Call us at +603 8744 2331

4 Trend Digital Terkini Dalam Sektor F&B

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Industri makanan dan minuman (F&B) di Malaysia kini sedang mengalami transformasi digital, di mana ia mempengaruhi cara peniaga beroperasi dan melayani pelanggan yang datang ke kedai. Terdapat penambahbaikan dalam teknologi F&B yang sedang mencetuskan kegemparan dalam industri F&B Malaysia.

Sini kami kongsikan 4 Trend Digital di dalam industri F&B:

1. Dapur Awan (Cloud Kitchen)

Jika anda menggunakan satu kawasan dapur (main kitchen) untuk anda masak dan sediakan makanan yang dipesan oleh pelanggan anda khusus untuk penghantaran dan pengambilan (take away) sahaja, Cloud Kitchen menawarkan banyak manfaat kepada peniaga yang membuat bisnes dari rumah. Banyak kos yang dapat dikurangkan termasuklah menjimatkan modal untuk memulakan bisnes, kerana tiada keperluan untuk mereka ‘invest’ dalam perabot dan peralatan restoran mereka dan juga kos-kos penyelenggaraan kedai.

Selain itu, mereka juga tidak perlu membayar pekerja atau waiter, kerana tumpuan mereka hanya kepada penyediaan makanan secara terus ke rumah pelanggan. Perniagaan seperti ini agak biasa bagi perniaga F&B secara kecilan. Mereka juga boleh fokus dalam mengambil pesanan dan menghantar makanan yang dimasak dari rumah terus ke pelanggan mereka.

2. Sistem POS Awan (Cloud POS System)

Point of sale system (POS) yang dihoskan melalui ‘Cloud’ sedang viral di dalam industri F&B dan ia membantu dalam menambah baik cara perniagaan beroperasi. Berbeza dengan cara tradisional, memerlukan kertas, pensil dan pengiraan secara manual. Dengan Cloud POS, sistem ini beroperasi secara dalam talian. Seperti sistem Slurp! POS, peniaga boleh lihat data jualan mereka secara langsung, dapat menguruskan inventori mereka, dan dapat ‘track’ pesanan pelanggan mereka di mana sahaja, dari mana-mana peranti yang bersambung internet, memberikan kemudahan dan fleksibiliti yang luar biasa.

Untuk kekal relevan dalam industri F&B, peniaga F&B haruslah kekal up-to-date dengan teknologi terkini. Cloud POS membolehkan peniaga menganalisis prestasi metrik di pelbagai lokasi dengan menggunakan satu platform yang mesra pengguna. Pemilihan ini membantu peniaga untuk membuat keputusan yang bijak, menghasilkan operasi yang lancar dan pelanggan yang datang ke kedai pun berpuas hati dengan servis.

3. Omni-channel

Apabila pilihan pengguna berubah, begitu juga untuk bisnes F&B. Platform omni-channel ini menyambungkan kedua-dua titik sentuhan (touchpoints) pelanggan dalam talian dan luar talian. Dengan menggabungkan dua touchpoints ini, ia membolehkan peniaga untuk memahami pelanggan mereka dengan lebih baik. Contohnya, seperti tingkah laku, dan tabiat pembelian pelanggan. Dengan data yang ada ini, ia membolehkan peniaga F&B untuk menawarkan servis yang lebih baik kepada pelanggan mereka, memberikan servis yang menepati citarasa pelanggan, dan juga bantu dari segi memperluaskan ‘target marketing campaign’ untuk menarik dan memuaskan pelanggan di setiap touchpoints.

4. Pick up tepi jalan (Curbside Pick up)

Peniaga F&B Malaysia sedang melaksanakan perkhidmatan pick up tepi jalan atau lebih dikenali Curbside Pick up sebagai tindak balas terhadap pelanggan yang berubah dan mengamalkan penjarakan sosial. Dengan servis ini, pelanggan boleh membuat order secara dalam talian ataupun kebiasaannya menggunakan aplikasi mudah alih (contohnya, McD Apps) dan ambil pesanan mereka di kawasan yang ditetapkan tanpa meninggalkan kenderaan mereka. Pelanggan perlu tunggu di dalam kereta mereka sehingga staf datang dan bawa pesanan terus di kereta. Strategi ini mengurangkan masa menunggu bagi pelanggan dan keperluan untuk aplikasi penghantaran seperti Grab atau Foodpanda.

Kesimpulannya,

Untuk terus relevan dan memenuhi kehendak pelanggan yang sering berubah, peniaga F&B harus menyesuaikan diri dengan trend dan teknologi digital terkini. Slurp! menawarkan penyelesaian POS yang sesuai untuk perniagaan F&B di mana peniaga dapat mengakses sistem cloud, QR ordering, dan e-Commerce shoplink yang sangatlah mesra pengguna. Jangan lepaskan peluang anda, hubungi kami hari ini untuk mengetahui bagaimana kami boleh membantu perniagaan F&B anda!

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.