Call us at +603 8744 2331

Idea Copywriting Pelaris Untuk Restoran Dan Kafe

copywriting process

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Dah kering idea untuk karang ayat marketing bisnes restoran dan kafe anda?

Macam mana nak tulis ayat pelaris untuk aneka sajian yang anda jual?

 

First, kena start dengan kenal siapa target market anda.

 

Copywriting Process

 

Adakah golongan muda yang suka café hunting untuk TikTok & Instagram? Atau keluarga dan kumpulan besar yang selalu datang untuk celebration? Tak kira apa-apa golongan pun, anda kena tahu selera dan minat mereka.

Lepas dah kenal golongan sasaran anda, gunakan bahasa yang mereka gunakan untuk tonjolkan keunikan restoran atau kafe anda kepada mereka.

Contohnya, Gen Z sukakan trend “healing”. Anda boleh mention trend healing dalam copywriting anda untuk tarik perhatian golongan ini ke kafe atau restoran anda.

Sedikit idea keyword untuk anda gunakan dalam copywriting:

  • Gen Z: healing, café hunting, dating spot, port lepak
  • Keluarga: Kids-friendly menu, private space, buffet, menu set keluarga
  • Golongan bekerja: kopi, catering, set makan tengah hari, rush hour, offer lepas office hour
  • Pelajar universiti: student price, free wifi, free flow promo
  • Pelancong: resipi turun-temurun, rasa authentic, gluten-free option

 

Sekarang, gambarkan menu-menu anda.

 

writing menu description

 

Bukan setakat ambik gambar estetik untuk post dekat Facebook & Instagram. Tapi, anda kena describe rasa, tekstur, ataupun proses menyediakan masakan anda untuk menaikkan selera pelanggan.

Bila kita ceritakan gambaran rasa dan tekstur bila mereka makan di restoran anda, ini akan membuakkan rasa ingin tahu mereka. Betul ke sedap? Betul ke rangup? Betul ke cheese meleleh tak putus putus?

 

Boleh juga gunakan testimoni pelanggan.

Sebagai pemilik restoran, anda mesti tahu apa yang pelanggan suka dan cari setiap kali datang. So, gunakan komen positif dari pelanggan anda dan masukkan dalam copywriting anda.

Tak semestinya kena ambil sejibik macam apa yang mereka cakap. Jadi kreatif dengan twist feedback mereka jadi slogan, contohnya:

Feedback pelanggan: Saya suka Nasi Lemak dekat sini sebab nasinya cukup rasa, sambal ada kick, tak kedekut bahan, harga pun berpatutan.

Slogannya boleh jadi:

  • Nasi Lemak Sambal Terbakar
  • Nasi Lemak Harga Marhaen
  • Nasi Lemak Anti Simkad

Ni cuma idea Sara lah, anda lebih arif tentang kelebihan masakan anda.


Silakan cuba cara-cara diatas untuk bina ayat pelaris restoran dan kafe anda!

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.