Call us at +603 8744 2331

Cara Menaikkan Harga Menu Tanpa Hilang Pelanggan

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Inflasi yang semakin meruncing menyebabkan kenaikan kos barangan, perkhidmatan dan bahan. Ia pastinya menjejaskan kewangan anda dan tidak memberi anda banyak pilihan selain daripada meningkatkan harga menu untuk mengekalkan perniagaan anda.

Menaikkan harga apabila anda telah meraih pelanggan setia adalah satu tindakan yang berisiko. Jika anda gusar untuk memaklumkan pelanggan anda tentang kenaikan harga di kafe atau restoran anda, anda tidak bersendirian!

Memandangkan anda yakin bahawa kenaikan harga diperlukan, anda memerlukan strategi menaikkan harga menu tanpa kehilangan pelanggan setia anda dengan beberapa langkah:

  1. Kenal pasti item terlaris anda
  2. Naikkan secara beransur
  3. Upgrade menu anda
  4. Berterus terang dengan pelanggan

 

Langkah-langkah ini akan membantu anda menaikkan harga menu anda dengan cara yang halus tanpa mempertaruhkan kesetiaan mereka.

 

1. Kenal pasti item terlaris anda

 

 

Sebelum anda menaikkan harga, kenal pasti item terlaris dalam senarai menu anda terlebih dahulu. Item terlaris adalah penunjuk faktor tarikan pelanggan selalu datang ke restoran anda. Maka, menaikkan harga item tersebut dengan mendadak mungkin akan mengecewakan pelanggan anda.

Sistem Point Of Sale (POS) boleh membantu anda mengenal pasti item terlaris dan terendah melalui ciri automatik menganalisis data jualan dan pengurusan inventori. Dengan maklumat ini, anda boleh memutuskan sama ada untuk mengeluarkan item dari menu, melaraskan saiz hidangan, atau menaikkan harga.

 

2. Naikkan harga secara beransur-ansur

 

 

Langkah ini perlu dititikberatkan bagi  mengelakkan kejutan mendadak kepada pelanggan anda.

Jika menu tersebut memerlukan peningkatan sebanyak seringgit misalnya daripada RM10.30 kepada RM11.30, jangan terkejut jika pelanggan anda mengadu tentang harga yang naik mendadak. 

Daripada mengubah harga secara drastik, lebih baik lakukan kenaikan sedikit demi sedikit seperti RM10.30 menjadi RM10.75 kemudian RM11 sehinggalah RM11.30. Pelanggan akan menerima kenaikan harga dengan lebih baik dan tidak rasa terlalu terbeban.

 

3. Upgrade menu anda

 

 

Selain daripada mengemas kini harga anda, naik taraf senarai menu anda dengan menambah penerangan tentang hidangan anda. Gunakan copywriting yang menarik bagi menerangkan kaedah memasak dan bahan-bahan unik yang ada untuk menarik minat pelanggan serta membuatkan hidangan tampak lebih istimewa.

Gunakan peluang ini untuk menyusun semula menu anda dengan meletakkan hidangan yang paling memberi keuntungan dengan visual menarik seperti bintang, kotak sorotan, dan imej yang menyelerakan. Menambah label seperti “Chef’s Pick”, “Baharu”, atau “Paling Popular” juga akan menarik perhatian tetamu dan membantu mereka untuk memesan menu utama anda.

 

4. Berterus terang dengan pelanggan

 

 

Pelanggan amat menghargai jika para peniaga jujur dan berterus terang. Justeru, maklumkan pelanggan anda secara ringkas mengapa anda perlu menaikkan harga untuk mengekalkan kedai makan anda.

Anda boleh memberi notis awal sekitar 30 hari sebelum pelaksanaan kenaikan harga. Beri makluman awal dengan menampal notis di kaunter pembayaran atau meja-meja makan agar pelanggan anda sedar tentang pembaharuan harga yang bakal berlaku di kedai anda.

 

Selamat mencuba!

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.