Pejam celik tahun 2022 semakin ke hampir ke penghujungnya dan tahun 2023 bakal tiba.
Sebagai pemilik restoran, hujung tahun adalah masa yang sesuai untuk menjalankan post mortem ke atas perniagaan anda sebelum memulakan tahun baharu.
Ianya penting untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan bisnes anda supaya boleh melakukan lebih baik untuk perniagaan anda pada tahun 2023.
Jangan risau! Sebagai teman baik setiap pemilik restoran, Slurp! akan membantu anda meraih keuntungan yang maksima daripada perniagaan anda. Kami telah mengenal pasti 5 kesilapan yang sering dilakukan oleh pemilik restoran dalam tahun 2022.
Jom tengok jika anda juga melakukan perkara yang sama:
- Kurang latihan kakitangan
- Susun atur restoran yang tidak cekap
- Penjadualan kakitangan yang tidak teratur
- Menu terlalu panjang
- Tidak mengikuti perkembangan teknologi
1. Kurang latihan kakitangan
Disebabkan isu global dalam pengambilan kakitangan restoran, ramai pemilik restoran mengupah orang sekadar untuk mengisi kekosongan jawatan. Oleh itu, mereka sering mengabaikan kepentingan melatih kakitangan mereka. Ini boleh menyebabkan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti dan negatif untuk pelanggan.
Melatih kakitangan dalam memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik sangat penting untuk imej sebuah restoran. Ini termasuk perkara seperti cara menyapa dan melayan pelanggan, cara menerima pesanan dan mengendalikan aduan, dan cara memberikan servis keseluruhan yang positif untuk pelanggan.
2. Susun atur restoran yang tidak teratur
Malangnya, ramai pengusaha restoran mengabaikan susunan meja dan kaunter kerana mereka terikat dengan konsep restoran.
Susun atur restoran yang tidak efisien akan menyebabkan halangan di kawasan kerja staf anda, menyebabkan proses pengambilan dan penghantaran pesanan yang mengelirukan, serta melambatkan aliran kerja mereka. Akibatnya, ia menjejaskan kualiti perkhidmatan pelanggan anda.
Susun atur yang baik boleh melancarkan pergerakan staf dan menambah baik keseluruhan servis untuk pelanggan dengan mewujudkan suasana yang selesa dan menarik. Ini boleh membantu meningkatkan kepuasan pelanggan dan menggalakkan mereka untuk kembali ke restoran anda pada masa hadapan.
3. Penjadualan kakitangan yang tidak teratur
Perubahan jadual tidak dapat dielakkan, dan ia sering berlaku dalam mana-mana operasi. Tetapi pemilik restoran cenderung untuk overshedule staf mereka apabila kekurangan tenaga dalam pengurusan staf.
Ia sama ada anda menjadualkan terlalu ramai staf dalam satu syif atau beberapa staf bekerja lebih lama daripada yang lain. Sistem penjadualan yang lemah boleh menyebabkan burn out di kalangan staf anda dan mengurangkan kesetiaan mereka yang akan memakan kos anda untuk sentiasa mencari pekerja.
Oleh itu, penjadualan kakitangan yang sistematik akan membantu anda mengawasi prestasi dan jadual kakitangan anda.
4. Menu terlalu panjang
Senarai pilihan dalam menu yang terlalu panjang mungkin mengelirukan pelanggan anda. Ia juga akan membuatkan mereka memesan hidangan yang bukan kepakaran anda.
Tambahan pula, lebih panjang menu anda, lebih banyak kos dan ruang yang diperlukan untuk menyimpan inventori anda. Oleh itu, cari niche restoran anda dan fokus padanya supaya anda boleh menumpukan lebih perhatian pada resipinya dan mengekalkan kualiti anda.
Lihat: Kenapa Online Menu Wajib Ada di Restoran
5. Tidak mengikuti perkembangan teknologi
Pada masa kini, pelanggan sudah terbiasa dengan teknologi di restoran seperti Pesanan QR, pembayaran tanpa tunai, dan juga pesanan dalam talian.
Tidak mengikuti perkembangan terkini akan membuatkan restoran anda ketinggalan dan tidak menarik kepada pelanggan anda. Selain itu, ia akan meletihkan kakitangan anda dengan tugas berulang yang sebenarnya boleh diautomasikan, serta mengurangkan prestasi mereka dalam perkhidmatan pelanggan.
Penyelesaian
Hari ini adalah hari baik anda, kerana semua isu di atas boleh diselesaikan menggunakan satu sistem – Slurp! Point Of Sale.
Ia satu-satunya sistem yang anda perlukan untuk mengurus semua tugas penting di restoran anda dan memberikan anda ketenangan fikiran dengan operasi yang lancar.
Slurp! POS sangat mesra pengguna dengan hanya memerlukan latihan minimum, boleh mengatur susun atur restoran anda, serta menyelia jadual kakitangan serta menu dan resipi.