Call us at +603 8744 2331

Idea Nama Restoran Terbaik

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Percaya atau tak, nama memainkan peranan yang besar dalam kejayaan sesebuah restoran. Ia penting dalam usaha menaikkan marketing dan branding restoran anda!

Nama yang unik dan menarik boleh meningkatkan kesedaran jenama dan kesetiaan pelanggan anda. Ia membuatkan restoran anda menyerlah berbanding pesaing lain di dalam pasaran, serta membantu pelanggan untuk mengingat restoran anda dengan lebih mudah.

 

Bagaimana untuk memilih nama restoran

Ada beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan semasa memilih nama restoran. Anda boleh mulakan dengan melihat jika ianya:

 

1. Menarik 

Nama restoran yang menarik bererti ia mudah diingati oleh pelanggan. Nama tersebut akan melekat di dalam fikiran mereka dan mudah untuk mereka rekemen restoran anda kepada orang lain.

 

2. Unik

Nama yang unik membezakan restoran anda berbanding pesaing anda dan menjadikan jenama anda lebih menonjol di dalam pasaran sekarang yang semakin pesat. Oleh itu, lakukan sedikit tinjauan jika nama yang anda fikirkan sudah diguna oleh restoran lain.

 

3. Relevan 

Nama restoran mestilah menggambarkan jenama dan personaliti restoran anda. Ia seharusnya berkaitan dengan tema, konsep, dan jenis masakan yang ada di dalam restoran anda pelanggan tahu apa untuk dijangka apabila berkunjung ke restoran anda.

 

4. Ringkas & mudah

Nama restoran yang ringkas & mudah akan senang untuk pelanggan sebut & ingat, di mana ia penting untuk pemasaran dari mulut ke mulut. Ia juga membantu restoran anda untuk mencapai point pertama dan kedua diatas iaitu untuk memahat nama anda di dalam minda mereka

 

5. Mudah dieja & disebut

Nama restoran yang mudah untuk dieja dan disebut amat penting untuk pelanggan yang ingin membuat tempahan online atau melalui telefon. Ini akan memudahkan pelanggan untuk mencari restoran anda di dalam internet dan berkongsi dengan kenalan mereka.

 

Perlukan inspirasi?

Jangan risau, kami ada beberapa nama restoran yang menepati semua ciri-ciri diatas dan mereka sememangnya menyerlah berbanding yang lain di dalam pasaran. Antaranya:

  1. Teh Tarik Place
  2. Suka Sucre Bistro
  3. Woodfire Gourmet Burger
  4. Hometown Hainan Coffee

 

Konklusi

Dalam era media sosial yang kini sarat dengan konten viral, perkara paling mudah seperti nama restoran juga boleh membuat perniagaan anda berkembang dan menjadi terkenal. Paling penting sekali, nama juga membantu menaikkan kesedaran jenama dan kesetiaan pelanggan terhadap restoran anda.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.