Zaman sekarang ni, penggunaan internet secara meluas dapat membantu anda untuk mengoptimumkan bisnes dan secara tidak langsung berupaya untuk melonjakkan bisnes anda pada skala yang besar.
Ini 3 Sebab kenapa Wi-Fi penting untuk kedai anda:
1. Penarik utama Pelanggan
Sudahpun menjadi satu “trend” kini, kebanyakan restoran dan kafe menyediakan “FREE Wi-Fi” untuk kegunaan pelanggan mereka. Dengan kemudahan Wi-Fi yang disediakan secara percuma, restoran atau kafe anda boleh menjadi satu daya penarik utama bagi pelanggan untuk datang dan menghabiskan masa mereka di kedai anda.
2. Alasan untuk pelanggan tinggal lama
Tahukah anda, dengan adanya capaian Wi-Fi di kafe atau restoran, ia akan menggalakkan pelanggan untuk duduk di restoran anda lebih lama. Mereka secara tidak langsung akan berbelanja lebih di kedai anda. Bermula dengan secawan latte ditambah menjadi 2 cawan latte, dengan satu potong kek atau sebotol air mineral.
Rata-rata masyarakat zaman kini lebih gemar membuat kerja di luar, tak kisah la pelajar universiti mahupun pekerja yang fleksibel bekerja di mana-mana sahaja, mereka ini akan mencari kafe dan restoran membolehkan mereka mengakses Wi-Fi secara percuma. Sambil menikmati kopi dan snek, dan menyiapkan kerja mereka. Ada juga di kalangan orang muda yang lebih suka makan berseorangan, ditemani oleh Netflix, e-Book, melayari sosial media, dan lain-lain.
Menurut satu tinjauan yang di “highlight” di dalam Small Biz Trends, sebanyak 62% bisnes menyatakan bahawa pelanggan mereka meluangkan masa di kedai atau kafe jika mereka diberikan akses WiFi.
3. Memudahkan operasi kedai
Internet memudahkan pelbagai urusan termasuklah perniagaan, seperti online menu, nak akses Cloud, atau Apps. Semuanya akan jadi mudah dan pantas dengan adanya akses internet yang baik. Jika kedai anda ada menyediakan servis QR Ordering dan pembayaran secara online, kan lebih mudah jika anda ada menyediakan Wi-Fi percuma kepada pelanggan anda?
Seperti mana-mana teknologi yang anda gunakan di kafe atau restoran anda, pastikan anda mengetahui matlamat yang perlu anda capai. Dengan internet atau Wi-Fi, kelajuan dan kebolehcapaian untuk pelanggan itu adalah yang terpenting.
Anda belum ada Sistem POS? Jom guna Slurp! POS. Dapatkan DEMO PERCUMA sekarang!