Call us at +603 8744 2331

Pelanggan Kisah Ke Pasal Secret Ingredient?

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Dulu-dulu KFC terkenal dengan slogan 11 rempah dan herba rahsia dalam resipi ayam goreng mereka. Selain itu, dinding cawangan-cawangan KFC juga dahulunya menceritakan tentang sejarah pengasasnya mengambil 70 tahun untuk cipta resipi ayam goreng yang sedap hingga menjilat jari.

 

 

Biasa kita tengok di kedai-kedai makan guna perkataan “bahan istimewa” “resipi turun-temurun” dan macam macam lagi sewaktu dengannya. Baru-baru ni hangat kita baca di media sosial pasal “secret ingredient” pulak.

 

Tapi, pelanggan kisah ke pasal secret ingredient ni?

Jawapannya, bergantung kepada ekspektasi pelanggan dan tahap servis F&B anda.

Sebenarnya semua ni antara cara marketing untuk mengajak orang ramai untuk rasa menu terhebat anda. Perkataan-perkataan macam rahsia, special, turun-temurun ni menimbulkan rasa ingin tahu tentang kelainan sajian restoran anda.

Jika servis bagus dan resipi anda kena dengan tekak ramai pelanggan, sudah pastinya mereka akan datang lagi dan mengajak keluarga dan kawan-kawan untuk serbu kedai anda. Pelanggan pun tak terkejut dan rasa berbaloi tengok jumlah di resit.

Tapi kalau servis tak memuaskan dan rasa pun biasa-biasa, pelanggan mungkin hanya akan memilih kedai makan lain atau masak guna resipi sendiri saja.

Nak promote menu rahsia, istimewa, turun-temurun, malah “special ingredient” pun, kena mencapai expectation orang ramai bila nampak perkataan-perkataan ni. Dalam erti kata lain, pastikan makanan anda sedap dan berbaloi.

 

Sistem POS yang menepati ekspektasi semua jenis F&B

Dalam mengurus bisnes F&B, kelancaran operasi sangat penting. Jika anda mencari sistem POS yang mencapai ekspektasi tanpa hidden charges, Slurp POS adalah jawapannya! Dari serendah RM790, anda boleh mengurus semua cawangan dengan sangat mudah. Anda hanya perlu fokus mengekalkan kualiti masakan saja!

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.