Call us at +603 8744 2331

Hari Raya: Pastikan Restoran Cukup Pekerja

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Setiap kali Hari Raya menjelma, ramai pemilik restoran pening menyusun jadual pekerja. Biasalah, semua orang mesti nak beraya dengan keluarga, jadi ramai yang nak cuti juga.

Jadi, sukar untuk pastikan bahawa anda mempunyai staf yang cukup untuk mengendalikan pelanggan semasa musim perayaan.

Takpe, Slurp di sini untuk membantu anda! Selepas membaca tips kami, anda akan tahu bagaimana untuk memastikan anda ada staf yang mencukupi semasa Hari Raya serta perayaan-perayaan lain.

Beberapa perkara yang pelru diberi tumpuan semasa merancang jadual pekerja anda:

  1. Kenal pasti waktu puncak restoran
  2. Berikan insentif untuk shift raya
  3. Automasikan restoran
  4. Komunikasi dengan pasukan

 

1. Kenal pasti waktu puncak restoran

Ini akan membantu anda menentukan jumlah pekerja yang diperlukan untuk setiap shift. Anda juga mungkin ingin pekerja yang berprestasi tinggi untuk bekerja pada waktu yang paling sibuk, kerana anda mempercayai keupayaan mereka untuk mengendalikan orang ramai.

Tips: jejaki jumlah pelanggan anda secara langsung menggunakan sistem POS seperti Slurp yang menyediakan reporting terperinci. Itulah cara anda mengenal pasti waktu sebenar kedai anda paling sibuk!

Selepas itu, bolehlah anda membuat jadual pekerja yang memastikan anda mempunyai staf yang cukup untuk mengendalikan pelanggan semasa musim perayaan. 

 

2. Berikan insentif untuk shift raya

Bekerja semasa Hari Raya boleh menjadi pengorbanan yang besar buat mereka yang biasanya menyambut hari raya bersama keluarga. Oleh itu, sediakan insentif untuk staf anda yang bekerja semasa Hari Raya untuk menunjukkan penghargaan anda terhadap kesungguhan mereka. 

Insentif boleh datang dalam pelbagai bentuk, seperti bonus, extra cuti berbayar, atau juga makanan. Insentif ini bukan hanya menunjukkan bahawa anda peduli tentang pekerja anda, tetapi dapat memotivasikan mereka untuk bekerja lebih keras dan produktif semasa shift mereka.

 

3. Automasikan restoran

Semasa situasi kekurangan staf, kebanyakan peniaga akan meminta seorang staf untuk mengambil alih pelbagai tugas. Tak salah, tapi ini akan membawa kepada masalah burnout pula. Jadi, gunakan automasi untuk elakkan masalah ini.

Sebagai contoh, anda boleh automasikan proses mengambil order menggunakan sistem POS seperti Slurp tanpa bergantung kepada waiter. Lebih mudah lagi, order guna kod QR je. Slurp boleh menghubungkan keseluruhan restoran anda dalam satu butang “send order” saja.

Tambahan lagi, Slurp POS mengurangkan risiko kesalahan dalam mengambil order. Ini boleh mengurangkan beban pasukan anda dan meningkatkan kepuasan pelanggan walaupun semasa kesibukan Hari Raya.

 

4. Komunikasi dengan pasukan

Pastikan seluruh pasukan tahu apa-apa perubahan jadual, peringatan shift, dan juga bertanya keadaan mereka. Dengan mewujudkan persekitaran yang positif untuk bekerja dan berkomunikasi, anda membuatkan pasukan anda rasa dihargai dan lebih bermotivasi walau semasa waktu sibuk.

Kami harap tips diatas membantu!

Dengan menggunakan tips diatas, menyusun jadual  staf semasa musim perayaan akan menjadi lebih mudah.  Jadi, jangan pening-pening, Slurp ada di sini untuk memastikan bisnes anda berjalan dengan lancar, tak kira raya apa pun.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.