Call us at +603 8744 2331

Kenapa Restoran Sebelah Lebih Ramai Orang?

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Persaingan memang lumrah dalam mengusahakan restoran. Ada hari ramai pelanggan, ada hari anda hanya melihat pelanggan pergi ke restoran sebelah. 

Dan pada hari yang sedikit lengang, anda pasti tertanya-tanya “apa kurangnya di restoran ini?”.

Jadi, kami akan merungkai aspek-aspek yang menyebabkan ramai pelanggan memilih restoran sebelah dan bolehlah anda mula tambah baik servis!

 

1. Restoran sebelah ada banyak ulasan pelanggan

Ulasan pelanggan merupakan perkara pertama yang dicari ramai bila ingin makan luar. Sebab itu, pelanggan akan pilih restoran yang lebih banyak ulasan pelanggan kerana mereka tahu apa yang mereka pilih.

Oleh itu, dengan hanya respond & share ulasan pelanggan tentang restoran anda, ia akan sangat membantu untuk menarik lebih banyak pelanggan. Tetapi, bagaimana?

Cara yang paling mudah adalah menggunakan media sosial seperti Instagram atau TikTok, Google My Business, atau juga laman web rasmi untuk perniagaan anda. Ini adalah tempat-tempat yang paling biasa di mana orang mencari maklumat mengenai perniagaan.

Anda juga boleh menggunakan kod QR pada menu untuk memudahkan pelanggan meninggalkan ulasan. Dan jika anda mempunyai modal lebih, anda boleh memberikan insentif seperti diskaun sebagai penghargaan kepada pelanggan atas ulasan mereka.

 

2. Pesanan di restoran sebelah lebih pantas & mudah

 

Pelanggan selalunya datang dengan perut yang lapar dan mengharapkan makanan mereka tiba secepat mungkin. Mereka akan senang hati kalau proses pesanan terasa mudah dan cepat sebaik saja mereka sampai. Oleh itu, anda perlu pastikan proses pesanan di restoran anda pantas dan mudah untuk pelanggan. 

Anda boleh menggunakan pesanan QR, mobile payment, atau juga kiosk self-service untuk menjadikan proses ini pantas dan mudah. 

Tambahan lagi, pelanggan cenderung memesan lebih banyak apabila mereka tidak perlu menunggu terlalu lama untuk memesan dan membayar.

 

3. Menu restoran sebelah lebih menarik

 

Menu yang menarik adalah aspek penting dalam menarik pelanggan ke restoran anda. Lagi-lagi di zaman viral ini, pelanggan sekarang suka mencuba makanan yang unik. Tapi anda tak perlu ikut setiap trend, fokuskan pada keistimewaan di restoran anda.

Caranya dengan menawarkan menu istimewa dan menu bermusim secara berselang seli. Ini membolehkan pelanggan mencuba hidangan unik dan tidak boleh didapati di restoran lain. 

Cuma pastikan menu anda sentiasa updated berserta harga yang jelas. Nak mudah? Update menu menggunakan Getorders. Restoran anda pasti akan menonjol dan memberi pelanggan sebab untuk kembali.

 

4. Pekerja restoran sebelah lebih mesra

 

Percaya atau tidak, pekerja yang mesra membantu dalam menarik pelanggan setia restoran anda. Pelanggan akan lebih tertarik apabila pekerja anda mesra dan lebih baik lagi, boleh ingat pesanan mereka. Macam mamak?

Ini kerana pelanggan akan menilai kualiti restoran melalui tahap kepuasan mereka dengan layanan pekerja-pekerja anda. Apabila pelanggan berpuas hati, sudah tentu mereka akan recommend restoran anda kepada kenalan mereka yang lain.

Oleh itu, penting untuk anda pastikan pekerja anda mesra dan cekap dalam servis mereka. Cara untuk mencari pekerja yang berkualiti? Baca tips dari Slurp disini!

 

Maksudnya?

Penting untuk kita sentiasa menilai dan menambah baik servis di restoran kita. Dengan memfokuskan aspek-aspek diatas, anda boleh meningkatkan mutu keseluruhan servis anda dan menarik lebih ramai pelanggan.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.