Call us at +603 8744 2331

Feedback Pelanggan, Penting ke?

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Tahukah anda, dalam industri F&B ini, selain daripada memastikan servis dan kualiti makan terjaga, feedback pelanggan juga sebenarnya penting dalam mengekalkan prestasi bisnes. Ini kerana feedback daripada pelanggan boleh membantu anda untuk menambahbaik bisnes kedai makan anda.

Seperti yang kita sedia maklum, feedback dari pelanggan adalah sumber untuk meningkatkan ‘dining experience’ pelanggan anda. Feedback pelanggan merupakan sumber yang berharga diberikan oleh pelanggan sama ada mereka berpuas hati atau tidak dengan sesuatu servis serta pengalaman mereka ketika berada di kedai makan tersebut.

 

Jadi, kenapa feedback pelanggan ni penting untuk bisnes anda? Sini kami kupaskan 5 sebab:

1. Membantu menambah baik servis

Makanan di kedai makan anda mungkin dikira yang terbaik, namun anda takkan tahu apa yang berharga dan ‘special’ di restoran anda tanpa pandangan pelanggan yang datang ke kedai anda. Melalui feedback, anda boleh tahu kekurangan dan apa yang perlu ditingkatkan supaya kepuasan pelanggan tercapai.

Jadi, pendapat pelangganlah yang boleh bantu bisnes anda untuk menilai sama ada makanan dan servis anda memenuhi standard, kehendak dan keperluan mereka atau sebaliknya. Tapi.. ini tidak bermakna anda perlu mengikut 100% feedback pelanggan ini. Yelah, lain pelanggan, lain ‘taste’ kan?

Sebelum anda membuat perubahan, dinasihatkan untuk anda menapis feedback pelanggan yang betul-betul berguna untuk meningkatkan kualiti makanan dan servis. Ambillah feedback yang sesuai dengan keperluan bisnes anda.

2. Menunjukkan anda menghargai pendapat pelanggan

Mendengar pendapat pelanggan membantu anda untuk mewujudkan hubungan yang lebih baik dengan pelanggan anda. Ini merupakan cara yang terbaik untuk mengekalkan imej yang positif di mata pelanggan.

Apabila pelanggan berpuas hati dengan servis anda, semestinya mereka akan suggest restoran anda melalui ‘Word of Mouth’ kepada rakan-rakan mereka yang lain. Ini secara tidak langsung membantu anda untuk mendapat pelanggan baru dengan mudah.

Satu lagi cara yang anda boleh gunakan adalah dengan bertanya kepada pelanggan anda sama ada mereka berpuas hati dengan servis dan makanan anda atau tidak. Pelanggan akan merasakan bahawa pendapat mereka didengari dan anda serius untuk penuhi keperluan mereka, bukan untuk mendapat keuntungan semata.

 

3. Sumber informasi untuk pelanggan baru

Feedback yang ada di google atau di media sosial membantu pelanggan baru untuk datang dan cuba makanan di kedai makan anda. Kerana secara tidak langsung, feedback pelanggan yang sedia ada boleh memberikan maklumat dan menjadi sumber maklumat yang dipercayai oleh pelanggan lain. Contohnya, seorang pelanggan sedang mencari cafe yang sesuai untuk makan petang bersama kawannya di kawasan Bangi. Semestinya dia akan membaca review sebelum ke kedai tersebut. Disebabkan ini, feedback pelanggan penting untuk bisnes anda dan pelanggan anda.

Tambahan pula, lebih banyak review yang anda dapat melalui Google, lebih mudah untuk restoran anda muncul di hasil carian SEO dan akan mendorong lebih banyak trafik ke laman web anda.

4. Bantu untuk ukur kepuasan pelanggan

Kepuasan pelanggan adalah aspek terpenting dalam bisnes. Kepuasan pelanggan dapat mempengaruhi sales dan bisnes anda. Terdapat satu kajian mencadangkan bahawa sikap pelanggan dan prestasi perniagaan dipengaruhi oleh feedback dan rating yang tinggi. Dengan feedback pelanggan, anda boleh tahu sejauh mana pelanggan berpuas hati dengan servis anda dan makanan anda.

Banyak kajian mengesahkan terdapat kaitan antara kepuasan pelanggan dan prestasi perniagaan. Oleh sebab itu, kebanyakkan brand atau syarikat memastikan pelanggan mereka berpuas hati dengan servis mereka.

5. Peroleh data dan dapat jimatkan perbelanjaan stok

Dengan adanya feedback, anda dapat peroleh data yang membolehkan anda untuk memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Melalui review mereka juga, anda boleh dapat tahu menu apa yang paling banyak dipesan oleh pelanggan. Anda boleh setkan budget anda untuk fokus kepada 1 menu yang mendapat lebih banyak pesanan dan review positif daripada pelanggan.

Sebagai contoh, anda membuka bisnes ‘steak house’. Menu special anda ialah lamb shank. Tetapi dalam banyak-banyak menu, menu chicken chop yang memperoleh lebih banyak pesanan dan review positif dari pelanggan. Dari feedback pelanggan ni lah anda boleh tahu apa yang special tentang chicken chop anda berbanding kedai lain. Jadi, anda boleh lebihkan bahan untuk chicken chop anda.

Kesimpulannya, feedback pelanggan merupakan asas kejayaan dalam industri F&B. Feedback pelanggan mempengaruhi kestabilan perniagaan anda. Anda boleh gunakan feedback mereka untuk tambah baik bisnes anda dengan lebih baik kerana pelanggan menawarkan pandangan yang tidak ternilai untuk restoran anda. Mereka yang tahu sama ada terdapat kekurangan di restoran anda atau tidak.

Anda nak ubah prestasi perniagaan F&B anda? Nak uruskan perniagaan F&B anda dengan mudah? Jom cuba Slurp! POS. Dapatkan DEMO PERCUMA dari kami sekarang!

 

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.