Call us at +603 8744 2331

Kelebihan Sistem Point-of-Sale (POS) Restoran, Sistem Titik Jualan

Slurp POS System

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Tahukah anda, terdapat banyak restoran yang menggunakan sistem Point-of-Sale restoran.

Ini kerana sistem Point-of-Sale (POS) restoran mengalak produktiviti, menyelaraskan proses jual beli, dan mampu meningkatkan hasil jualan sesebuah restoran.

Kalau anda belum tahu, sistem POS adalah sebuah sistem untuk melakukan transaksi penjualan seperti di restoran atau di café.

Dengan kemajuan teknologi, komputer besar yang digunakan sejak tahun 90-an mula digantikan oleh tablet pintar. Contoh terbaik adalah seperti iPad yang jauh lebih kompak, stabil dan ringkas.

Slurp Point-of-sale restoran
Slurp! Point-of-Sale untuk restoran & cafe

Kelebihan Sistem Point-of-Sale Restoran

Kami ingin “highlight” beberapa kelebihan menggunakan sistem POS restoran ini.

 

1. Kecekapan

Anda pernah menggunakan sistem POS tradisional? Sekiranya pernah, apakah pendapat anda tentang “user-interface” (UI) dan “user-experience” (UX) sistem POS tradisional ini.

Bagus atau tidak?

Kebanyakan sistem POS traditional ini direka oleh pakar sistem yang hebat tetapi mungkin dari segi UI/UX, kurang diberi perhatian.

Sistem Point-of-sale restoran yang moden menggunakan prinsip UI/UX yang mementingkan

  • tahap effisien yang tinggi
  • kemudahan optimum

kepada pengguna yang berinteraksi dengan sistem.

Design UI/UX ini penting supaya pekerja restoran boleh memproses pesanan makanan serta pembayaran dengan lebih cekap dan pantas.

 

2. Laporan Di Hujung Jari

Untuk terus maju dan berjaya dalam bisnes “Food and Beverages” (F&B), anda perlu

  • Pantau aliran tunai
  • Kaji data inventori
  • Kaji data jualan
  • Tahu prestasi pekerja

Dengan sistem POS tradisional, anda mungkin tidak dapat untuk menjana laporan dan data-data penting ini. Ini amat merugikan, terutama sekali pada masa sekarang di mana persaingan bisnes amat tinggi.

Oleh itu, perniagaan anda sangat memerlukan sistem POS moden yang mempunyai laporan mudah untuk dibaca dan senang untuk dijana walau di mana anda berada.

Data & analytics

Bak kata Matt, pengurus operasi Mikey’s New York Pizza,

“Saya boleh berada di New York dan masih boleh ambil tahu tentang operasi restoran saya di Malaysia. Saya juga boleh lihat laporan dari tahun-tahun lepas dengan mudah sekali”.

Jadi, berhenti membuat keputusan membuta-tuli dan mula mengkaji data jualan supaya perniagaan anda maju ke tahap jauh lebih baik dari pesaing.

 

3. Hardware yang boleh dipercayai

Sekiranya sistem POS traditional anda rosak, kebanyakan pemilik restoran akan mengeluh kerana ia sesuatu yang merugikan masa dan tenaga.

Selalunya, mereka terpaksa menunggu juruteknik datang dan baiki untuk mereka.

Dengan hardware sistem Point-of-Sale restoran moden, anda boleh bertenang kerana hardware yang diguna direka dengan baik, senang dijaga dan mudah untuk dibaiki.

Walaupun ada masalah, selalunya anda boleh menelefon customer support dan melakukan pembaikan atas talian sahaja tanpa perlu menunggu juruteknik datang ke restoran anda.

Ini menjimatkan masa dan anda akan lebih cepat kembali beroperasi seperti sedia kala. Ini sahaja mampu selamatkan anda dari kerugian yang besar.

Dengar ulasan dari Wai Hung, pemilik bersama Three x Co

“Dari hari pertama sehingga sekarang, kami tidak mempunyai sebarang masalah sekali pun”

 

Konklusi

Bagi membantu anda mengorak langkah dalam perniagaan F&B pada tahun 2018 dan berjaya meningkatkan hasil jualan, sistem POS adalah sesuai untuk anda.

Untuk mencuba FREE demo Slurp! POS, iaitu sistem POS yang dibina khas bagi perniagaan F&B, klik di sini!

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.