Banyak yang perlu diuruskan apabila bekerja dalam bidang servis makanan. Tersilap satu langkah, boleh kalut satu restoran!
Sebab itu pentingnya ada checklist. Dalam post kali ini, kami akan tunjukkan anda kepentingan checklist opening dan closing untuk restoran anda.
Cara Tetapkan Checklist di Restoran untuk Pekerja
Tujuan mempunyai checklist di restoran adalah untuk membantu pekerja memastikan segala peralatan dan perkakas di dalam restoran teratur dan sedia di setiap awal dan akhir operasi.
1. Senaraikan semua tugas
Bincang dengan semua ahli pasukan anda, kemudian senaraikan kesemua tugas yang perlu dilakukan sebelum dan selepas operasi harian.
Lain restoran, lain senarai tugasnya berdasarkan jenis operasi restoran. Tapi antara tugas-tugas yang basic termasuk:
- Periksa kebersihan perkakas seperti pinggan, mangkuk, sudu, garpu, gelas
- Pastikan semua aircond dan kipas berfungsi
- Pastikan bahan memasak cukup dan dalam keadaan baik & segar
- Pastikan POS sistem berfungsi dan bersambung dengan internet
- Buang sampah dan bersihkan tong sampah
- Sanitize semua permukaan dan bersihkan lantai
2. Bahagikan tugas
Lepas dah senaraikan semua tugas yang perlu dibuat setiap opening & closing, bahagikan tugas kepada semua pekerja mengikut jawatan, bahagian, atau shift.
Teliti senarai tugas anda, dan tentukan kekerapan, kepentingan, dan tugas-tugas yang berkaitan supaya lebih mudah untuk anda bahagikan mereka.
Nak buat checklist restoran ni mudah saja. Buat checklist berdasarkan 2 shift dan bahagikan tugas. Contohnya:
Checklist shift opening
- Front of house
- Back of house
- Management
Checklist shift closing
- Front of house
- Back of house
- Management
3. Kongsi checklist dengan seluruh pasukan
Jika anda belum pernah ada checklist sebelum ini, menerangkan kegunaan checklist ini akan membantu menyeragamkan gerak kerja semua orang.
Jangan lupa pastikan setiap pekerja baru juga diterangkan tentang checklist ini.
4. Pastikan checklist kemas & disimpan rapi
Simpan salinan checklist anda di dalam fail atau di tempat-tempat yang relevan berdasarkan tugasan.
Checklist boleh juga disimpan dalam bentuk digital seperti aplikasi Notes dalam iPad. Cara ini lebih mudah untuk selaraskan persiapan dengan semua ahli pasukan kerja.
Contoh Checklist untuk Shift Opening
Anda boleh bahagikan tugas-tugas berikut kepada team atau staf yang berkenaan (front of house / back of house / management)
1. Tugas am
- Pastikan tiada tugas yang tidak selesai dari checklist closing semalam
- Prep alatan dapur dan bahan memasak
- Panaskan stove, oven, penggoreng, etc
- Restock bahan di stesen memasak
- Refill dressing, sos, dan bahan perasa
- Keluarkan bahan dari peti sejuk
2. Tugas pembersihan
- Kosongkan dishwasher dari shift semalam
- Pastikan bahan mencuci dan kain bersih cukup
- Pastikan semua permukaan sudah dibersihkan & sanitize
Contoh Checklist untuk Shift Closing
1. Tugas am
- Tutup semua lampu
- Tutup suis/gas semua oven, grill, dapur dan permukaan panas
- Simpan semua perkakas dapur & makan (sudu sudip, pinggan mangkuk, gelas, periuk kuali)
- Balut dan simpan lebihan bahan memasak yang boleh digunakan lagi
2. Tugas pembersihan
- Bersihkan semua perkakas dapur & makan (sudu sudip, pinggan mangkuk, gelas, periuk kuali)
- Masukkan pinggan kotor ke dalam dishwasher
- Buang semua sampah dan bersihkan tong sampah
- Bersihkan dan sanitize semua permukaan dan lantai