Call us at +603 8744 2331

3 Cara Mudah dan Menguntungkan untuk Mengira Kos dan Menentukan Harga Makanan 2023

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Makanan di kedai anda laku dan sentiasa ‘sold out’ sebelum masa operasi tamat, tapi pelik kenapa untung tak sebanyak yang dijangka?

Bisnes F&B memang nampak mudah tetapi bukan mudah untuk memastikan bisnes ‘kekal hidup’ bertahun-tahun. Tahukah anda harga jualan makanan memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesebuah kedai makan?

Terdapat banyak kaedah pengiraan dalam menentukan harga jualan makanan namun tiada kaedah yang ‘one size fits all’. Ianya bergantung kepada pelbagai faktor seperti perbandingan harga yang kompetitif serta jenis target pasaran anda.

Bagaimana nak tentukan harga jualan makanan dengan wajar? Jom lihat kaedah umum pengiraan penetapan harga makanan yang bisnes anda boleh praktikkan.

 

1. Kaedah kiraan kos makanan

Kaedah pertama dalam menentukan harga makanan ialah mengira kos bahan mentah yang akan digunakan untuk membuat satu hidangan. 

Anda perlu tentukan peratusan kos makanan yang diingini, seeloknya antara 30% hingga 35%. 

Selepas membuat pengiraan kos bahan mentah yang digunakan dan mendapat jumlah kos bahan untuk satu hidangan, bahagikan dengan peratus yang dikehendaki, hasilnya merupakan harga makanan tersebut. 

Berikut merupakan contoh pengiraan mengikut kaedah kiraan kos makanan :

Kos makanan / peratus kos dikehendaki = Harga satu satu hidangan. 

Kos makanan (RM3) / Peratus kos dikehendaki (35%) = Harga satu hidangan RM8.60

Berdasarkan pengiraan kos makanan, harga minimum untuk satu hidangan yang boleh ditetapkan ialah RM8.60 sepinggan. 

2. Kaedah kiraan kos pengeluaran

Kaedah kiraan kos pengeluaran mempunyai cara pengiraan yang lebih kurang sama dengan kiraan kos makanan cuma kaedah kiraan kos pengeluaran ini memerlukan anda untuk mencampurkan sekali dengan semua kos penyediaan lain.

Antara kos yang perlu diambil kira ialah kos upah, kos utiliti, kos hasil yang kurang dan kos-kos yang lain yang terlibat berbanding dengan kaedah pengiraan kos makanan dimana anda hanya ambil kira kos bahan mentah yang digunakan. 

Secara am, kos kekurangan hasil merupakan kos yang mungkin berlaku tanpa pengetahuan seperti bahan tertumpah atau kesilapan masakan. Walaupun jarang berlaku tetapi sekiranya ia berlaku, ianya adalah lebih baik untuk mengambil kira sekali kos tersebut dan tetapkan ia pada 5% dari kos keseluruhan. 

Berikut merupakan contoh pengiraan mengikut kaedah kiraan kos pengeluaran:

No Item Harga
1 Bahan Mentah RM 1.30
2 Utiliti (Gas) RM0.20
3 Upah (Tukang masak) RM0.50
Jumlah Kos RM2.00
Kos Kekurangan Hasil (5%) RM0.10
Jumlah Kos Sebenar RM2.10
Harga Jualan  RM6.00
Kos Pengeluaran  35%
Untung RM3.90 
Margin Keuntungan  65%

3. Kaedah Kiraan Markup

Kaedah kiraan markup berbeza dengan kaedah kiraan kos makanan dan kos pengeluaran. Kos markup ditentukan dengan membahagikan peratusan kos makanan kepada 1. 

Anda tentukan peratus kos makanan yang dikehendaki dan anda bahagiakan peratus kos makanan tersebut dengan 1 dan anda akan dapat kos markup anda. 

Seterusnya untuk mencari harga jualan anda perlu darabkan kos hidangan seunit anda dengan kos markup.

Berikut merupakan contoh pengiraan mengikut kaedah kiraan markup:

Peratus kos makanan dikehendaki = 30%

Kos markup = 1/30% = 3.33

Harga Jualan = Kos hidangan (seunit) (RM1.50) X kos Markup (3.33)

                          = RM5.00

Berdasarkan pengiraan markup, minimum harga yang kedai anda boleh letak sebagai harga jualan ialah RM5.00. Ini adalah untuk memastikan supaya anda dapat mengekalkan kos markup 33.3 dan 30% sebagai peratus kos makanan.

 

Akhir Kata

Berdasarkan semua kaedah di atas, penting untuk memahami situasi kewangan  perniagaan anda untuk menentukan kaedah mana yang perlu digunakan. 

Terdapat kaedah yang perlu dilihat semua aspek sebelum dapat menentukan harga dan terdapat kaedah yang hanya melihat satu aspek dimana lebih sesuai digunakan di kedai makan yang masih baru dan saiz operasi yang kecil.

Harga makanan yang terlalu mahal boleh menjejaskan kunjungan orang ramai ke kedai anda tetapi jika meletakan harga makanan terlalu murah juga boleh menjejaskan dari segi kewangan kedai makan anda.

Jadi tentukan harga jualan yang berpatutan dengan tips ini dan pastikan juga anda memberi servis yang terbaik supaya dapat membantu perniagaan anda mendapat kunjungan dan keuntungan yang berbaloi.

 

Dapatkan sistem POS untuk kedai makan anda! Gunakan Slurp! dan rasakan perubahan dalam operasi harian kedai makan anda hari ini! Cuba Slurp!

 

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.