Call us at +603 8744 2331

2 Cara Mudah Mengurus Inventori Kedai

Inventory management

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Dalam setiap perniagaan, anda semestinya mahukan pengurusan kedai, aliran wang, dan inventori anda semuanya teratur dan di bawah kawalan. Perkara-perkara tersebut sangat penting, tetapi kadangkala boleh memeningkan semasa waktu puncak operasi anda.

Pengurusan inventori sangat penting untuk operasi kedai yang efisien dan aliran wang yang lancar. Tetapi dalam industri peruncitan serta makanan dan minuman yang pesat, kita cenderung untuk terlepas pandang dan membuat kesilapan dalam menguruskan perniagaan.

Kesilapan itu lumrah dalam berniaga, tetapi ia boleh ditangani. Dengan mempunyai pengurusan inventori yang sistematik, kerja anda akan menjadi lebih mudah dan teratur. Salah satunya dengan menggunakan sistem Point-of-Sale (POS) seperti Slurp! yang  digunakan oleh lebih 2,600 kedai-kedai di Malaysia dan Singapura.

Mari kami dedahkan rahsia bagaimana Slurp! memudahkan operasi perniagaan anda, walau ketika anda tiada di premis.

 

1. Inventory Cloud

Slurp! Inventory boleh membantu anda menguruskan senarai pembekal, menghitung stok, dan jika anda adalah pengusaha F&B: anda boleh masukkan resipi dalam sistem kami!

Cloud Inventory Management

Sistem Inventory Cloud kami mempunyai 5 ciri utama yang boleh membantu anda mengatur inventori kedai anda:

  • Supplier (pembekal)
  • Stock Level (tahap stok)
  • Stock Receive (stok terima)
  • Stock Return (stok pulang)
  • Stock Checks (periksa stok)

 

Sistem Slurp! sangat mesra pengguna dan menjimatkan masa. Apa yang lebih hebat lagi adalah Slurp! mengurangkan ralat manusia dan membolehkan lebih keterlihatan (visibility) dalam satu peranti. Sistem berpusat Slurp! juga boleh membantu anda untuk mengenal pasti produk terlaris anda dan memaklumkan kekurangan stok.

Tambahan lagi, Inventory Cloud adalah medium yang berkesan untuk mengurus inventori kedai anda. Ciri pintar “one-tap sync” membolehkan anda mengurus stok anda di semua cawangan melalui satu sistem. Selain dari itu, anda boleh memindahkan inventori semasa kedai anda ke dalam sistem ini, dan ia akan menyelaraskan semuanya secara automatik. Ciri inilah yang paling disukai pemgguna Slurp! kerana ia memudahkan pengurusan inventori kedai mereka.

Anda juga boleh menetapkan peranan dan akses kakitangan untuk mereka memasukkan data ke dalam sistem inventori. Jadi, salah laku mengurus sistem boleh dielakkan dengan ciri keselamatan yang terbina dalam sistem Slurp! ini. Jadi, serahkan saja kepada Slurp! untuk menguruskan sistem inventori kedai runcit dan kedai makan anda.

 

Pengusaha kedai makan pastinya akan menyukai ciri yang seterusnya!

 

2. Pengurusan menu dan resipi

Tiada menu, tiadalah kedai makan. Setiap restoran dan kafe sudah semestinya perlu mempunyai menu untuk beroperasi. Yang menariknya, Slurp! boleh menyimpan dan mengurus menu kedai makan anda. Ia sangat memudahkan urusan anda kerana ia secara automatik diselaraskan dengan inventori kedai anda seperti di atas tadi.

Recipe management

Ciri hebat ini disertakan dengan 2 elemen yang senang digunakan untuk anda dan kakitangan anda:

  • Measurement (sukatan): tentukan unit sukatan/ukuran untuk ditetapkan pada stok atau bahan
  • Ingredient (ramuan): senaraikan ramuan dan tetapkan sukatan/ukuran

 

Semua sukatan dan tahap ramuan akan diselaraskan dengan jumlah pesanan yang masuk melalui aplikasi Slurp! Central. Sistem Slurp! akan memberi peringatan kepada anda apabila sesuatu ramuan hampir kehabisan stok supaya anda boleh mengatur langkah yang seterusnya, sama ada menambah stok atau sembunyikan satu hidangan dari menu buat sementara waktu. Dalam erti kata lain, anda mempunyai kawalan optimum ke atas inventori kedai makan anda.

“Maaf kak,  Nasi Ayam dah habis lah. Nak order lain tak?”

“Milo habis abe, Vico bulih ko?”

Ayat di atas sangatlah tidak gemar didengari oleh pelanggan kedai makan. Anda boleh elakkan situasi tersebut berlaku di kedai makan anda apabila anda menggunakan ciri “Recipe Details” dalam sistem Slurp!.

 

Nampak macam mudah sangat kan?

Memang mudah pun! Sebagai pengusaha kedai makan atau peruncitan, anda kini mempunyai kemudahan untuk menaik taraf tahap operasi dan servis di kedai anda. Sistem yang mesra pengguna dan berpusat seperti Slurp! akan membantu anda menguruskan inventori kedai anda dengan lancar dan tenang sekali.

Hubungi Slurp! untuk melihat demo percuma bagaimana ia berkesan untuk menguruskan perniagaan anda di mana-mana dan bila-bila masa saja.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.