Call us at +603 8744 2331

Transformasi Kedai Anda dengan Automasi

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Tingkah laku pengguna sebelum dan selepas pandemik kini tidak lagi sama. Pengguna kini lebih arif apabila membeli dan berbelanja.

Pelanggan masa kini mahukan servis yang cepat dan mudah. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam suatu premis, mereka menjangkakan layanan segera serta transaksi yang lebih lancar dari biasa. 

Industri makanan turut sama terkesan dengan perubahan ini. Oleh itu, pengusaha restoran sekarang mentransformasi kedai makan dengan menambah sentuhan automasi dalam servis mereka.

Automasi adalah penggunaan alatan automatik dalam suatu proses atau tugas. Contoh-contoh teknologi untuk automasi F&B antaranya buzzer, robot penghantar makanan, sistem Point-Of-Sale (POS), dan platform pemesanan dalam talian.

Automasi akan mentransformasi restoran anda dengan menggantikan tenaga fizikal dalam melaksanakan tugas yang berulang, memberikan anda lebih masa untuk menumpukan pada tugas yang lebih penting dalam mengembangkan perniagaan anda.

Dengan automasi, pemilik restoran boleh menyediakan pengalaman terbaik untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan.

 

Cara mentransformasi kedai F&B anda dengan automasi

 

1. Mulakan dengan POS yang boleh dipercayai

Gantikan laci tunai lama di kaunter anda dan gunakan sistem Point-Of-Sale (POS) terkini. Menggunakan sistem POS boleh memberikan transformasi besar dalam restoran anda.

Sistem POS ialah satu pusat perniagaan dan ia membantu memastikan operasi perniagaan anda lancar. 

Sistem POS F&B yang boleh dipercayai dapat membantu kakitangan anda melakukan pelbagai tugas dengan efisyen dari Back-Of-House (BOH) hingga ke Front-Of-House (FOH) dan berhubung dengan pelanggan anda.

Sistem POS yang asas biasanya mempunyai terminal skrin sentuh dan peranti handheld untuk mengambil dan menghantar pesanan, Kitchen Display System (KDS) untuk berkomunikasi dengan kakitangan dapur, dan Backoffice System (BOS) untuk mengawasi keseluruhan operasi anda.

Sistem Slurp! POS adalah antara sistem terbaik untuk F&B kerana ia direka untuk mengendali setiap aspek operasi restoran. Reka bentuk antara mukanya intuitif dan mesra pengguna. Oleh itu latihan kakitangan yang intensif tidak diperlukan bagi memahami cara penggunaan sistem.

Slurp! turut dilengkapi pengurusan inventori dan analitik yang komprehensif dalam sistem Awan (Cloud). Jadi, anda tidak perlu menggaru kepala untuk membuat spreadsheet atau menugaskan kakitangan untuk membuat tugas hakiki ini.

Bagaimana pula dengan semua maklumat yang anda ada tentang tetamu restoran anda? Memilih automasi yang betul dapat menjadikannya data berguna. Dengan Slurp! POS, anda boleh:

  • Meningkatkan ketepatan dan melajukan masa pesanan
  • Uruskan banyak cawangan dengan mudah
  • Dapatkan analitik masa nyata cawangan anda
  • Buat, edit & jadualkan promosi
  • Khidmat pelanggan yang mesra
  • dan banyak lagi!

 

2. Rangkaikan dengan platform pesanan dalam talian

Mengintegrasikan platform pesanan dalam talian akan mentransformasi restoran anda menjadi perniagaan omnichannel di mana keperluan pelanggan dipenuhi dengan mudah.

Pada masa kini, anda tidak boleh bergantung hanya pada pesanan fizikal di kedai anda. Sudah tiba masanya untuk menjadikan pesanan dalam talian antara pilihan untuk pelanggan anda agar membenarkan lebih fleksibiliti dalam proses pembelian mereka.

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan jualan dengan memilih platform pesanan dalam talian yang betul. Foodpanda, Grab, Shopeefood; ini adalah contoh aplikasi e-dagang yang membenarkan pesanan dalam talian untuk peniaga makanan. 

Walau bagaimanapun, aplikasi diatas memerlukan peniaga untuk menaikkan sedikit harga makanan mereka, justeru membuatkan pelanggan tidak berminat untuk memesan makanan dalam talian.

Tetapi jika anda adalah pelanggan Slurp! POS, anda boleh mengintegrasi Getorders – platform pesanan dalam talian yang menyokong pesanan dalam talian, pembayaran dan penghantaran pada kadar yang berpatutan.

 

GetOrders berfungsi pada semua peranti mudah alih dan PC kerana ia adalah platform berasaskan web. 

Ia membolehkan sesiapa sahaja membuat pesanan di kedai dalam talian anda tanpa perlu memuat turun aplikasi baharu. Sebaik sahaja anda menyediakan kedai dalam talian anda, terima bayaran dan hantar makanan anda dengan pantas.

 

Bersedia atau tidak, sekarang adalah masa untuk automasi!

Telah terbukti bahawa automasi dalam industri perkhidmatan makanan membantu meningkatkan dan memacu lebih banyak jualan. 

Kenapa? Kerana alatan yang betul akan mempercepatkan perkhidmatan dan membuatkan pelanggan berasa selesa untuk menjamu selera di restoran anda.

Melaksanakan automasi di kedai anda kini lebih penting daripada yang anda fikirkan. Ia bukan lagi kemewahan, tetapi satu kemestian.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.