Anda mahu memulakan perniagaan F&B?
Membuka perniagaan kedai makan ataupun restoran merupakan antara pilihan utama bagi mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan. Tidak kira lah berniaga ditepi jalan, membuka premis atau secara dalam talian.
Di waktu endemik ini ramai yang membuat keputusan untuk kembali mencari peluang pendapatan dengan dengan mula berniaga makanan secara kecil kecilan dan tidak ketinggalan mereka yang ingin meluaskan lagi pasaran perniagaan kedai makan sedia ada dengan menambah cawangan.
Memulakan perniagaan kedai makan bukanlah mudah. Akan timbul banyak pertanyaan dan soalan seperti ;
-
- Berapakah modal yang diperlukan?
- Apa dan bagaimana ingin memohon lesen perniagaan?
- Apakah strategi yang efektif untuk memasarkan produk anda?
Di sini kami akan menyenaraikan perkara-perkara yang anda perlu fikirkan sebelum membuka perniagaan F&B di Malaysia.
1. Modal yang mencukupi
Modal merupakan perkara paling penting untuk membuka sesebuah perniagaan. Tanpa modal yang mencukupi, perniagaan anda tidak dapat direalisasikan. Ada beberapa cara anda boleh mendapatkan modal. Antaranya ialah:
- Simpanan
- Pinjaman dari ahli keluarga, rakan kongsi atau pelabur
- Bantuan dari kerajaan
Modal yang diperlukan bagi membuka kedai makan boleh mencecah RM100,000 hingga ke RM500,00 bergantung kepada konsep kedai anda. Pengurusan modal yang baik dan cermat amat penting bagi mengelakkan kerugian dan pembaziran.
2. Pelan perniagaan
Pelan perniagaan yang bagus amat penting bagi menarik pelabur untuk melabur dalam perniagaan F&B anda.
Dengan mempunyai pelan perniagaan, urusan dan proses membuka kedai makan atau lebih mudah dan lancar. Ini dapat merancang berapa banyak perbelanjaan yang diperlukan dan lebih sistematik.
Antara perkara yang penting di dalam pelan perniagaan ialah :
- Konsep makanan/minuman dan konsep kedai anda – Adakah kedai anda berkonsep layan diri? Menyediakan pelayan? Atau bar?
-
- Kumpulan sasaran anda – Kedai makan anda sesuai untuk semua peringkat umur? Sasaran kumpulan golongan muda?
- Konsep dan ‘niche’ – Tentukan konsep restoran anda. Adakah konsep makanan kampung? Masakan barat? Makanan sihat atau servis pantas? Ini akan membantu anda menentukan menu, dekorasi, dan strategi pemasaran anda.
- Lokasi – Kawasan pelajar kolej/universiti atau residensi? Berapa ramai pesaing anda di kawasan itu? Sewa atau beli premis perniagaan anda? Buat kaji selidik lanjut dengan bertanya penduduk setempat tentang kecenderungan dan minat mereka.
- Kaedah pemasaran – Fizikal atau atas talian? Bagaimana pendekatan yang akan digunakan? Apakah platform media sosial yang akan gunakan?
- Penjenamaan – Nama kedai, warna, ‘branding’ dan suasana kedai perlu difikirkan dan direka dalam pelan perniagaan.
- Unjuran kewangan dan belanjawan – Membuat ramalan perbelanjaan yang akan dibelanjakan untuk membayar pekerja, sewa, barangan mentah dan kemudahan.
3. Lesen perniagaan
Mendapatkan lesen perniagaan dan mengisi segala borang yang membolehkan ada beroperasi secara sah. Dengan adanya lesen yang sah dah pihak kerajaan dapat mengelakkan perniagaan tindakan undang undang apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Menurut laman web rasmi kerajaan Malaysia, beberapa lesen am yang terpakai untuk mana-mana perniagaan termasuk:
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- Dana Pembangunan Sumber Manusia
- Pendaftaran Syarikat
- Lesen Premis Perniagaan dan Lesen Papan Tanda
- Pendaftaran Cukai Pendapatan Syarikat dan Pekerja
Selain itu, jika anda ingin membuka kedai makan atau restoran, anda perlu mendapatkan lesen tertentu seperti:
- Permit pengendalian makanan
- Lesen alkohol
- Pensijilan halal
- Permit Kesihatan & Keselamatan
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang garis panduan dan syarat – syarat permohonan lesen premis perniagaan restoran, kedai makan & minuman anda boleh melayari atau klik laman web berikut www.mdbg.gov.my
4. Rantaian bekalan yang baik
Rantaian bekalan yang baik penting bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi. Lebih baik jika anda boleh menyediakan senarai barang yang lengkap dan betul sebelum berhubung dengan pembekal anda.
Terdapat beberapa jenis pembekal di Malaysia seperti :
- OhMyGrocer – Pembekal F&B secara borong
- Dropee – Pembekal F&B secara borong.
- SupplyBunny – Platform bekalan runcit yang komprehensif dan mudah dilayari
5. Peralatan
Untuk membuka kedai makan atau restoran, peralatan antara perkara yang penting untuk dipertimbangkan. Belanja sedikit kos untuk membeli atau menyewa peralatan yang berkualiti pasti memberi sedikit kesangsian kepada sesetengah orang. Mereka berfikiran peralatan yang mahal atau murah sama saja fungsinya. Tetapi jika dilihat daripada aspek lain seperti ketahanan, jangka hayat peralatan itu dan keselamatan pelanggan yang menggunakan tidak rugi untuk berbelanja sedikit.
