Call us at +603 8744 2331

Tips Mudah Nak Tarik Pelanggan Ke Restoran (Semasa PKP)

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Memang tidak dinafikan agak sukar nak tarik pelanggan ke restoran semasa situasi sekarang.

Industri ini sangat bergantung kepada pelanggan untuk terus beroperasi. Kurang pelanggan bermaksud kuranglah pendapatan.

Oleh itu, sebagai pemilik restoran, anda haruslah mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk terus menarik pelanggan.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan tips mudah untuk tarik pelanggan ke restoran semasa PKP.

Tips Nak Tarik Pelanggan Ke Restoran Semasa PKP

nak tarik pelanggan

Terdapat restoran-restoran yang terpaksa menghentikan operasi kerana perniagaan terjejas dengan teruk.

Jika restoran anda masih lagi beroperasi, masih ada harapan untuk memulihkan keadaan dengan mengikuti tips-tips di bawah.

1. Patuhi SOP

nak tarik pelanggan

Sepanjang tempoh pandemik, mereka yang sering ke restoran pastinya sudah tahu prosedur untuk makan di restoran.

Pertama, imbas kod QR dengan aplikasi MySejahtera untuk mendaftar. Maklumat penting pelanggan seperti nama penuh, nombor IC, dan nombor telefon akan diambil.

Kedua, periksa suhu badan dengan menggunakan termometer. Mereka yang suhunya 37.5°C ke atas tidak dibenarkan masuk kerana berisiko tinggi.

Pemilik restoran perlu tahu bahawa orang ramai amat menitkberatkan langkah-langkah keselamatan demi menjamin keselamatan mereka.

Pastikan pekerja-pekerja sentiasa memakai penutup muka sepanjang masa ketika bertugas.

Selain itu, utamakan penjarakan sosial. Pihak restoran perlu membuat penanda untuk memberi petunjuk kepada pelanggan supaya tidak duduk pada kerusi yang bertanda ‘X’.

Posisi meja makan juga perlu dijarakkan supaya penjarakan sosial dapat dipraktikkan. 

2. Menyediakan perkhidmatan pembayaran cashless

Perkhidmatan ini sudah banyak ada di restoran-restoran di seluruh negara.

Ini selari dengan inisiatif penjarakan sosial kerana pelanggan tidak perlu mengeluarkan wang kertas dan memberi kepada pihak restoran.

Melalui pembayaran cashless, pelanggan hanya perlu menggunakan telefon pintar atau kad bank. 

Pembayaran melalui PayWave, kad kredit dan sebagainya merupakan antara pilihan popular orang ramai.

Terdapat juga platform yang membolehkan anda membuat pembayaran seperti GetOrders, GrabPay, Boost, dan sebagainya.

Yang menariknya pelanggan akan mendapat points yang apabila menggunakan perkhidmatan ini.

Melalui points ini, pelanggan boleh mendapatkan ganjaran-ganjaran menarik yang ditawarkan dalam aplikasi tersebut.

Oleh itu, memudahkan pelanggan anda untuk membayar merupakan satu cara yang efektif untuk menarik mereka ke restoran.

Cashless ini juga terdapat banyak kebaikan terhadap bisnes anda dan bukan kepada pelanggan sahaja. 

3. Promosi melalui media sosial

Memandangkan tidak ramai orang keluar rumah sewaktu pandemik, kemungkinan pelanggan anda berkurang sangatlah tinggi.

Media sosial amat penting dalam keadaan ini untuk tujuan promosi. Hal ini kerana, anda perlu memastikan orang ramai tahu kewujudan restoran anda.

Anda boleh membuat akaun dengan menggunakan profil restoran melalui aplikasi seperti Facebook, Instagram, dan Twitter.

Ini memberikan ruang untuk anda mengiklankan promosi dan menu terbaik yang mampu menarik pelanggan ke restoran anda.

Selain itu, dengan menggunakan media sosial, anda boleh dapat menarik perhatian pelanggan-pelanggan baharu.

Oleh itu, pastikan konten yang anda paparkan berkualiti dengan menggunakan gambar-gambar dan penulisan pos yang menarik.

Walaupun orang ramai mungkin tidak lagi pergi di kawasan restoran anda seperti dulu, mereka akan mencari di internet.

Pastikan saluran media sosial anda konsisten sehingga apabila pengguna mencari restoran anda, mereka benar-benar dapat menemui anda.

Cara Lain Yang Restoran Boleh Pertimbangkan

Orang ramai masih lagi mengambil langkah berjaga-jaga kerana keadaan COVID masih belum lagi reda.

Oleh itu, aktiviti sosial di luar rumah akan berkurang dan restoran anda mungkin tidak dikunjungi dengan kerap seperti sebelum pandemik.

Restoran anda boleh menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah pelanggan.

Anda boleh pilih untuk membuat penghantaran dengan menggunakan pekerja sendiri atau menggunakan servis penghantaran makanan lain seperti FoodPanda.

Melalui cara ini, pelanggan akan dapat menikmati makanan anda di rumah dan perniagaan anda akan dapat diteruskan.

Penghantaran makanan juga merupakan satu cara yang selamat.

Pelanggan boleh membuat pembayaran secara online dan rider juga akan memastikan penghantaran makanan mematuhi SOP.

Kesimpulan

Kesimpulannya, untuk menghadapi situasi ini, anda perlu bijak dalam mencari solusi yang terbaik demi memastikan bisnes dapat meneruskan operasi.

Nak tarik pelanggan semula ke restoran bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak cabaran di luar sana.

Tidak ada siapa yang menjangkakan wabak COVID-19 ini akan mengakibatkan kejatuhan beberapa industri.

Jika anda masih ada perniagaan, teruskanlah perjuangan anda.

Memulakan perniagaan dengan baik adalah mustahak kerana menjalankannya adalah tugas yang mencabar.

Dengan Getorders, perniagaan anda boleh beroperasi dengan lancar.

Produk yang boleh anda jual di platform ini adalah seperti makanan, pakaian, kosmetik, dan banyak lagi.

Apa yang membuat kita berbeza dengan platform e-commerce yang lain?

  • Kami menawarkan perkhidmatan penghantaran dan pengambilan sendiri.
  • Pelanggan anda akan mempunyai pilihan untuk menghantar barang mereka atau mengambil barang mereka sendiri.
  • Platform ini terbuka untuk semua pengusaha PKS, F&B dan runcit.

Klik di sini untuk mendaftar sebagai pengguna Getorder untuk perniagaan anda.

Anda juga boleh ke laman web kami dengan klik di sini.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.