Kedai makan anda tidak lengkap tanpa 5 ciri-ciri dibawah. Baca lebih lanjut untuk mudahkan urusan perniagaan anda!
1. Analisis dan Laporan Data Secara Langsung
Membuat pengiraan & perancangan harian untuk menu, bahan mentah, perbelanjaan kedai, dan lain-lain bukanlah mudah. Tanpa sebarang data dan laporan dari perniagaan anda, pengiraan mungkin dilakukan secara tekaan atau mengikut gerak hati. Ini secara tidak langsung meningkatkan risiko untuk berlaku kesilapan pengiraan atau ketirisan dalam perniagaan anda.
Dengan adanya analisis data dan laporan yang tersedia secara langsung, anda mampu membuat pengiraan & perancangan yang lebih tepat dan pantas.
2. Sistem POS yang mudah digunakan
Cabaran mencari, melatih, dan mengekalkan pekerja kedai makan merupakan satu realiti yang dihadapi oleh para pengusaha kedai makan. Untuk memudahkan proses melatih dan mengekalkan pekerja, sistem POS (Point-of-Sale) yang mudah digunakan sangat diperlukan di kedai makan anda.
3. Pesanan melalui KOD QR
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memaksa ramai pemilik perniagaan mencari alternatif mengurangkan kos pengambilan pekerja. Antara alternatif yang sangat membantu adalah kod QR yang semakin meluas terutamanya di kedai makan.
Ramai pemilik kedai makan telah beralih ke teknik imbasan kod QR di meja-meja untuk menggantikan kerja ‘waiter’ di meja. Tambahan lagi, pesanan yang dihantar terus ke dapur lebih tepat dan pantas. Kod QR juga menyenangkan pelanggan untuk melihat menu yang tersedia dan mengurangkan interaksi dengan para pekerja, sekali gus mengurangkan risiko penyebaran wabak penyakit.
4. Sistem kehadiran pekerja
Perniagaan kedai makan merupakan satu industri yang mempunyai waktu bekerja yang tidak konvensional dan selalunya melibatkan syif. Ini menjadi satu cabaran bagi pemilik kedai makan untuk merekod masa masuk/keluar pekerja dan kiraan gaji mereka.
5. Modul pembayaran yang fleksibel
Pelbagai cara pembayaran kini ditawarkan untuk para pelanggan di mana-mana premis perniagaan. Pastikan premis kedai makan anda juga tidak ketinggalan untuk memudahkan pelanggan melakukan pembayaran sama ada secara tunai, kad, e-wallet, kod QR, bayaran secara berasingan atau ‘go-dutch’, dan gabungan bayaran.
Kemudahan proses bayaran akan meningkatkan mutu perkhidmatan kedai anda. Para pelanggan akan lebih cenderung untuk datang semula apabila servis yang diberikan sangat memuaskan terutamanya semasa mereka mahu melakukan pembayaran.
Dapatkan ciri-ciri di atas dengan Slurp!
Tak perlu pening kepala untuk menambah baik perkhidmatan kedai makan anda, semua 5 ciri-ciri di atas ada dalam 1 peranti bila anda gunakan Slurp! POS.