Call us at +603 8744 2331

Kafe & Restoran Untuk Healing di KL & Selangor

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

“Healing” adalah trend semasa di kalangan pengguna media sosial, lagi-lagi golongan muda. Aktiviti healing selalunya untuk berehat dan “me-time” selepas penat bekerja, patah hati, putus cinta, atau erti kata lain, merawat hati yang lara.

Kali ini, jom kami kongsikan kafe-kafe di sekitar KL & Selangor yang boleh anda kunjungi untuk healing.

 

1. Light Capture Cafe, Kuala Lumpur

 

@lightcapturecafe di Instagram

Melangkah sahaja ke dalam Light Capture Cafe, anda akan seperwti healing di New York.

Terletak di Jalan Tun HS Lee, reka dalamannya yang terbuka dan unik bertemakan ‘industrial’ membuatkan setiap sudut di dalam kafe cantik dan sedap mata memandang. Ini kerana kafe ini menggunakan reka bentuk pencahayaan siang (daylighting architecture), jadi setiap tempat duduk akan dilimpahi cahaya semula jadi dari luar pada waktu siang. Jika anda berkunjung pada waktu malam pula, kafe ini dihiasi lampu neon dan memberi sentuhan misteri pada hiasan antik mereka.

Light Capture Cafe menyediakan sajian bertemakan barat dan juga tempatan, jadi anda bebas memilih hidangan mengikut citarasa anda. Selain itu, anda boleh menyesuaikan pesanan anda dengan mudah melalui pesanan QR.

 

Light Capture Cafe beroperasi Selasa hingga Khamis bermula jam 11 pagi, Sabtu dan Ahad pula pada jam 10 pagi. Jadi bolehlah sarapan dan ambil mood disini dahulu sebelum shopping di Bukit Bintang pula.

 

2. Copper Pot Cafe, Subang Jaya

 

Jika anda teringin nak healing sambil makan pasta, Copper Pot adalah tempatnya!

Terletak di USJ 9, kafe ini sangat sesuai untuk duduk healing kerana lokasinya yang redup serta hiasan dalam yang ringkas memberikan anda ketenangan. Anda juga boleh meeting atau remote working disini kerana Copper Pot Cafe menyediakan kemudahan WiFi dan soket.

 

@copperpot.my di Instagram

Copper Pot Cafe memang terkenal dengan pelbagai pilihan pasta yang sedap. Spaghetti Curried Vongole mereka sememamngnya takkan mengecewakan anda kerana rasanya yang sedap di samping portion yang banyak dan padan dengan harga mereka.

Mereka beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9.30 malam setiap hari kecuali Jumaat. Waze sahaja Copper Pot Cafe USJ 9 untuk memulakan destinasi healing anda.

 

3. Mori Kohi, Kuala Lumpur

 

Hanya 5 minit berjalan dari KLCC, tak sangka ada tempat yang memuatkan 5 konsep di dalam satu banglo menjadi kafe aesthetic.

Anda kena berkunjung ke Mori Kohi jika anda peminat makanan Jepun! Tambahan lagi, kafe ini bertemakan minimalistik sarat dengan hiasan botanikal, sesuai jika anda ingin lari sebentar dari pemandangan pencakar langit dan melihat hijau pokok yang meredupkan mata.

Aroma kopi yang wangi akan menemani anda sepanjang healing di Mori Kohi sambil menikmati Mori Signature Tendon yang sememangnya oishi (sedap). Ataupun, anda boleh mencuba Fruit Caramel Pudding dan Oh Matcha Cheese sebagai pemanis mulut untuk santai jiwa.

 

@morikohi.my di Instagram

Mori Kohi adalah pork-free, tetapi beberapa hidangan mempunyai alkohol. Jadi jangan segan silu untuk bertanya pelayan mereka untuk hidangan yang selamat dimakan untuk pelanggan Muslim. Restoran ini dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam di Jalan Tun Razak.

 

4. Whatever Works Coffee, Kuala Lumpur

 

Tak lengkap healing kalau tak layan muzik. Siapa sangka di Jalan Datuk Keramat ada sebuah kafe yang selalu menganjurkan event seperti sesi akustik, standup comedy night, dan bengkel hobi yang menarik. (matawang kripto juga diterima disini!)

Hanya 5 minit berjalan dari LRT Damai, anda akan menyangka kafe ini adalah sebuah rumah sehingga ada yang teragak-agak jika kasut perlu mereka perlu ditanggalkan untuk masuk. Lebih menarik lagi, kafe ini bersebelahan dengan AirBnb milik keluarga pengusaha kafe ini juga. Jadi, bolehlah anda berkunjung untuk merasai seperti anda di Bali, walhal anda sebenarnya dalam KL saja.

 

@wwcoffee.co di Instagram

Apabila di Whatever Works Cafe, tak lengkap kalau tak cuba latte dan pavlova mereka. Sesi healing anda disini boleh diatur pada hari Rabu hingga Isnin dari jam 9 pagi hingga 9 malam, kerana kafe ini berehat pada hari Selasa.

 

5. Meet Up Cafe, Bangi

 

Jangan risau, warga Bangi tak perlu bersusah pergi ke KL untuk healing kerana di Bangi pun ada kafe yang sesuai untuk anda!

Dari luaran, anda akan menyangka Meet Up Cafe adalah tempat makan eksklusif. Tetapi ramai terkejut mereka boleh mendapatkan secawan Hazelnut Coffee besar pada harga RM8 sahaja. Yang lebih menarik lagi, anda boleh menikmati Peach Strudel Kenny Hill’s yang sangat terkenal! Jadi tak perlu lagi beratur panjang-panjang (psssst… yang tahu je tahu)

 

Memang sesuai jika nak healing disini pada awal pagi atau lewat malam. Meet Up Cafe beroperasi setiap hari dari jam 7 pagi hingga 10 malam. Ok jom gerak sekarang!

 

Yang paling penting,

Semua kafe-kafe healing ni menggunakan Slurp! Point of Sale. Maksudnya, anda boleh memesan dan menyesuai makanan anda dengan senang hati di hujung jari. Ketahui lebih lanjut tentang Slurp! disini.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.