Call us at +603 8744 2331

3 Perkara dalam Marketing Kedai Makan yang Ramai Lupa

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Tidak kira sama ada restoran anda baharu atau sudah lama beroperasi, marketing (pemasaran) adalah penting untuk menarik pelanggan anda.

Ramai yang sedia maklum kini media sosial ialah saluran #1 untuk pemasaran, terutamanya untuk perniagaan F&B. Tetapi kita tidak akan bercakap tentang perkara tipikal dalam strategi pemasaran.

Kali ini, kami akan menunjukkan 3 kesilapan dalam pemasaran restoran beserta 3 cara alternatif untuk memastikan ia berkesan dan menguntungkan perniagaan anda. 

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut!

 

Elakkan 3 kesilapan ini dalam pemasaran:

1. Tiada kelompok sasaran (targeted audience)

 

 

Anda mungkin mempunyai idea pemasaran yang bombastik, tetapi ia tidak akan memberi kesan yang sama untuk demografi yang berbeza.

Bina kelompok sasaran supaya anda boleh menumpukan pemasaran anda berdasarkan setiap demografi mereka. 

Dengan cara ini, tawaran dan promosi menjadi lebih tertumpu dan menjadikan anda lebih menonjol, serta meningkatkan jualan dengan lebih berkesan.

 

2. Tiada kepelbagaian tawaran

 

 

Jangan tawarkan promosi yang sama sepanjang masa. Ia boleh menyebabkan pelanggan anda menjadi bosan dan hanya akan menarik pembeli yang memburu tawaran harga murah semata yang tidak akan membawa keuntungan dan kesetiaan pada restoran anda.

Berikan sentuhan berlainan dalam setiap promosi restoran anda dengan sesuatu yang bernilai kepada tetamu anda. 

Sebagai contoh, anda boleh cuba mempromosikan dan mengubah item percuma dalam menu anda seperti koktel atau pencuci mulut yang unik untuk pelanggan setia anda. Daripada situ, ia dapat membantu meningkatkan jualan menu anda dan juga memastikan margin keuntungan anda sihat.

Anda juga boleh memberi promosi secara bergilir seperti francais-francais makanan segera McD & KFC lakukan mengikut bulan atau musim perayaan. 

Dengan cara ini, anda boleh menunjukkan kepelbagaian dalam restoran kepada tetamu anda dan menarik demografi pelanggan yang lebih luas.

 

3. Mengabaikan ulasan negatif

 

 

Dalam era kebebasan suara di media sosial, anda memang tidak boleh sepenuhnya mengawal persepsi orang ramai mengenai restoran anda. Namun, ini tidak bermakna anda boleh memandang enteng tentang ulasan mereka.

Jadi apa yang perlu anda buat dengan ulasan tersebut? Sediakan pelan untuk menangani ulasan tersebut menggunakan templat jawapan yang beretika.

Ini akan membantu membina kredibiliti jenama anda dan menunjukkan bahawa anda komited terhadap perkhidmatan pelanggan anda.

Tidak pasti bagaimana untuk mula? Rujuk pelan respons kami untuk mengendalikan ulasan negatif.

 

Mula lakukan langkah-langkah ini untuk memasarkan kedai anda!

1. Promosikan menu terlaris

 

 

Promosikan hidangan yang pelanggan anda suka. Anda boleh menggunakan konsep “hits terhebat” seperti penyanyi-penyanyi lakukan untuk menu restoran anda. Contohnya, ‘Hot Picks’, ‘Chef’s Choice dan sebagainya. 

Kaedah ini sangat senang untuk dilakukan. Pertama, kenal pasti hidangan terlaris di kedai anda menggunakan laporan jualan daripada sistem point of sale anda. 

Daripada laporan tersebut, anda juga boleh melihat trend pesanan, seperti makanan atau minuman yang selalu dipesan bersama oleh pelanggan anda untuk melengkapkan hidangan tersebut. Hanya gunakan cerapan ini untuk meningkatkan jualan item.

Promosikan item menggunakan gambar berkualiti tinggi yang boleh anda masukkan dalam menu, iklan, dan media sosial. Langkah ini akan membantu kerana visual makanan ialah content yang paling mendapat sambutan di mana mana saluran media.

 

2. Gunakan Google My Business

 

 

Tahniah jika restoran anda sudah mempunyai akaun rasmi media sosial!

Tetapi sudahkah anda menggunakan Google My Business? Tidak ramai yang menggunakan platform ini walaupun ia berkesan meningkatkan kesedaran tentang jenama mereka dengan ketara dan menarik lebih ramai pelanggan.

Sebagai entiti perniagaan, maklumat perniagaan anda harus ada dalam enjin carian untuk membolehkan lebih ramai orang mengetahui tentang restoran anda. 

Dengan menyenaraikan perniagaan anda di Google My Business, pelanggan boleh mendapatkan semua maklumat yang mereka perlukan serta-merta dan memutuskan sama ada untuk melawat restoran anda dalam masa beberapa minit.

Anda boleh pergi ke blog kami di Google My Business Guide For Cafes And Restaurants untuk mendapatkan lebih banyak petua berguna!

 

3. Jalankan tawaran sambutan atau perayaan

 

 

Cuti dan perayaan adalah masa terbaik untuk memasarkan perniagaan anda kerana apakah sambutan perayaan jika tiada makanan?

McDonalds Malaysia mahir menggunakan konsep ini untuk pemasaran mereka. Semasa musim Merdeka, McD memberikan baucar Nasi Lemak dan Milo percuma kepada sesiapa yang memesan dan menjerit “Merdeka” sebanyak tiga kali di mana-mana cawangan McD Drive-Thru. Oleh kerana rakyat Malaysia menggemari Nasi Lemak, tawaran ini telah menarik minat ramai rakyat Malaysia untuk datang dan menyertai kempen tersebut dengan semangat patriotik mereka.

Anda boleh bermain-main dengan tema mana-mana perayaan untuk menarik lebih ramai orang mengunjungi restoran anda. Tak semestinya hanya perayaan besar, kadangkala anda boleh juga menonjol semasa acara rawak seperti ketika Malaysia memenangi Piala Dunia?

Pada dasarnya, anjurkan acara yang menarik pelanggan anda untuk post dan kongsi di media sosial mereka.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.