Call us at +603 8744 2331

Kelebihan QR Order di Restoran & Kafe

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Jika anda belum tahu, QR Order adalah teknologi dimana pelanggan hanya scan kod QR untuk melihat menu dan terus order makanan melalui telefon mereka. Dan QR Order kini semakin luas pengunaannya di kalangan restoran dan kafe tempatan. 

Tapi, perlukah anda mengikut perkembangan teknologi ini? Jawapan pendeknya, perlu! Terutama sekali jika anda menghadapi masalah berikut:

  • Tak cukup pekerja
  • Untung cukup makan
  • Tak tahu cara nak buat marketing

 

Kelebihan QR Order

1. Mempercepatkan proses pesanan

 

 

Menggunakan QR order, pelanggan boleh terus scan kod QR – lihat menu – dan serta merta masukkan pesanan mereka.

Jadi, tak perlu lagi pelanggan menunggu pelayan restoran untuk datang ke meja mereka untuk memberikan menu & mengambil pesanan. Malah, mereka boleh menambah pesanan dengan lebih mudah dengan hanya mengimbas kod QR diatas meja sekali lagi.

 

2. Pesanan lebih tepat

 

 

Kerap terjadi semasa waktu puncak, kedai sedang ramai pelanggan dan aturan pesanan jadi kucar kacir. Akibatnya, ada pesanan yang tertinggal atau tersilap. 

Situasi ini sangat tidak ideal untuk kualiti restoran anda. Tapi menggunakan QR order, pekerja anda boleh menyediakan hidangan dengan lebih tepat mengikut susunan sistematik. Di samping itu, pelanggan anda juga boleh menyemak status pesanan mereka.

 

3. Menjimatkan tenaga & kos upah

 

 

Masalah utama pemilik restoran belakangan ini adalah kekurangan pekerja. Disebabkan itu, mereka jadi tidak menang tangan dalam melayan tetamu.

Tetapi dengan hadirnya QR order, ia sedikit sebanyak meringankan beban pekerja restoran dengan mengambil alih tugas mengambil pesanan pelanggan. 

Dan jika anda menggunakan sistem QR order yang mesra pelanggan contohnya GetOrders, ianya boleh menggantikan front house staff, jadi hanya anda boleh mengurangkan bilangan pekerja serta kos upah.

 

4. Kenali pelanggan untuk marketing

 

 

Zaman sekarang, marketing sangat penting untuk menarik pelanggan ke restoran atau kafe anda. Menggunakan sistem QR order, anda boleh mengumpul maklumat mengenai pelanggan anda seperti nama & lokasi, untuk tujuan marketing 

Dari maklumat yang disimpan, anda boleh:

  • Mengenali target market restoran anda
  • Menyampaikan promosi secara terus ke e-mel & nombor telefon pelanggan 
  • Menawarkan customer loyalty program kepada pelanggan

Dengan kelebihan ini, teknik marketing perniagaan anda akan lebih berkesan dan meningkatkan jualan di restoran & kafe anda.

 

5. Menaikkan keuntungan

 

Data and analytics

 

Selain untuk marketing, maklumat pelanggan anda juga boleh digunakan untuk menaikkan keuntungan.

Analisis jualan, trend pesanan pelanggan, menu terlaris, dan waktu puncak di kedai, semua maklumat ini boleh diperolehi dari QR order. Gunakan semua maklumat ini sebagai kelebihan untuk merancang operasi perniagaan anda dengan lebih baik dan memaksimakan keuntungan.

 

Kesimpulan

Ada banyak lagi manfaat yang boleh anda perolehi dengan menggunakan QR order di restoran atau kafe anda. Tambahan lagi, sistem ini sesuai dengan semua jenis saiz kedai makan. Jika anda mencari sistem QR order yang ringkas dan mesra pengguna, Slurp POS lah jawapannya.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.