Menu bukan sahaja sekadar senarai juadah dan minuman, ia juga merupakan identiti restoran yang menyambut tetamu anda sebaik sahaja mereka duduk.
Pada masa kini telah menjadi satu trend di mana pengguna akan mencari menu di internet terlebih dahulu untuk memilih tempat makan. Menurut OpenTable, kajian menunjukkan 93% pengguna akan membaca menu di internet sebelum keluar makan.
Oleh itu, dengan mempunyai menu online kini menjadi satu keperluan bagi setiap restoran untuk menjadi lebih menonjol daripada yang lain.
Menu online akan memberi jenama anda pendedahan yang lebih luas di internet dan menarik lebih ramai pelanggan ke restoran anda. Hal ini kerana mereka boleh melihat lebih awal apa yang restoran anda tawarkan dan boleh menjangkakan pengalaman yang akan mereka terima. Aspek ini boleh menjadi satu keuntungan apabila mereka memilih kedai makan anda.
Oleh itu, sediakan menu online sekarang supaya anda tidak ketinggalan daripada yang lain.
Tambahan lagi, menu online membantu peniaga kedai makan dengan memperbaiki sistem pemesanan di restoran. Ia boleh mempercepat proses pemesanan, menambah ketepatan, dan yang paling penting meningkatkan jualan.
Bagaimana menu online boleh memperbaiki sistem pemesanan?
1. Mempercepatkan proses pemesanan
Pada kebiasaannya, pelayan perlu menyerahkan menu fizikal kepada pelanggan sebaik saja mereka duduk. Kemudian, mereka akan mengambil masa untuk membaca seluruh menu sebelum mula memesan.
Di waktu puncak terutamanya ada situasi di mana pelayan terlalu sibuk dan tidak mampu melayan tetamu dengan pantas walaupun telah dipanggil. Hal ini boleh membuat pelanggan berasa berang dan menjejaskan first impression kedai anda kepada pelanggan baharu.
Anda boleh mengelakkan situasi ini dengan adanya menu dalam talian menggunakan Getorders. Ia adalah platform e-dagang yang membolehkan anda membuat menu online dengan mudah. Anda boleh meletakkan kod QR di atas meja dan tetamu anda boleh melihat menu di Getorders dengan serta merta.
Hal ini juga memudahkan pelayan anda untuk menerangkan setiap juadah di dalam menu yang mempunyai nama-nama unik. Menu dalam talian yang baik membolehkan anda meletak gambar dan penerangan tentang hidangan, sekali gus membantu pelanggan anda untuk memilih dan memendekkan masa pesanan mereka.
2. Menambah ketepatan pesanan
Antara ayat yang boleh mematikan selera pelanggan apabila memesan:
“Maaf, Chicken Chop malam ni dah habis lah”
“Untuk Nasi Kak Wok Daging kita dah naikkan harga”
Tetapi anda boleh mengelakkan hal ini daripada terjadi di kedai dengan menggunakan ciri keterlihatan (visibility) dalam menu online. Anda boleh mengemaskini ketersediaan (availability) dan harga item dengan cepat apabila menggunakan sistem menu online. Cara ini memastikan kedua-dua belah pihak; pelayan-tetamu sedia maklum tentang status menu.
Di samping itu, menu online menambah ketepatan pesanan kerana kebiasaannya ianya didatangkan sekali dengan sistem pintar pemesanan dalam talian (online ordering).
Anda tidak perlu risau lagi tentang salah faham antara tetamu-pelayan-staf dapur kerana pesanan kini diselaraskan dalam satu sistem yang memaparkan pesanan seperti apa yang pelanggan tekan.
Lihat bagaimana Slurp! POS boleh membantu pemilik F&B dengan ciri mudah ini di kedai mereka dalam video ini.
3. Meningkatkan jualan restoran
Menu online kini menjadi salah satu faktor tarikan utama untuk kedai makan anda.
Taylor Kelly di Typsy mengatakan 97% pengguna akan mencari kedai makan terdekat di Internet. Sehubungan dengan itu, menu online adalah seperti iklan untuk menarik pelanggan untuk datang ke kedai anda!
Apabila menu online anda mudah dicari oleh orang ramai, ia memudahkan pelanggan mengenalpasti restoran anda memenuhi citarasa mereka sebelum memilih untuk hadir ke restoran anda. Pelanggan akan berasa lebih yakin apabila mereka tahu apa yang kedai anda sediakan.
Anda juga boleh memasukkan tawaran dan promosi kedai makan anda di dalam menu online. Ciri ini dapat menarik minat pelanggan dan mendorong mereka untuk membuat pesanan dengan lebih banyak. Jualan anda juga boleh meningkat jika promosi anda menarik dan diatur pada masa yang tepat.
Menu yang dulu bukanlah yang sekarang
Permintaan pelanggan telah berubah sejak pandemik yang melanda. Kedai-kedai makan perlu menawarkan servis digital yang lancar di restoran untuk menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan jualan. Oleh hal yang demikian, menu online adalah antara ciri yang wajib ada di kedai anda!