Call us at +603 8744 2331

10 Punca Pelanggan Tak Suka Restoran Anda

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Bayangkan: restoran anda penuh dengan pelanggan, menikmati hidangan enak dan minuman yang menyegarkan. Sebagai pemilik atau pengurus restoran, matlamat utama anda adalah menyediakan pengalaman makan yang luar biasa sehingga pelanggan anda tak henti-hentinya memuji tempat anda.

crowded restaurant

Nak jadi restoran favorite pelanggan bukan hanya memerlukan makanan yang sedap atau nama hidangan yang pelik-pelik. Tetapi yang paling penting adalah kepuasan pelanggan. Jadi, penting bagi anda untuk tahu apa yang buatkan pelanggan turn off tengok kedai anda.

Kali ini, kita akan mengupas 10 perkara yang tidak disukai pelanggan tentang restoran anda. Sebaik anda habis baca blog ni, anda boleh jadi lagi up dari pesaing anda dan dapat memberikan pengalaman makan yang luar biasa untuk pelanggan anda.

 

1. Layanan pelanggan yang teruk

Cara paling senang untuk halau pelanggan dari singgah kedai makan anda adalah dengan layanan pelanggan yang teruk. Pelanggan akan ingat servis anda yang slow, serta pekerja yang tak mesra atau kelam kabut. Oleh itu, anda perlu melatih kesemua pekerja anda dalam memberikan layanan yang bagus dan menghargai semua pelanggan.

 

2. Premis yang kotor

Kebersihan sangat penting di mana-mana tempat pun, terutama sekali di tempat makan. Pelanggan akan rasa jijik bila tengok meja yang berhurung lalat, tandas yang busuk, dan juga dapur yang kotor. Jadi, pekerja anda perlu sentiasa pastikan semua sudut di kedai anda bersih dan selesa.

 

3. Masa menunggu yang lama

long queue to counter

Walaupun beratur atau menunggu itu perkara yang biasa bila makan di kedai, siapa je tak marah bila kena tunggu terlalu lama. Jadi, anda kena ada menu online yang cekap, anggaran masa menunggu yang tepat, dan komunikasi yang jelas dengan tetamu yang sedang menunggu mengelakkan kekecewaan.

 

4. Salah hantar order

Pelanggan paling pantang bila makanan yang sampai tak sama seperti yang mereka order. Oleh itu, anda perlu pastikan staf dapur dan waiter anda ada satu medium yang boleh memastikan pesanan yang tepat. Salah satu cara yang anda boleh gunakan adalah sistem POS. Gerenti takkan ada salah ambil & hantar order.

 

5. Pilihan menu yang terhad untuk keperluan diet khas

Sekarang ni ramai orang dah ada diet dan pantang larang bila makan. Contohnya vegan lah, keto lah, macam macam lagi. Jadi, penting untuk anda menawarkan pelbagai pilihan menu di restoran. Pelanggan boleh hampa bila kafe atau restoran tak ada menu alternatif untuk preference mereka, sekaligus mereka takkan kembali ke restoran anda.

 

6. Makanan mahal tapi tak sedap

crowded kitchen restaurant

Pelanggan akan ada high expectation bila order makanan. Harga yang mahal untuk hidangan yang sederhana je boleh buat pelanggan tak berpuas hati. Oleh itu, hidangan anda kenalah disediakan dengan kualiti dan rasa yang terbaik untuk mengekalkan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan. Bak kata chef terkemuka Julia Child, “You don’t have to cook fancy or complicated masterpieces—just good food from fresh ingredients.”

 

7. Susah nak booking meja

Ramai pemilik restoran yang terlepas pandang aspek ini. Pelanggan selalunya cari restoran atau kafe untuk meraikan sambutan istimewa dengan keluarga atau kawan-kawan. Pelanggan jadi turn off bila susah untuk mereka hubungi restoran untuk booking meja. Jadi, anda kena ada satu sistem tempahan meja yang memudahkan pelanggan pilih tarikh dan masa untuk makan di restoran anda.

 

8. Kualiti makanan dan layanan yang tak konsisten

Pelanggan sukakan konsistensi. Kalau kualiti makanan atau layanan anda berbeza setiap kali mereka datang, percayalah ia boleh menghakis kepercayaan dan kesetiaan mereka. Oleh itu, kekalkan standard yang tinggi dalam semua aspek restoran anda, dari kesedapan makanan sehingga kecekapan pekerja untuk memastikan pengalaman yang konsisten bagi setiap pelanggan.

 

9. Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi disini bukan bermaksud anda tak boleh pasang lagu atau panggil musician untuk perform di kawasan anda berniaga. Tapi, anda kena kawal tahap bunyi yang boleh jadi terlalu bising sehingga mengganggu perbualan dan merimaskan pelanggan. Cuba ambil langkah untuk mengurangkan bunyi bising misalnya dari jalan raya atau menjarakkan meja-meja supaya pelanggan boleh makan dan berbual dengan lebih selesa.

 

10. Mengabaikan review pelanggan

customer reviewing restaurant

Pelanggan suka bila pendapat mereka didengari. Apabila anda mengabaikan review atau aduan pelanggan, ia boleh membuat mereka berasa tidak penting dalam perniagaan anda. Untuk memuaskan hati pelanggan, utamakan respon yang cepat dan berbudi bahasa kepada pelanggan. Ini akan menunjukkan komitmen anda untuk menjamin kepuasan mereka.

 

Itu sahaja!

Sekarang anda dah tahu 10 perkara yang pelanggan tak suka bila berkunjung ke restoran. Dengan memberi perhatian kepada semua 10 aspek di atas, anda dapat memperbaiki servis anda dan menarik pelanggan setia.

Rasa macam banyak sangat nak handle? Gunakan sistem POS Slurp untuk menguruskannya semua dengan hanya satu jari!

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.