Pengenalan
OpenAPI ialah perisian yang membolehkan dua aplikasi berkomunikasi dan berkongsi data antara satu sama lain. Ia berfungsi dengan menggunakan protokol yang menyambungkan aplikasi yang berbeza dalam satu sistem yang disepadukan.
Apakah Kegunaan OpenAPI?
Slurp! POS dibina dengan ciri OpenAPI untuk memudahkan pengguna menghubungkan sistem Slurp! dengan sistem parti ketiga.
Pemilik restoran boleh memudahkan operasi dan meningkatkan keuntungan hanya dalam satu sistem yang ringkas.
Dengan ciri OpenAPI, anda boleh mengintegrasikan proses-proses dalam operasi kedai makan seperti:
- pemesanan QR
- pembayaran dalam talian
- sistem perakaunan
- dan banyak lagi.
Kelebihan OpenAPI dan Slurp! POS
Ciri OpenAPI menawarkan lebih banyak fungsi untuk pemilik & pekerja untuk mengendalikan restoran menggunakan Slurp! POS tanpa perlu membangunkan sistem yang khusus.
Oleh itu, fungsi Slurp! POS boleh dinaik taraf seiring dengan perkembangan perniagaan dan pelanggan.
OpenAPI dalam Slurp! POS sangat berguna untuk perniagaan anda kerana ia:
- Membenarkan fleksibiliti dan customization
- Mudah disesuaikan dengan trend pasaran dan pelanggan yang sentiasa berubah
- Membolehkan integrasi dengan pelbagai aplikasi untuk perniagaan yang meluas
Antara aplikasi yang sering diintegrasikan dalam Slurp! POS adalah Bungkusit, Getorders, MrSpeedy, Boost, dan Maybank QR.
Sedia untuk naik taraf operasi restoran dan peruncitan anda? Kami sedia untuk berbual dengan anda. Jom Slurp!