Call us at +603 8744 2331

Kaedah Pesanan Makanan Manakah yang Sesuai untuk Kedai Makan Anda?

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Sebelum pelanggan jatuh cinta dengan sajian restoran anda, mereka terlebih dahulu akan disambut oleh menu anda. Waktu pesanan adalah aspek yang penting dalam pengalaman pelanggan makan di restoran anda kerana ia menentukan ‘mood’ makan mereka. Perhatikan bagaimana orang selalu berasa seronok memesan makanan di kedai Mamak kerana mereka sangat peramah dan boleh mengingat pesanan dengan cepat?

Terdapat 3 kaedah utama untuk memesan di kedai makan:

  1. Pesanan di kaunter
  2. Pesanan di meja
  3. Pesanan QR

 

Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri untuk bisnes F&B anda. Tetapi anda boleh memilih kaedah terbaik yang sesuai dengan sifat perniagaan dan juga jenis pengalaman pelanggan yang anda inginkan untuk tetamu anda.

 

1. Pesanan di kaunter

Kaedah ini biasa di restoran makanan segera dan medan selera. Orang ramai akan beratur di kaunter untuk memesan makanan mereka dan bayar sebelum makan. Kaedah ini sesuai untuk restoran atau gerai yang mempunyai kumpulan kakitangan yang terhad kerana hanya seorang sahaja diperlukan di kaunter untuk mengambil pesanan dan menerima bayaran.

 

 

Selain itu, ia lebih selamat dari segi kutipan pembayaran kerana pelanggan akan membayar serta merta semasa memesan. Ini sekali gus mengurangkan risiko mereka makan tanpa membayar di premis anda dan mendatangkan kerugian.

Kaedah ini juga memudahkan pelanggan untuk mengubah suai pesanan makanan mereka, malah kakitangan anda boleh melaraskan harga mengikut sewajarnya. Menggunakan Slurp! POS, anda boleh menetapkan pengubah suai dalam setiap menu, sama ada menambah atau menolak caj mengikut perubahan ramuan.

Walau bagaimanapun, pesanan di kaunter boleh menyebabkan beratur panjang terutamanya semasa waktu puncak. Ini boleh menyebabkan pelanggan tidak berminat memasuki premis anda atau menambah pesanan mereka kerana perlu beratur. Anda juga kehilangan peluang untuk mempromosi menu anda semasa barisan panjang, melainkan anda mempunyai pengurusan baris gilir yang baik, kaunter berbilang, atau sistem POS yang cekap seperti Slurp!

 

2. Pesanan di meja

Pesanan meja ialah apabila pelayan datang ke meja pelanggan dan mengambil pesanan mereka. Kaedah ini menggalakkan interaksi antara kakitangan-pelanggan yang positif dan meningkatkan reputasi jenama anda melalui perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Kaedah ini biasa dilihat di restoran-restoran Mamak.

 

 

Dengan menugaskan staf untuk mengambil pesanan di meja, mereka boleh membantu untuk mengesyor menu istimewa, menawarkan promosi, atau mencadangkan menu terlaris di restoran anda. Pelanggan anda juga tidak perlu beratur dan hanya memesan dari tempat duduk mereka.

Slurp! POS boleh mempercepatkan proses pesanan ini menggunakan Waiter App. Hanya dengan beberapa ‘tap’, staf anda boleh merekod pesanan dan menghantar terus ke dapur dengan tepat. Slurp! POS mempunyai ciri yang mesra pengguna, oleh itu staf anda boleh menerima pesanan dengan lebih cekap.

Kelemahan kaedah ini ialah masa menunggu. Pelanggan anda mungkin perlu menunggu sedikit lama semasa waktu puncak dan kakitangan anda sedang sibuk. Untuk mengatasi isu ini, lebih ramai kakitangan mungkin diperlukan untuk mengendalikan jumlah pelanggan yang tinggi.

 

3. Pesanan QR

Dengan mengimbas kod QR, pelanggan boleh membuat pesanan tanpa memerlukan staf anda datang ke meja mereka. Ini boleh menjimatkan masa dan meningkatkan ‘table turnover’ (kadar pusing ganti meja) kerana masa menunggu yang lebih singkat untuk mmebuat pesanan. Kaedah ini banyak dilaksanakan di kafe dan restoran moden pada masa pasca pandemik Covid-19 sekarang.

 

 

Pesanan QR meminimumkan kesilapan dalam pesanan pelanggan kerana mereka boleh menetapkan sendiri pesanan mereka. Sebelum menghantar pesanan mereka, pelanggan boleh menyemak semula pesanan mereka dan menambah apa-apa perubahan yang diperlukan. Selain itu, pesanan QR menyenangkan pelanggan untuk menyemak status pesanan mereka.

Selain itu, anda boleh mengemas kini menu restoran anda dengan mudah tanpa perlu mencetak semula atau menampal nota-nota kecil. Slurp! POS membolehkan anda mengemas kini item dan harga pada menu digital restoran anda. Jadi, tiada lagi insiden pelanggan anda memesan menu yang sudah habis atau tidak ada.

Tetapi dengan penggunaan QR untuk menggantikan pelayan di meja, ia sedikit sebanyak mengurangkan interaksi antara kakitangan dan pelanggan anda. Ini boleh menjadi positif atau negatif bergantung pada keselesaan tetamu anda. Tetapi dalam era pasca-pandemik ini, mungkin lebih ramai memilih untuk mengurangkan kontak rapat dengan manusia.

Pesanan QR juga memerlukan peranti dan sambungan internet. Ini boleh membawa menyukarkan pesanan jika pelanggan anda menghadapi masalah dengan peranti atau liputan internet mereka.

Perbandingan

 

Integrasi semua kaedah dalam satu sistem yang mudah.

Sebagai seorang pemilik kedai makan, anda lebih mengenali perniagaan anda dan pelanggan anda. Setelah mempertimbangkan kelebihan dan kekurangan setiap kaedah, yang manakah anda rasa bersesuaian untuk perniagaan F&B anda?

Dengan Slurp! POS, semua kaedah ini ada di hujung jari anda. Sistem Slurp! direka khas untuk mempermudahkan operasi kedai makan anda dengan ciri-ciri yang pintar. Ekosistem Slurp! dibina untuk membantu untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan untuk pelanggan anda.

Untuk maklumat lanjut tentang Slurp! POS, silakan hubungi kami!

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.