Call us at +603 8744 2331

6 Kelebihan Beralih ke Pembayaran Tanpa Tunai Menggunakan Sistem POS

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Pembayaran Tanpa Tunai atau “Cashless” telah menjadi pilihan Masyarakat pada masa kini dalam pelbagai urusan perniagaan termasuk F&B. Di samping ia memberikan pilihan yang lebih fleksibel untuk pelanggan melakukan transaksi, Penggunaan Pembayaran Tanpa Tunai ini juga lebih efisien berbanding penggunaan tunai kerana tidak perlu membawa wang tunai atau perlu mengeluarkan wang di bank. Jadi ini memudahkan pergerakan wang keluar masuk.

Sistem POS (Point of Sale) merupakan satu kemudahan yang anda boleh gunakan di kedai makan untuk memudahkan Pembayaran Tanpa Tunai. Dengan integrasi sistem POS ini, anda dapat menerima pelbagai jenis pembayaran digital seperti kad kredit, QR Pay, e-Wallet, pembayaran secara paywave tanpa menggunakan wang tunai. Terdapat beberapa kelebihan lain yang anda peroleh dengan beralih kepada Pembayaran Tanpa Tunai ini. 

6 Kelebihan Pembayaran Tanpa Tunai Menggunakan Sistem POS:

#1 Transaksi Lebih Pantas

Melalui penggunaan sistem POS untuk Pembayaran Tanpa Tunai, transaksi akan menjadi lebih cepat dan mudah kerana semua transaksi dapat dilakukan secara dalam talian. Penggunaan QR Pay atau e-Wallet melalui sistem POS memudahkan pelanggan membuat pembayaran di kaunter tanpa perlu mengeluarkan wang tunai, mempercepatkan proses pembayaran dan mengurangkan masa menunggu pelanggan di kaunter. Cashier pula tidak perlu menyediakan duit kecil yang banyak atau masalah baki wang tunai tidak cukup.

Di Slurp! POS, pelanggan anda boleh membuat pembayaran secara online transfer jika pelanggan membuat pesanan melalui online menu. Jadi, mereka tidak perlu membuat pembayaran di kaunter dan boleh terus pulang setelah selesai makan.

 

#2 Integrasi dengan Online Menu

Disebabkan penggunaan Pesanan Online atau Online Ordering semakin popular, penggunaan sistem POS untuk Pembayaran Tanpa Tunai ini memudahkan proses pembayaran secara tidak langsung melalui Online Ordering atau Online Menu. Ini memudahkan pelanggan untuk membuat pesanan dan membuat pembayaran secara terus daripada meja mereka. Dengan Slurp! POS, ia memudahkan proses membuat pesanan online menggunakan Getorders dan pembayaran melalui kaedah pembayaran BetterPay. 

#3 Keselamatan

Penggunaan Pembayaran Tanpa Tunai melalui sistem POS dapat mengurangkan risiko kecurian wang atau penerimaan wang palsu. Sistem POS memantau rekod kewangan secara sistematik dan mengurangkan risiko kesilapan atau kehilangan wang. Ini mengurangkan risiko dirompak atau duit short.

#4 Memudahkan Pelanggan dan Anda

Melalui penggunaan sistem POS untuk pembayaran tanpa tunai, pelanggan memperoleh kemudahan dalam membuat pembayaran dengan pelbagai pilihan, seperti e-Wallet atau QR Pay. Ini juga memudahkan pelanggan yang berada di kawasan yang tiada mesin pengeluaran duit.

#5 Rekod Kewangan yang Tepat

Selain daripada itu, rekod kewangan juga menjadi lebih tepat dan mudah dipantau dengan penggunaan Pembayaran Tanpa Tunai. Ini kerana sistem POS merekodkan harga dan jualan secara sistematik, membantu mengelakkan kesilapan pengiraan dan memastikan aliran tunai yang tepat.

#6 Menguruskan Kewangan

Selanjutnya, sistem POS seperti Slurp! POS membolehkan pemilik kedai makan mendapatkan data jualan secara langsung dan melakukan audit kewangan dengan lebih mudah. Ini membantu membuat keputusan perniagaan yang lebih baik dan mengawasi aliran tunai dan keuntungan dengan lebih efektif.

Walau bagaimanapun, amalan pembayaran secara cashless ini tetap mempunyai keburukannya kepada peniaga dan pelanggan. Dari perspektif pelanggan ialah sesetengah tempat yang tidak mempunyai line internet  yang stabil atau tiada akses internet yang akhirnya memerlukan pelanggan untuk membuat pembayaran secara tunai. Jadi, sebagai peniaga, anda perlu faham bahawa tidak semua pelanggan akan mempunyai akses kepada internet yang stabil atau mungkin memilih untuk membayar secara tunai. 

Manakala buat peniaga pula, terdapat banyak kes dimana pelanggan menyalahgunakan Pembayaran Tanpa Tunai ini seperti membuat pembayaran palsu dengan cara mengedit resit online tersebut. Ini akan mengakibatkan kerugian kepada peniaga.

Meskipun terdapat kekurangan, penggunaan sistem POS untuk pembayaran tanpa tunai masih memberikan banyak manfaat kepada kedai makan dan pelanggan. Selain daripada dapat meningkatkan kecekapan operasi perniagaan dan memberikan keselesaan kepada pelanggan dalam melakukan pembayaran, risiko pembayaran palsu juga dapat dielakkan. Dengan menggunakan Slurp! POS, ia dapat bantu anda mengurangkan risiko penipuan dan pembayaran palsu dengan menyediakan sistem yang selamat dan dapat dipercayai untuk mengendalikan transaksi tanpa tunai. 

Jadi, untuk anda yang menjalankan perniagaan F&B tetapi masih belum menggunakan POS sistem, inilah masa terbaik untuk anda mulakan langkah ke arah digital dengan Slurp! POS. Nak tahu lebih lanjut, daftar di sini.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.