resipi dan menu, anda boleh mula menyenaraikan bahan-bahan, pembekal, dan paling penting, kos.

Anda boleh merujuk formula mengira kos disini: 3 Cara Mudah Dan Menguntungkan Untuk Mengira Kos Dan Menentukan Harga Makanan

 

4. Automasikan operasi

 

 

Percayalah, anda akan perlukan banyak pertolongan dalam mengurus bisnes FnB. Mencari tenaga kerja untuk melakukan kerja-kerja berulang boleh memakan kos dan masa.

Kini, automasi boleh menyelesaikan masalah ini. Sistem Point Of Sale (POS) adalah kelengkapan yang patut anda laburkan untuk mengautomasikan operasi kedai anda. Ciri-ciri di dalam sistem POS seperti Slurp! akan memberi kelainan dalam perniagaan anda dari segi menjejaki jualan dan mengurus operasi.

Baca artikel: What Is A Point Of Sale System And How To Choose?

“Saya tak perlukan POS, saya hanya membuka bisnes online”.

Tahukah anda? Zaman sekarang bisnes online juga sudah automatik. Getorders adalah platform terbaik untuk membina bisnes FnB secara online dengan mudah. Anda hanya perlu daftar dan biarkan sistem Getorders kendalikan semua – dari memaparkan menu, mengambil pesanan dan menerima bayaran, menghantar makanan, dan menganalisis prestasi jualan.

Lihat: Why GetOrders Is The Ideal Platform For Your Business?

 

Hanya tinggal untuk mula

Untuk meninggalkan zon selesa sememangnya cabaran terbesar dalam merealisasikan impian bisnes FnB anda. Meskipun begitu, anda boleh mencapai sasaran anda apabila mengambil langkah yang bernas dan menggunakan alatan yang bertepatan dengan matlamat anda.

Selepas anda memulakan langkah-langkah di atas, anda boleh beralih kepada fasa mengisi borang dan menyediakan dokumen! 

Slurp! sedia untuk berbual dengan bakal pemilik-pemilik bisnes FnB bagi membantu memudahkan operasi perniagaan mereka. Jangan segan untuk menghubungi kami.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.