Kesan daripada pandemik Covid-19, semua orang telah beralih kepada penggunaan teknologi digital. Penggunaan teknologi digital ini membantu meningkatkan performance bisnes secara menyeluruh, termasuklah dalam bisnes kedai makan. Jika anda lihat, kebanyakan kedai makan kini telahpun menyediakan khidmat ‘Contactless dining’.
Melalui ‘Contactless dining’ ini, pelanggan boleh memesan makanan dan membuat pembayaran secara atas talian tanpa memerlukan bantuan waiter atau pergi membuat pembayaran di cashier. Pelanggan boleh terus scan QR, buat pesanan melalui menu digital, dan tunggu makanan sampai ke meja mereka. Nak tahu macam mana sistem ini boleh bantu dalam menambah baik dining experience pelanggan anda? Baca artikel ini.
Jadi, apakah kebaikan ‘contactless dining’ untuk restoran anda?
1. Meningkatkan kecekapan operasi
Dengan adanya ‘Contactless Dining’, ia dapat mempercepatkan lagi proses pesanan pelanggan dan boleh mengurangkan delay, membolehkan staf atau waiter anda fokus dalam menyediakan dan menghantar makanan dengan segera.
Dengan adanya menu digital, sistem mengambil pesanan dapat dilakukan dengan mudah tanpa perlu mengambil pesanan secara manual, mengurangkan risiko tersalah ambil order, meningkatkan ketepatan pesanan, dan dapat menambah baik komunikasi diantara kitchen dan waiter.
2. Menggalakkan lebih banyak pelanggan
Apabila anda menggunakan ‘Contactless Dining’ di kedai makan anda, masa yang diluangkan oleh pelanggan di meja dapat dikurangkan. Ini bermakna, pelanggan anda tak perlu tunggu lama, dan secara tidak langsung anda dapat meningkatkan dining experience mereka.
Apabila masa yang diluangkan oleh pelanggan anda dikurangkan, kedai anda dapat menerima lebih ramai pelanggan. Ini dapat memberikan manfaat kepada anda terutamanya pada waktu peak hour dimana anda dapat meningkatkan table turnover.
3. Menjimatkan kos
Banyak yang anda boleh jimat bila pakai ‘contactless dining’ ini. Salah satunya ialah anda boleh kurangkan kos untuk print menu tradisional. Termasuklah kos untuk design, dan untuk kemaskini menu anda. Dengan menggunakan ‘contactless dining’, dapat meminimumkan penggunaan menu fizikal.
Dengan berpindah ke alternatif digital, ia membolehkan anda untuk mengemaskini menu dengan mudah, dan membolehkan pelanggan anda untuk view gambar makanan dan ramuan. Yang menariknya, ia juga membolehkan anda untuk mempamerkan menu special atau promosi, dan membuat ‘cross-selling’ di dalam menu digital anda.
4. Mengurangkan sentuhan secara fizikal
‘Contactless dining’ direka untuk mengurangkan interaksi secara fizikal di antara pelanggan dan staf. Sesetengah pelanggan malu untuk berinteraksi dengan waiter, dengan adanya menu digital, memudahkan mereka untuk membuat pesanan secara layan diri.
Selain itu, penggunaan sistem secara ‘contactless’ ini juga boleh digunakan semasa membuat pembayaran secara online. Pelanggan boleh membuat pembayaran tanpa cash. Bukan itu je, dengan menu digital, pelanggan boleh melihat menu melalui telefon pintar mereka sendiri, mengurangkan penularan penyakit melalui sentuhan.
Kesimpulan:
Sebagai konklusi, ‘Contactless dining’ memberikan banyak solusi kepada kedai makan. Bukan sahaja membantu dari segi operasi restoran, dan mewujudkan proses pesanan yang lebih cekap, tetapi ia juga meningkatkan dining experience pelanggan secara menyeluruh. Dengan ini, pelanggan lebih berkemungkinan untuk datang semula ke kedai anda dan menarik lebih ramai pelanggan baharu. Dinamik ini bukan hanya mengenai kemudahan; ia mewakili langkah kewangan strategik untuk restoran, menawarkan kedua-dua keuntungan segera dan daya tahan kewangan jangka panjang melalui penggunaan penyelesaian digital. Ini adalah senario yang saling menguntungkan untuk pelanggan dan pemilik restoran.
Tak perlu risau lagi! Kami ada penyelesaian untuk anda!
Tingkatkan operasi kedai makan anda dengan Slurp! POS. Memudahkan pesanan, optimumkan perniagaan anda, dan ambil persanan pelanggan dengan cekap. Jom dapatkan DEMO PERCUMA dari kami sekarang!