Call us at +603 8744 2331

23 Idea Bisnes Online Yang Anda Boleh Mula Semasa PKP

bisnes online

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Tengah cari idea untuk memulakan bisnes online? 

Norma baharu ini memaksa kita untuk keluar dari zon selesa dan mencari solusi terbaik bagi menjana pendapatan.

Di sini, kami sarankan anda untuk memulakan bisnes online dengan 23 idea yang membolehkan anda mengaut keuntungan.

Teruskan membaca.

Checklist Sebelum Memulakan Bisnes Online

Tahukah anda nak mulakan bisnes online ini tidak semestinya memerlukan bajet yang besar?

Anda hanya perlu ada telefon pintar, laptop atau komputer serta Internet. Anda juga boleh menjual sama ada produk ataupun servis secara online.  Dan satu perkara yang paling penting yang anda perlukan ialah idea.

Dengan mempunyai idea, anda boleh mengenalpasti:

  • Sesuatu yang anda suka buat

Apabila anda mempunyai minat terhadap produk atau servis yang anda jual, sudah pasti anda anda melakukan yang terbaik dan bersemangat.

Dengan ini, peluang anda untuk mendapat pembeli lebih besar kerana mereka akan yakin dengan produk anda. 

  • Sesuatu yang ada permintaan di pasaran

Situasi yang tidak menentu pada ketika ini bermakna ramai pembeli di luar sana lebih banyak meluangkan masa di rumah.

Oleh itu, anda perlu membuat kerja rumah di internet  mengenai produk yang berpotensi tinggi pada waktu sekarang.

  • Platform jualan

Terdapat banyak platform online seperti e-commerce dan juga media sosial untuk anda pilih.

Contohnya, Shopee, Lazada, Facebook, Instagram dan lain-lain.

  • Cara Pengiklanan

Iklan sangat penting kerana orang tidak akan beli barang anda jika mereka tidak pernah dengar.

Bagi anda yang baru hendak bermula menjual, anda boleh mengiklankan barang anda melalui platform media sosial.

Dengan menggunakan akaun peribadi atau akaun bisnes, anda boleh mengiklankan dahulu kepada rakan-rakan dan ahli keluarga.

23 Idea Bisnes Online Yang Anda Boleh Mula Semasa PKP

1. Dropship

Memulakan perniagaan dropshipping adalah langkah pertama yang baik untuk berjinak dalam dunia perniagaan.

Anda akan dapat menjual produk kepada pelanggan dan menetapkan harga produk.

Yang paling menarik anda tidak perlu membayar inventori sehingga dijual kepada pelanggan sebenar. 

2. Review Produk di Facebook, Instagram, TikTok

Adakah seorang yang selesa bercakap dengan kamera dan kreatif dalam menghasilkan video?

Jika ya, inilah peluang anda untuk menonjolkan bakat anda dan mendapat bayaran.

Terdapat bisnes-bisnes di luar sana yang sanggup membayar individu seperti anda untuk memberi review produk mereka. 

3. Menjual makanan atau minuman

Anda juga boleh berniaga makanan dan minuman secara online.

Makanan sedia dimakan, makanan sejuk beku dan lain-lain antara pilihan anda boleh pertimbangkan.

Selain itu, menjual air buah dalam botol juga menjadi tren dalam waktu-waktu sebegini.

Inilah peluang anda untuk menjual makanan dan minuman online dengan kreatif. 

Mungkin dengan pembukusan yang menarik, anda boleh tarik perhatian orang ramai.

4. Servis penterjemahan

Inilah masa untuk anda gunakan kebolehan bahasa anda.

Jika anda mahir dan fasih 2 atau lebih bahasa, anda boleh cuba mencari kerja sambilan menjadi penterjemah.

Negara Malaysia ini memang kaya dengan bahasa. Oleh itu, bidang terjemahan ini memang sentiasa memerlukan orang-orang yang berkebolehan.

Anda boleh cuba cari kerja-kerja seperti ini di media sosial atau Google.

5. Pereka grafik

Suka dan mahir dalam mereka grafik yang mampu memukau mata?

Anda boleh melakukan bisnes ini secara sambilan untuk bisnes-bisnes di luar sana.

Grafik memainkan peranan yang sangat penting dalam memasarkan produk.

6. Penulis konten website atau media sosial

Pemasaran konten adalah bidang yang sedang berkembang dengan cepat.

Jika anda mempunyai kemahiran menulis dari sudut pandangan bisnes, ini sangat sesuai untuk anda.

Kandungan di web mempunyai pelbagai bentuk: blog, posting media sosial, rakaman video dan audio, laman web, dan banyak lagi.

7. Fesyen

Produk seperti baju, seluar, tudung dan lain-lain boleh anda jual secara online.

Anda boleh pilih sama ada mahu menjual pakaian lelaki, perempuan, kanak-kanak ataupun bayi.

Peluang untuk berjaya dalam menjual barang fesyen ini agak tinggi kerana memang ada permintaannya.

8. Menjual aksesori telefon

Kebiasaannya, orang pasti akan mencari aksesori untuk telefon setelah membeli telefon.

Anda boleh menjual aksesori dengan grafik yang menarik ataupun aksesori yang tahan lasak.

