Call us at +603 8744 2331

Trend Kedai Makan Tahun 2023

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Tahun 2022 merupakan tahun penuh cabaran untuk ramai peniaga kedai makan. Ia juga dikatakan tahun pemulihan selepas kemelesetan ekonomi pada tahun 2021.

Memandangkan tahun baru semakin menghampiri, apa kata kita buat persiapan untuk restoran dengan trend yang dijangka akan hangat 2023 ini.

Antara yang dijangka trending dalam FnB pada tahun 2023:

  1. Teknologi: Ghost kitchen & teknologi digital restoran
  2. Marketing: Google My Business & video marketing
  3. Gaya hidup: Sustainability & menu vegan

 

1. Ghost kitchen

 

 

Jangan takut, bukan dapur berhantu! Secara ringkasnya, ghost kitchen ialah restoran yang beroperasi tanpa servis dine-in. Model bisnes ini mula berkembang kerana permintaan food delivery yang naik secara mendadak sejak sekatan pergerakan semasa pandemik.

Peniaga mula menceburi servis ghost kitchen kerana ia hanya memerlukan kos yang rendah untuk dijalankan. Malah, ghost kitchen memaksimakan keuntungan tanpa perlu berbelanja untuk hiasan dalaman dan peralatan makan kerana ia hanya memberi servis delivery dan pick-up.

Sebuah ghost kitchen boleh memasak untuk pelbagai jenama yang berlainan. Unik kan?

 

2. Teknologi digital restoran

 

 

2023 adalah permulaan untuk mengintegrasikan teknologi di dalam kedai makan anda. Walaupun kedengaran seperti mahal, teknologi restoran sebenarnya kini boleh didapati pada harga yang mampu milik.

Selepas pandemik, para peniaga masih terkesan bagi mencari solusi untuk beroperasi sambil mengekalkan jarak sosial. Di sinilah teknologi digital muncul untuk memudahkan pengurusan dan operasi restoran.

Oleh itu, pastikan anda turut beralih menggunakan teknologi seperti kod QR, pesanan dalam talian, pembayaran tanpa sentuh, inventori automatik dan perisian pengurusan kakitangan.

Tahukah anda? Semua komponen di atas boleh didapati dalam satu sistem Point of Sale (POS)? Slurp POS merupakan central point bagi pengusaha restoran mengendalikan perniagaan mereka dengan lancar serta memberi lebih tumpuan dalam memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

 

3. Google My Business

Jangan pandang rendah pada Google My Business sebagai platform marketing.

Di era maklumat di hujung jari ini, ramai yang menggunakan Google untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu. Oleh itu, dengan memastikan kedai makan anda mudah dijumpai di Google akan membantu menarik lebih ramai pelanggan datang.

Bukan itu sahaja, anda boleh mengurus dan membalas ulasan dalam Google sebagai pemilik perniagaan. Tidak pasti bagaimana untuk bermula? Rujuk panduan menggunakan Google My Business untuk kedai makan!

 

4. Video marketing

Penggunaan video marketing sebagai alat untuk memikat pengunjung tertarik ke restoran anda bukanlah suatu perkara yang asing lagi di zaman digital ini.

Pada tahun 2023, ia menjadi satu kelebihan menggunakan video marketing untuk mempromosikan menu dan perkhidmatan restoran anda. Ia merupakan antara strategi yang bagus untuk digunakan bagi menarik pengunjung pada masa kini.

Gunakan content yang pelbagai seperti testimoni pelanggan, temu bual tukang masak, video penghantaran makanan ke rumah atau mungkin juga kuiz trivia di restoran anda.

 

5. Menu vegan dan berasaskan tumbuhan

 

 

Menambah menu vegan dan berasaskan tumbuhan di restoran anda akan memenuhi keperluan restoran dan pilihan diet yang lebih luas. Pengunjung yang mempunyai diet, alahan dan isu kesihatan akan menghargainya apabila restoran anda dapat memuaskan keperluan mereka, justeru menjadi lebih cenderung untuk berkunjung dengan lebih kerap.

Selain itu, menu berasaskan tumbuhan juga sesuai dengan apa-apa jenis masakan serta memberikan margin keuntungan yang lebih tinggi!

 

6. Pemeliharaan (Sustainability)

 

 

Perubahan iklim dan cabaran ekonomi telah mengubah tingkah laku pengguna dalam pembelian mereka. Kajian mendapati bahawa pengguna pada masa kini mencari jenama yang mengambil berat tentang kelestarian alam sekitar.

Dengan tahun baharu yang semakin hampir, tiba masanya untuk beralih kepada operasi restoran yang lebih mesra alam sekitar. Langkah ini boleh dicapai dengan melaksanaka budaya eco-friendly dan meminimumkan sisa makanan.

Langkah paling mudah yang boleh anda ambil ialah dengan beralih daripada plastik ke kertas, kertas kepada digital, mengurangkan penggunaan tenaga dan menyokong pembekal tempatan.

 

Konklusi

Trend akan sentiasa berubah dari masa ke masa. Jadi, pastikan kita sentiasa cakna dengan perubahan trend dan gunakan peluang yang ada sebaiknya untuk bisnes kita!

 

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.