Call us at +603 8744 2331

5 Cara Unik Tarik Pelanggan ke Restoran

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Selain daripada menjadi tempat makan, restoran juga menjadi tempat di mana banyak memori tercipta. Janji temu pertama, sambutan ulangtahun, reunion, dan banyak lagi.

Oleh itu, menu yang menyelerakan sahaja tidak memadai untuk menawan hati pelanggan. Sebuah restoran perlu mempunyai suasana persekitaran yang sesuai untuk melengkapkan lagi pengalaman pelanggan yang datang.

Di sini kami senaraikan 5 idea menarik untuk memberi pengalaman yang berlainan kepada pelanggan di kedai makan anda:

  1. Photo booth/dekorasi restoran yang ‘Instagrammable’
  2. Board games
  3. Aktiviti mewarna
  4. Kad trivia
  5. Muzik live

 

1. Photo booth/dekorasi restoran yang ‘Instagrammable’

 

Kepada yang suka bergambar, pastinya berasa tidak lengkap apabila makan di luar tetapi tidak ambik gambar makanan dan juga bersama kawan-kawan. Tambahan lagi, sekarang konten di media sosial menjadi medium nombor 1 untuk mempromosikan kedai dengan lebih cepat, atau dipanggil: viral.

Photo booth atau dekorasi restoran yang cantik boleh menarik pelanggan yang suka bergambar ke restoran anda. Kebiasaannya mereka akan memuat naik gambar tersebut di media sosial mereka dan secara tidak langsung memperlihatkan kedai makan anda kepada ‘follower’ media sosial mereka dan menaikkan review kedai anda. Ini dipanggil sebagai UGC (User Generated Content) yang sering digunakan oleh jenama-jenama besar seperti Starbuck.

 

2. Board games

 

Masa menunggu di restoran boleh jadi membosankan. Apa kata sediakan board games untuk pelanggan anda mengisi waktu menunggu mereka?

Bermain board games atau permainan papan adalah idea yang bagus untuk mengeratkan hubungan antara keluarga dan rakan-rakan, tak kira apa jua generasi. Ia menggalakkan interaksi secara bersemuka yang akan membuat restoran anda lebih meriah.

Suasana yang meriah akan menjadikan restoran anda sebuah tempat yang menarik dan menyeronokkan untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga. Walau bagaimanapun, anda perlu menetapkan seorang staf restoran bagi menjaga permainan-permainan tersebut dan menyelia penggunaannya.

 

3. Aktiviti mewarna

 

Masih ingat di waktu kecil, aktiviti mewarna merupakan antara hobi kegemaran ramai? Mungkin ada juga yang masih suka mewarna hingga dewasa.

Nostalgia ini boleh dibawa ke restoran anda! Menyediakan helaian mewarna sangat mudah dan menyeronokkan. Selain itu, ia juga sesuai untuk semua kelompok umur daripada kanak-kanak hinggalah yang dewasa.

Anda boleh menyediakan helaian mewarna dalam bentuk alas pinggan (placemat), flyer, atau mengikut permintaan jika mempunyai tetamu kanak-kanak. Selain daripada menjadi medium untuk mengisi masa pelanggan, anda boleh selitkan promosi menu atau fakta menarik tentang perniagaan anda!

 

4. Kad trivia

 

Meletakkan kad trivia di atas meja-meja makan adalah cara yang efektif untuk mengisi masa lapang pelanggan anda sementara menunggu makanan sampai. Apabila mereka membaca soalan di atas kad-kad tersebut, ia akan menggalakkan mereka untuk berfikir dan berbual tentang jawapan kepada persoalan tersebut sesama mereka.

Anda bebas untuk memasukkan apa-apa genre kepada soalan trivia. Soalan boleh diselang-selikan daripada soalan mudah kepada soalan yang mencabar tentang diri sendiri, perhubungan, masyarakat, dan juga pengetahuan am.

 

5. Muzik live

Jangan ingat menu sahaja yang ada ramuan utama. Muzik juga boleh menjadi ramuan utama untuk membentuk suasana yang menarik untuk pelanggan anda.

Bunyi muzik boleh menenangkan, mengujakan, malah menaikkan semangat pelanggan! Pilih muzik yang bersesuaian dengan konsep restoran anda agar menepati dengan mood tetamu yang hadir. Secara tak langsung, muzik yang dimainkan boleh mengurangkan bunyi-bunyi peralatan makan yang sedikit sebanyak mengganggu keselesaan sesetengah pelanggan.

Tambahan lagi, kumpulan muzik yang membuat persembahan juga berpotensi menarik ramai peminat dan rakan-rakan mereka untuk datang ke restoran anda untuk menyaksikan persembahan mereka.

 

Konklusi

Sentuhan ringkas seperti disenaraikan boleh memberi impak yang besar kepada dining experience pelanggan di restoran anda. Pilih yang mana sesuai dengan pelanggan serta target market anda, kami pasti ia akan menggembirakan mereka dan membantu anda memperoleh lebih ramai pelanggan setia!

Jika anda mencari idea untuk menambah baik servis pelanggan di restoran anda, kami sarankan untuk anda rujuk 3 Aspek Penting Dalam Khidmat Pelanggan Restoran

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.