Rakyat Malaysia kini boleh makan hidangan seimbang pada harga serendah RM5 melalui Menu Rahmah!
Menu Rahmah ialah satu inisiatif oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk membantu golongan kurang berkemampuan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.
Tapi, kini timbul persoalan di kalangan ramai peniaga makanan:
“Bawa untung ke Menu Rahmah ni?”
Tak dinafikan yang harga Menu Rahmah untuk satu hidangan seimbang dan bernutrisi tidak memberikan untung yang besar kepada peniaga.
Tapi jika kita lihat dari sudut pandang yang lain, menu ini sebenarnya menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengunjungi gerai-gerai, warung, dan restoran tempatan.
Menu Rahmah juga mendapat sambutan baik dikalangan rakyat, jadi ia boleh membawa untung!
Ini kerana dari segi marketing, Menu Rahmah berfungsi sebagai “funnel” pertama kedai anda.
Funnel ialah kaedah untuk menarik orang ramai menjadi pelanggan kedai anda. Ia bermula dengan proses mereka menyedari kewujudan bisnes anda, kemudian mereka akan berminat untuk mencuba, dan akhirnya mereka betul-betul menjadi pelanggan anda.
Jadi, apabila pelanggan mula datang ke restoran untuk mencuba Menu Rahmah, bolehlah anda memperkenalkan menu-menu anda yang lain kepada mereka. Selain itu, mereka juga dapat mengetahui keistimewaan bisnes anda serta tahap servis pekerja anda.
Dalam zaman serba viral ini, review kedai makan antara yang paling senang untuk disebarkan. Jadi, Menu Rahmah boleh menjadi batu loncatan untuk anda naikkan lagi exposure bisnes anda kepada lebih ramai orang dan kemudian menjana untung yang walaupun kecil tetapi stabil.
Jika anda ingin sertai inisiatif Menu Rahmah ini, anda boleh lawati website KPDN di sini: menurahmah.kpdn.gov.my/daftar