Call us at +603 8744 2331

3 Cara Point Of Sale (POS) Menaikkan Untung

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Sistem Point Of Sale (POS) kini adalah satu keperluan dalam setiap outlet FnB. Ia menyediakan data penting yang membantu anda membuat keputusan dalam mengendalikan bisnes.

Tapi apa yang boleh dilakukan dengan data yang diperoleh dari sistem POS? Data yang ada tetapi tidak digunakan tidak akan membawa perubahan kepada bisnes anda. Jadi, bagaimana untuk memproses data-data tersebut bagi menaikkan keuntungan kedai anda?

Data + Analisis + Tindakan = Keuntungan

Jom tengok macam mana data dari sistem POS boleh menjana keuntungan!

 

1. Meningkatkan hubungan pelanggan

Informasi pelanggan di dalam sistem POS bukanlah sekadar butir peribadi mereka semata. Ciri ini dibina sebagai alat untuk meningkatkan kesetiaan (loyalty) pelanggan yang menjadikan kedai anda sebagai pilihan utama mereka.

Informasi seperti jenis alergi, tarikh hari jadi, dan tempat tinggal pelanggan membantu anda memberikan servis yang lebih personalized kepada pelanggan. Sebagai contoh, anda boleh memberikan promosi diskaun atau free dessert semasa hari lahir pelanggan setia anda. Ini membuatkan pelanggan rasa dihargai apabila makan di kedai anda.

Oleh kerana servis dan pengalaman yang unik di restoran anda, pelanggan akan kerap berkunjung dan mencadangkan restoran anda kepada orang lain.

 

2. Mengawal inventori dan sisa makanan

Pernahkah anda mengalami situasi di mana bahan selalu tidak mencukupi atau bahan mentah sering kerosakan dan telah luput? Dengan sistem POS, anda tak perlu risau lagi tentang isu kehabisan atau pembaziran stok.

Apabila anda mempunyai inventori yang lebih sistematik, anda boleh memantau keperluan bahan dengan lebih tepat dan menjimatkan kos daripada pembaziran.

Selain itu, data inventori di dalam sistem POS membolehkan anda melihat menu yang laris dan tidak laris dijual. Dengan itu, anda boleh menentukan sama ada mengekalkan menu yang tidak menjana keuntungan atau mengubah suai senarai menu menjadi lebih menarik bagi memikat pelanggan.

Lihat: Pengurusan inventori dan resipi menggunakan Slurp POS 

 

3. Mengurus kakitangan

Data yang diperolehi sistem POS boleh mengejutkan anda, kerana anda mungkin akan dapat tahu bahawa restoran anda sebenarnya lebih sibuk pada hari Selasa berbanding Sabtu atau Ahad contohnya.

Apabila anda dapat menganalisis waktu puncak di restoran anda, ia membantu anda menyusun jadual kakitangan dengan lebih efektif.

Anda mungkin tidak boleh meramal dengan tepat bila pelanggan akan ramai tetapi anda boleh menggunakan predictive data dari sistem POS untuk melihat corak kunjungan kedatangan pelanggan dan membantu anda merancang jadual pekerja dengan lebih strategik. Sebagai contoh, pada hari atau musim perayaan di mana restoran dijangka akan menerima kunjungan yang ramai.

Dengan ciri yang terdapat di dalam sistem POS ini, anda dapat mengelakkan isu pelanggan lari kerana tidak mendapat layanan yang baik atau servis pelayan yang tidak memuaskan.

 

Pelaburan yang membawa pulang modal

profit

 

Sistem POS sangat berguna untuk peniaga FnB kerana ia membekalkan informasi yang berpotensi meningkatkan prestasi bisnes anda. Dengan mengambil langkah yang tepat berdasarkan data yang diperolehi, ia dapat menjamin keuntungan di kedai anda. Barulah balik modal!

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.