Call us at +603 8744 2331

Cara Guna Sistem POS Untuk Pekerja Baru

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Melatih staf baru untuk gunakan sistem POS memang memerlukan extra kesabaran. Tetapi ia penting untuk mengurangkan tekanan kerja di restoran dan memastikan restoran anda beroperasi dengan lancar.

Ramai staf rasa gugup apabila menggunakan teknologi baru seperti sistem POS dan pemilik restoran juga risau dengan keselamatan data atau gajet mereka.

Team support Slurp sudah lali dengan kerisauan diatas dan ia sememangnya normal. Jadi, kami akan kongsikan 4 tips berkesan untuk melatih pekerja restoran anda menggunakan sistem POS:

  1. Pilih timing yang sesuai
  2. Fokus pada ciri yang berkaitan
  3. Dengar maklum balas pekerja
  4. Hubungi khidmat sokongan POS

 

1. Pilih timing yang sesuai

 

 

Ramai yang fikir melatih pekerja baru semasa pelanggan sedang ramai akan mempercepatkan lagi kehandalan mereka menggunakan sistem POS. Tidak semudah itu tuan-tuan dan puan-puan.

Melatih pekerja di luar waktu puncak sebenarnya lebih berkesan. Pekerja anda akan lebih cepat tangkap apabila mereka tidak digesa untuk mengendalikan sistem POS sewaktu pelanggan sedang ramai. Malah, anda boleh mengelakkan kesilapan yang boleh mengganggu pelanggan anda.

Lain restoran, lain waktu puncaknya. Jadi, cari waktu yang sesuai untuk selitkan latihan sistem POS.

 

2. Fokus pada ciri yang berkaitan

 

 

Semasa training, mula dengan memperkenalkan ciri sistem POS yang berkaitan dengan tugas mereka.

Sebagai contoh, tugas utama seorang waiter hanyalah mengambil dan menghantar order. Jadi, waiter anda tak perlu tahu luar dan dalam bagaimana sistem POS berfungsi. Selain itu, mengajar pekerja anda tentang semua ciri dalam satu masa hanya akan mengelirukan mereka.

Jadi, biarkan mereka bermain dengan ciri berkaitan dengan tugas mereka terlebih dahulu sebelum mengajar kesemua ciri lain. Semakin kurang kesilapan staf, semakin gembira pelanggan anda.

Tips: Slurp POS membenarkan anda untuk menetapkan akses berdasarkan jawatan untuk melindungi data berharga.

 

3. Dengar maklum balas pekerja

 

 

Selain dari melatih staf anda, mendengar maklum balas mereka juga penting untuk memastikan training anda berkesan.

Hanya dengan mendengar pendapat mereka, anda boleh mengenalpasti sama ada mereka sudah bersedia atau memerlukan masa latihan tambahan. Apa-apa pun, kesabaran adalah kunci dalam melatih mereka menggunakan sistem POS.

 

4. Hubungi khidmat sokongan POS anda

 

Slurp F&B Talk

 

Jangan risau jika semasa latihan, anda memerlukan khidmat sokongan. Slurp menawarkan customer support 24 jam, online dan on-site untuk membantu anda dalam segala masalah berkaitan sistem POS.

Team support Slurp sentiasa bersedia untuk membantu anda kerana mereka dilatih untuk memahami cabaran pengguna dalam operasi restoran. Anda boleh mempercayai mereka untuk menyelesaikan masalah anda sebaik saja anda menghubungi mereka.

Tambahan lagi, mereka memandang serius maklum balas pelanggan. Oleh itu, galakkan pekerja anda untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sistem POS dan hantar feature request kepada team support POS untuk penambahbaikan.

 

Paling penting sekali,

Cari sistem POS yang mesra pengguna untuk membolehkan anda dan pekerja anda bekerja dengan lancar setiap hari. Anda tak perlukan ciri yang terlalu canggih untuk menjalankan perniagaan anda, Slurp POS pakar dalam menyediakan ciri yang penting untuk anda dan restoran anda. Hubungi kami untuk demo 1 lawan 1 secara percuma!

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.