6. Pekerja
Sebelum menyediakan pelan perniagaan, pemilik restoran harus memutuskan sama ada kakitangan anda terdiri daripada lokal atau pendatang dari bandar atau luar bandar. Lebih baik jika pemilik dapat menerapkan semangat satu Malaysia iaitu melantik pekerja dari pelbagai bangsa seperti India dan Cina.
Untuk memastikan setiap kakitangan anda mengikuti standard piawaian industri, anda harus mengadakan sesi latihan secara berkala berkaitan penyediaan makanan, amalan dapur yang sihat, pengurusan sisa, mendekati pelanggan dengan sikap profesional, mengendalikan ulasan dan aduan pelanggan, dan sebagainya. .
Sediakan manual latihan dan latih pekerja anda untuk mengikutinya. Ini bagi mengelakkan kesalahan komunikasi dalam pasukan yang membawa kepada perkhidmatan pelanggan yang lemah dan prestasi restoran yang buruk.
Baca lebih lanjut mengenai bagaimana langkah untuk mencari dan mengekalkan staff restoran anda.
7. Menggunakan sistem titik jualan (POS)
Apa itu sistem titik jualan?
Sistem titik penjualan atau “POS” adalah satu sistem yang menyediakan kemudahan dari segi pekerjaan kewangan dan pentadbiran bagi mengoperasikan perniagaan anda. Anda juga boleh mengesan trend jualan dan memudahkan transaksi perniagaan anda.
4 kelebihan sistem titik jualan ialah :
- Laporan POS – Dengan mempunyai laporan POS anda dapat mengetahui jumlah penghasilan dan penjualan anda serta dapat membuat keputusan perniagaan yang lebih baik.
- Alat pengurusan pekerja – Merekod kedatangan dan segala keluar masuk wang mengikut ID pekerja anda.
- Pengurusan menu – Setkan menu dengan menetapkan kategori, harga, promosi dan lain-lain.
- Pengurusan inventori – Membantu anda mengawasi produk yang anda perlu hantar dan jual. Terdapat beberapa perisian yang dapat membantu anda jika kedai atau restoran anda menghadapi kekurangan bekalan terus disambungkan ke sistem jualan.
Antara ciri-ciri sistem titik jualan yang relevan untuk tahun 2023:
- Pesanan QR – Pesanan QR membolehkan pelanggan memesan makanan sendiri tanpa perlu dilayan secara fizikal oleh staff. Ianya ciri yang ‘optional’, bergantung kepada konsep kedai makan anda.
- Online menu – Pesanan boleh dilakukan secara online untuk ‘delivery’, ‘pick-up’, ataupun pesanan di kedai sendiri. Ini juga boleh bantu berikan gambaran menu kepada pelanggan sebelum mereka sampai ke kedai.
- Khidmat ‘Delivery‘ – Sistem titik jualan yang baik perlu terus berhubung dengan servis penghantaran makanan, memudahkan lagi operasi kedai.
- Pembayaran Online – Pembayaran online memudahkan pelanggan-pelanggan yang lebih sukakan kemudahan teknologi.
Ciri-ciri di atas, dan banyak lagi ciri boleh didapati dalam pakej Slurp! Point of Sale. Dapatkan maklumat lanjut mengenai sistem titik jualan Slurp! di sini.
8. Pemasaran
Pemasaran juga merupakan proses penting bagi memperkenalkan produk anda kepada umum. Pada masa kini terdapat banyak cara untuk memasarkan produk anda sama ada secara fizikal atau dalam talian. Antaranya:
- Laman web – Laman web membolehkan anda menceritakan dan memberi maklumat tentang restoran anda kepada pelanggan anda
- Blog – Blog boleh membantu anda dengan mengukuhkan reputasi digital anda dan kedudukan SEO yang lebih baik serta keupayaan untuk membina pangkalan data anda untuk surat berita, pemasaran digital dan kempen e-mel.
- Media Sosial – Mempunyai akaun media sosial bagi sesebuah restoran adalah sangat penting. Dengan menambahkan media sosial pada strategi pemasaran anda, anda boleh meningkatkan kesedaran tentang restoran anda di kalangan pelanggan anda. Anda boleh mempromosikan kedai anda, kupon diskaun, tawaran, program ‘loyalty’ dan ‘live’ di Facebook, Instagram & Twitter.
- E-mel – Pemasaran e-mel sentiasa menjadi salah satu bentuk pemasaran yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan. Pemasaran e-mel amat sesuai untuk mengekalkan pelanggan berbanding mendapatkan pelanggan baru. Dinasihatkan supaya tidak menghantar e-mel dengan alamat ‘no-reply.
9. Menentukan harga jualan menu
Bisnes F&B memang nampak mudah tetapi bukan mudah untuk memastikan bisnes ‘kekal hidup’ bertahun-tahun. Tahukah anda harga jualan makanan memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesebuah kedai makan?
Terdapat banyak kaedah pengiraan dalam menentukan harga jualan makanan namun tiada kaedah yang ‘one size fits all’. Ianya bergantung kepada pelbagai faktor seperti perbandingan harga yang kompetitif serta jenis target pasaran anda.
Bagaimana nak tentukan harga jualan makanan dengan wajar? Jom lihat kaedah umum pengiraan penetapan harga makanan yang bisnes anda boleh praktikkan.
Kesimpulan
Memulakan sesuatu perniagaan perlu mempunyai strategi, minat dalam bidang tersebut dan kesabaran yang tinggi. Semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang ingin melangkah masuk ke dalam bidang perniagaan kedai makan atau restoran.