Korang nak tahu tak? Kenapa ramai owner bar dengan bistro suka gunakan sistem POS terutama sekali Slurp POS? Haaa ini puncanya…
Dalam Slurp! POS ni, ada satu feature yang tak ada dekat sistem POS yang lain. Namanya Table Layout. Ha, apa benda pulak tu?
Table Layout dalam Slurp! POS ni sangatlah membantu owner bar dengan bistro untuk memberikan servis yang pantas dan cekap. Apa yang bestnya tentang feature ni, ia membolehkan pelayan bar dan pelayan untuk lihat meja yang available hanya melalui iPad mereka dan boleh terus bawa pelanggan ke meja yang kosong. Kan dah boleh jimat masa menunggu pelanggan anda.
Dengan Table Layout ni, anda juga boleh tukar layout plan atau floor plan anda bila-bila masa saja anda nak. Contohnya, kalau ada perubahan susunan meja, anda boleh terus update layout anda dengan hanya upload layout terbaru.
Untuk restoran yang bertingkat pula, bayangkan betapa susahnya untuk waiter anda nak ingat meja mana yang available mengikut bilangan tetamu yang sampai. Jadi, feature inilah yang membolehkan waiter untuk akses dan lihat keseluruhan layout di kedai anda.
Apa yang bagusnya tentang feature ni, anda boleh tambah layout bergantung kepada keperluan kedai anda. Contohnya, kalau kedai anda mempunyai meja outdoor atau indoor ataupun terdapat floor yang berbeza, feature ni sangatlah praktikal!
Bukan tu je, anda juga boleh gunakan feature ini untuk ketahui meja yang pelanggan paling suka duduk makan bila anda tengok “Report”.
Menarik tak feature Slurp POS ini? Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk upgrade bisnes anda, dapatkan Free demo dari kami sekarang!