Call us at +603 8744 2331

Anda Perlukan Sistem POS Yang Macam Mana? 🤔

slurp-pos-feast-package

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Keliru nak pilih sistem POS yang mana? Sini kami bantu.

Terdapat banyak pilihan sistem POS diluar sana dengan pakej yang berbeza dengan harga yang lebih kurang mungkin mengelirukan anda untuk pilih plan yang sesuai mengikut keperluan kedai makan anda.

Slurp! menawarkan pelbagai pakej yang menarik bergantung kepada kesesuaian dan bajet anda. Tapi, macam mana anda nak tahu pakej yang mana yang sesuai untuk anda? Untuk artikel kami kali ini, kami akan terangkan kepada anda pakej yang terbaik dengan membuat perbandingan pakej-pakej yang kami ada, iaitu Snack, Meal dan Feast. Sebelum kita selam lebih dalam, tahukah anda terdapat banyak risiko yang bakal anda hadapi sekiranya anda tidak menggunakan sistem POS? Tak percaya? Baca artikel ini.

Ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum anda menjadi pengguna Slurp!. Anda boleh ‘check out’ features kami di website kami.

Tanpa membuang masa, jom kami kupaskan tiga plan kami;

 

Adakah Pakej Meal untuk anda? 🤔

slurp-pos-meal-package

Kos: RM3,990 (Kos Renewal RM1,000 untuk tahun berikutnya)
Sesuai untuk kedai makan yang mempunyai meja lebih dari 14 meja.

Pakej ini merupakan pakej ideal yang menjadi pilihan ramai pemilik bisnes F&B, yang mempunyai jualan harian lebih dari RM5,000. Pakej ini dibawakan bersama ‘premium hardwares’. Kebiasaannya, pakej ini sesuai untuk restoran yang tidak memerlukan lebih dari 1 printer, untuk kaunter. Selain daripada itu, pakej ini memudahkan peniaga untuk uruskan sales secara efektif kerana ia disertakan dengan ‘cloud’ untuk laporan ‘sales’ dan inventori secara komprehensif.

Di dalam pakej ini juga akan disertakan dengan Online Shoplink dan QR Ordering. Bagi kedai makan yang mempunyai kekurangan staf kedai makan, anda tidak perlu risau lagi. Kerana adanya QR ordering ini, staf anda tidak perlu mengambil order di meja pelanggan. Usai sahaja pelanggan duduk di meja, mereka boleh scan QR untuk lihat menu dan buat pesanan melalui ‘online menu’. Selain itu, di dalam Online shoplink ini juga membolehkan anda untuk mengambil pesanan untuk ‘pick up’ dan membuat penghantaran bagi pelanggan yang mahu ‘pick up’.

Jika bajet anda tidak melebihi RM4,000 maka pakej ini sangatlah sesuai dengan anda. Ya lah, pakej serba lengkap, dengan hardware, cloud, QR ordering disertakan juga dengan Online Shoplink lagi! Bukan tu je, anda tak perlu risau jika sistem ‘down’ atau masalah yang lain kerana ‘support team’ kami sedia membantu anda.

Adakah Pakej Feast untuk anda? 🧐

foodcourt-more-than-one-station

Kos: RM6,990 (Kos Renewal RM1,000 untuk tahun berikutnya)
Pakej ini sesuai untuk kedai makan yang mempunyai ruangan yang besar seperti Food Court, atau Fine Dining dan memperoleh sales harian sebanyak RM10,000.

Jika harga tidak menjadi masalah bagi anda, dan anda memerlukan lebih dari satu ‘ordering station’, atau jika kedai makan anda mempunyai lebih dari 40 meja, mungkin pakej ini sesuai untuk anda.

Apabila anda mempunyai banyak meja, kedai makan anda pula mempunyai keluasan lebih kurang 2000sqft keadaan boleh menjadi sangat sibuk. Daripada susunan meja dimana pelanggan membuat pesanan dan terima pesanan mereka kemudian anda perlu hantar hidangan ke meja pelanggan, keadaan boleh menjadi kacau bilau dan boleh menyebabkan masa menunggu pelanggan lama. Disebabkan ini, anda memerlukan lebih daripada 1 ordering station dan memerlukan lebih dari 3 printer untuk uruskan order dan untuk elakkan tiada salah faham diantara pelanggan, staf dan dapur.

slurp-pos-feast-package

Tidak lupa juga untuk inventori – anda perlu sentiasa mendapatkan update untuk mengelakkan kehabisan barangan atau pembaziran bekalan. Jadi, dengan pakej Feast ini, ia dapat bantu anda untuk uruskan kedai makan anda dengan mudah, mengurangkan risiko salah ambil dan hantar order pelanggan, dan dapat mengurangkan kos anda untuk mencari staf yang  ramai di kedai anda.

Selain itu, jika kedai anda memerlukan Customer Display System (CDS) dan Waiter Apps, maka kami sarankan untuk anda ambil pakej ini.

Bagaimana pula dengan Pakej Snack?

Kos: RM790 (Kos Renewal RM500 untuk tahun berikutnya)
Sesuai untuk pengguna yang tidak memerlukan Cloud, dan hardware dan menyediakan servis pick up sahaja.

Walaupun harga pakej ini murah, namun ia bukanlah pilihan pengguna. Tetapi, jika anda memerlukan ‘software’ untuk mengambil ‘order’ pelanggan, tanpa memerlukan cloud untuk report harian keseluruhan sales, anda boleh gunakan pakej ini.

Pakej Snack mempunyai akses untuk Slurp! Central yang digunakan untuk mengambil order pelanggan, dan membuat pembayaran secara tunai atau secara online. Selain itu, pakej ini juga mempunyai akses QR Ordering dan Online Menu.

Walaupun anda mendapat akses untuk software ini, namun, untuk pakej Snack ini tidak termasuk Cloud untuk anda lihat ‘report sales’ dan inventori. Jadi, jika anda berminat untuk menggunakan pakej ‘basic’ ini, perlulah anda cakna kekurangan pakej ini.

Jom test sistem POS yang mana sesuai untuk anda. 👇

Jadi, dengan jawapan yang anda terima tadi… adakah anda berpuas hati dengan keputusan yang diberikan? Ingin tahu bagaimana sistem kami ini berfungsi? Mari dapatkan DEMO dari kami secara PERCUMA sekarang!

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.