Call us at +603 8744 2331

Jualan Kedai Makan Meningkat Lebih 60% dengan 4 Teknik Cross-Sell Ini

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Cross-selling adalah strategi penjualan berkesan untuk meningkatkan jualan dengan memberi pelanggan lebih banyak pilihan dan meningkatkan customer experience secara keseluruhan. 

Anda memang rugi kalau tak gunakan 4 teknik ini untuk menaikkan jualan restoran anda berlipat kali ganda. Teruskan membaca blog ini untuk ketahui lebih lanjut!

 

Sebenarnya, cross-sell ni tak asing dalam industri F&B dan retail. Antara yang terer dalam teknik ini adalah kedai mamak.

Biasanya di kedai mamak, orang akan order makanan untuk lepak. Kita ambil contoh order mi goreng:

“Mi goreng mau telur mata? Ayam goreng crispy?”

“Air tak mau? Milo ais? Teh O ais? 2 ringgit saja”

Itulah contoh cross-selling! Asalnya nak makan mi goreng je, tapi pelanggan tertarik nak tambah ayam goreng RM4, up lagi milo ais RM2. Jadi, waiter dah berjaya kaut extra RM6 dari jualan asal RM5 je.

Sekarang, cuba bayangkan kalau dalam satu malam ada 100 orang yang tambah ayam & air macam diatas? Dapat extra RM600 hanya dengan mencadangkan menu!

Tapi, nak cross-sell ni ada tekniknya. Sejak 2014, lebih 1000 restoran & retail store yang gunakan Slurp POS untuk kelancaran transaksi jual beli mereka. Jadi, kami akan berkongsi macam mana bisnes-bisnes ni gunakan teknik cross-sell untuk naikkan jualan mereka.

 

1.Kenal pasti menu paling laris

 

 

Untuk tarik pelanggan, kena tahu apa yang mereka selalu cari di restoran anda. Tengok prestasi menu-menu anda selama 3 bulan dan cari item yang paling selalu orang order.

 

2. Cadangkan produk yang berkaitan

 

 

Lepas dah tahu menu yang terlaris, padankan dengan pilihan yang berkaitan atau relevan untuk dimakan bersama. 

Pastikan pilihan yang anda ingin cross-sell memberi nilai kepada pelanggan agar mereka 

Contoh: Bila pelanggan order ayam goreng korea pedas, cadangkan untuk order set bersama cheese fries atau ice blended untuk meredakan kepedasan.

 

3. Tentukan waktu & tempoh untuk promosi

 

 

Nak cross-sell kena tengok juga timingnya. Dengan menetapkan waktu terhad untuk suatu promosi, ia secara tidak langsung akan menarik pelanggan untuk segera membuat pembelian supaya tidak terlepas peluang mendapatkan harga berpatutan. 

Cara yang lebih advance lagi, waiter anda sendiri perlu peka dengan keadaan semasa. Contohnya, jika pelanggan datang semasa musim panas – mereka boleh mencadangkan order air dan pencuci mulut kepada pelanggan untuk menyejukkan badan. 

Ataupun semasa awal bulan ketika kebanyakan pekerja baru mendapat gaji, galakkan waiter anda untuk mengesyorkan set atau menu-menu yang mempunyai margin keuntungan terbaik. Ini akan membantu meningkatkan nilai purata bil dan keuntungan anda secara keseluruhannya.

 

4. Simpan info pelanggan

 

 

Info seperti nama, email, dan nombor telefon pelanggan bukan sekadar untuk strategi marketing sahaja.

Ini sebenarnya membina pengalaman pelanggan atau nama glamornya “customer experience” di restoran anda. Apabila anda mempunyai rekod pelanggan, ini lebih memudahkan pelanggan untuk “repeat order” atau ulang pesanan yang sama apabila mereka berkunjung lagi. 

Ini juga memudahkan anda untuk melihat corak pesanan pelanggan-pelanggan anda. Jadi, senanglah lepas ni nak rancang promosi dan pilihan menu anda.

 

Langkah pertama?

Gunakan Slurp! POS. Dalam satu peranti, anda boleh memantau dan mengurus semua aspek operasi restoran anda. Jadi, mudahlah nak kuasai teknik cross-sell ni.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.