Ramadan tiba, Ramadan tiba~
Bulan Ramadan di Malaysia memang sinonim dengan makanan. Setelah menahan lapar dan dahaga, semestinya ramai yang mencari juadah dan lauk-pauk untuk mengisi perut mereka semasa berbuka.
Di bazar Ramadan, restoran, dan kedai makan, semua tempat menjadi tumpuan utama untuk orang ramai berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama. Oleh itu, tidak hairanlah jika perniagaan makanan dan minuman akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda pada bulan puasa.
Sebagai pemilik restoran, pasti anda nak juga bisnes anda lebih berkembang semasa bulan puasa ni kan? Jom kita tengok macam mana nak naikkan untung disamping memberi servis terbaik kepada pelanggan semasa bulan Ramadan!
1. Pasang hiasan raya
Macam mana nak tarik pelanggan kalau restoran kita suram je.
Meskipun baru masuk bulan puasa, tetapi ramai orang sudah teruja untuk sambut hari raya. Jadi, jangan lupa untuk memasang hiasan-hiasan raya di restoran anda.
Hiasan raya yang mudah dan ringkas seperti menggantung lampu raya di hadapan atau keliling restoran anda sudah cukup untuk menarik perhatian pelanggan.
2. Tawarkan menu istimewa bulan puasa
Bulan Ramadan antara pilihan ramai untuk berkumpul dan berbuka bersama yang tersayang. Jadi, mestilah mereka mencari tawaran istimewa yang berbaloi.
Oleh itu, cuba cipta menu yang istimewa ditawarkan hanya semasa bulan Ramadan. Antara idea yang anda boleh gunakan:
- Pakej berbuka untuk 2-4 orang / keluarga
- Cipta menu unik tradisional dan moden seperti “Nachos Rendang”
- Pemanis mulut percuma untuk order diatas RM50
Jangan lupa untuk gunakan kata kunci berikut di dalam iklan anda supaya mudah untuk pelanggan mencari tawaran anda. Antaranya:
- Menu Istimewa Ramadan
- Pakej Ramadan
- Jimat Ramadan
Dan banyak lagi! Masa ni lah untuk gunakan idea kreatif anda dan tarik lebih ramai pelanggan.
3. Buka pre-order & delivery
Tiada yang lebih penting semasa selepas penat berpuasa selain berbuka tepat pada waktunya.
Pelanggan pastinya mahukan makanan sudah sedia terhidang di meja mereka semasa berbuka. Selain itu, pelanggan yang sibuk bekerja mungkin tiada masa untuk masak dan inginkan makanan di hantar ke pintu pejabat atau rumah mereka.
Dengan menyediakan servis pre-order & delivery, pelanggan boleh memesan makanan dan jadualkan penghantaran pada bila-bila masa. Tambahan lagi, ramai wanita yang tidak berpuasa segan untuk makan di khalayak ramai dan memilih food delivery untuk menghormati orang lain berpuasa.
4. Sediakan tempat solat
Ramai pemilik restoran yang terlepas pandang aspek ini. Tetapi ia memainkan peranan yang sangat besar dalam proses pelanggan memilih tempat berbuka.
Waktu maghrib sangat singkat, dan pelanggan Muslim perlu menunaikan waktu solat sebaik saja mereka berbuka puasa. Jadi, tempat solat yang dekat dan selesa sangat diperlukan.
Jangan lupa untuk masukkan info ini di dalam iklan-iklan anda. Pasti ramai pelanggan yang akan berkunjung ke restoran anda.
Belum terlambat nak cuba tips kami!
Tips di atas boleh juga digunakan semasa musim Hari Raya Aidil Fitri. Hanya suaikan menu dan kata kunci kepada “Syawal” atau “Aidil Fitri”.
Jika tips yang dikongsikan membantu anda, subscribe newsletter kami! Kami suka berkongsi tips dan idea untuk pemilik restoran yang mencari solusi kepada bisnes mereka. Terutama sekali tentang sistem POS Slurp!