Call us at +603 8744 2331

3 Tips Pilih Lokasi untuk Restoran Anda

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuka restoran. Memilih lokasi yang betul bukanlah satu tugas yang mudah. Sebagai contoh, mencari lokasi yang strategik akan membantu bisnes anda berkembang dalam jangka masa panjang.

Jika anda mencari tempat untuk membuka restoran atau kafe buat kali pertama, anda mungkin menghadapi kesukaran untuk memilih lokasi yang sesuai. Terlalu banyak tempat yang “recommended” menyukarkan lagi proses anda. Oleh itu, anda perlu membuat perbandingan kebaikan dan keburukan dalam pemilihan setiap lokasi tersebut. Jadi tempat mana yang patut dipilih?

Sini kami kongsikan 3 tips yang berguna untuk mencari lokasi yang sesuai untuk restoran anda:

1. Pelanggan anda

Sebelum memilih lokasi restoran, perkara pertama yang anda perlu fahami ialah target audience anda. Untuk mengenal pasti sasaran anda, anda boleh menggunakan kaedah “4W1H (What, Who, Where, Why, How)”. Kenali pelanggan anda: di mana mereka tinggal, bekerja, menghabiskan masa lapang mereka, jenis makanan yang mereka suka dan banyak lagi. Memahami kehendak dan keperluan pelanggan anda boleh membantu anda memutuskan dengan tepat lokasi yang sesuai dengan keperluan dan keupayaan mereka untuk singgah ke kedai kopi atau restoran anda sangat tinggi.

2. Visibility

Penting untuk anda pertimbangkan lokasi bangunan kedai anda. Restoran atau kafe yang tersorok mungkin tidak dapat banyak perhatian daripada pejalan kaki atau pemandu yang lalu-lalang.

Walaupun anda mempunyai marketing strategy yang baik, menarik pelanggan ke kafe atau restoran yang kurang “visibility” boleh menjadi cabaran buat anda. Kerana, lokasi kedai anda mungkin susah untuk dicari oleh pelanggan anda.

Lokasi kafe atau restoran yang mudah dicari akan memberi kelebihan buat bisnes anda. Orang yang lalu-lalang lebih cenderung untuk masuk ke kedai anda dan jika mereka suka apa yang mereka makan atau minum, mereka mungkin menjadi pelanggan tetap.

Selain itu, lokasi yang mempunyai laluan lintasan yang baik mempunyai kemudahan yang lengkap seperti kedai mudah dicari, mempunyai tempat letak kenderaan, laluan pejalan kaki, kemudahan pengangkutan awam. Ini secara tidak langsung memudahkan pelanggan untuk ke kedai makan anda.

 

3. Persaingan

Apabila anda berada di lokasi yang sibuk (banyak pejalan kaki dan laluan  lintas kenderaan), bagaimanapun, anda tetap tidak boleh lari dari bersaing dengan bisnes F&B yang lain. Penting untuk anda pertimbangkan bisnes-bisnes kedai makan di sekitar lokasi yang anda pilih itu, kerana mereka secara tidak langsung akan menjadi pesaing anda dan menawarkan makanan yang sama dengan anda.

Contohnya, jika anda ingin membuka kedai Nasi Lemak di lokasi A, anda mungkin perlu pertimbangkan jika terdapat kedai Nasi Lemak yang “famous” di lokasi yang sama. Tapi, jika anda mempunyai branding yang kuat, atau anda mempunyai strategi tersendiri untuk tarik pelanggan datang ke kedai, anda boleh teruskan untuk set up kedai anda.

Bersaing itu normal, tetapi ia pastinya sesuatu yang perlu anda pertimbangkan terutamanya bila “brand” anda masih baru dan tidak dikenali. Kerana, jika terdapat “brand” yang terkenal dari anda dan menawarkan makanan yang serupa tetapi dengan harga yang lebih murah, ia mungkin boleh menyukarkan bisnes anda untuk kekal di lokasi yang sama. Dalam kes ini, mungkin lebih baik untuk anda pertimbangkan persekitaran yang kurang kompetitif untuk membuka kafe atau restoran baharu anda.

 

Kesimpulan

Mencari lokasi kedai makan yang sesuai merupakan satu usaha yang besar. Lokasi yang tidak strategik pula akan menyebabkan kerugian terhadap bisnes anda. Dengan menggunakan tips-tips di dalam artikel ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memilih lokasi yang tepat untuk kedai makan anda. Jadi, jangan putus asa!

 

Anda mencari sistem yang boleh urus bisnes anda dengan mudah dan mesra pengguna? Jom dapatkan DEMO PERCUMA sekarang!

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.