Pasti akan ada orang yang mahu membeli. 

9. Produk kecantikan atau kesihatan

Ini merupakan bisnes yang anda patut ceburi jika berminat.

Salah satu sebab utama orang masuk ke perniagaan jenis ini adalah kerana keuntungan dan kebolehpasaran margin yang tinggi.

10. Tuisyen Online

Sekiranya anda pakar dalam seni, matematik, atau subjek lain, anda boleh memulakan perniagaan tuisyen online.

Anda boleh mengajar pelajar sekolah rendah atau sekolah menengah. Jika anda mampu, anda boleh mengajar kedua-dua kategori ini sekali.

Melalui platform seperti Zoom, Skype dan lain-lain, anda boleh menjalankan kelas tuisyen.

11. Menjual Hasil Seni 

Sekiranya anda mampu menghasilkan hasil seni yang baik tidak kira melalui lukisan atau membuat anyaman, anda boleh menjualnya secara online.

Kreativiti anda boleh menghasilkan keuntungan.

12. Bisnes Pencetakan T-shirt 

Pelbagai jenis pencetakan pakaian yang anda boleh buat.

Contohnya, ada orang yang mahu membuat t-shirt ‘Hari Keluarga’. 

Selain itu, ada juga syarikat yang mahukan t-shirt tertentu untuk majlis tertentu.

13. Penjual Kereta Komersial

Zaman sekarang ini, banyak platform untuk menjual kereta.

Contohnya, Mudah.my, Facebook dan lain-lain.

14. Penulis Resume

Tidak semua orang yang mencari pekerjaan adalah penulis resume yang baik.

Dengan kepakaran anda dalam menulis, anda dapat menjana sejumlah wang dan juga mengubah kehidupan seseorang.

15. Jurugambar ‘Stok’

bisnes online

Berkemampuan untuk menangkap momen-momen ​​yang hebat atau gambar potrait?

Anda boleh menjadi jurugambar dengan mendaftarkan hak milik tunggal di bawah nama anda.

Syarikat-syarikat seperti Shutterstock, Adobe Stock dan sebagainya sentiasa mencari gambar-gambar yang menarik.

16. Servis Profesional

Terdapat perniagaan memerlukan bantuan akauntan dan profesional lain untuk menguruskan urusan mereka secara sambilan.

Anda boleh mula menjana wang dengan menawarkan perkhidmatan tersebut.

17. Pereka Website

bisnes online

Memperbaiki struktur dan reka bentuk laman web adalah perkhidmatan yang sangat diperlukan.

Jika anda pereka website yang berpengalaman, anda boleh berikan klien anda website yang mampu meningkatkan jualan.

18. Pembeli Peribadi

bisnes online

Lebih dikenali sebagai ‘Personal Shopper’, ini merupakan satu perkhidmatan yang anda boleh sediakan dalam waktu PKP sekarang ini.

Anda boleh sediakan perkhidmatan membeli barang runcit, membeli makanan dan lain-lain untuk pelanggan anda.

19. Mengadakan Kursus Online

bisnes online

Jika anda mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, inilah masalah untuk mengajar dan berkongsi ilmu.

Mereka yang berminat perlu membayar yuran dalam jumlah yang tertentu.

20. Perkhidmatan Digital Marketing

bisnes online

Sekiranya anda mahir dalam bidang ini, anda boleh cari perniagaan yang memerlukan perkhidmatan ini.

Digital Marketing telah menjadi satu elemen yang penting dalam dunia perniagaan pada masa kini.

Anda boleh membantu perniagaan-perniagaan di luar sana.

21. Editorial

bisnes online

Terdapat perkhidmatan seperti copyediting, proofreading, copywriting dan banyak lagi. 

Anda boleh mendapatkan wang dengan menggunakan kemahiran menulis anda.

22. Membaiki Telefon dan Komputer

bisnes online

Sekiranya anda mempunyai kemahiran untuk membaiki, anda mempunyai peluang luar biasa untuk memulakan perniagaan anda sendiri.

Terdapat banyak orang di luar sana yang mahukan alat mereka yang rosak dibaiki daripada dibuang.

23. Kaunseling

bisnes online

Sekiranya anda mempunyai kelayakan dalam bidang psikologi atau psikiatri, anda boleh membantu orang menangani masalah.

Waktu-waktu sebegini ada yang kehilangan pekerjaan, perniagaan dan sebagainya.

Jadi, perkhidmatan ini bukan sahaja membolehkan anda menjana pendapatan, anda juga akan membantu memperbaiki kesihatan mental klien anda.

Kesimpulan

Memang tidak dinafikan, PKP kali ini akan memberi impak yang besar terhadap kehidupan orang ramai tidak kira sama ada yang berniaga ataupun mereka yang makan gaji.

Diharapkan 23 idea yang telah kami kongsikan akan dapat membantu anda memulakan bisnes online.

Sekiranya anda memerlukan platform untuk memasarkan produk anda secara online, kami boleh membantu anda dengan Getorders.

Getorders adalah  aplikasi yang dibangunkan untuk memudahkan anda menyenaraikan menu produk, menerima pesanan, menguruskan invois serta pengurusan kedai online anda.

Platform ini terbuka kepada semua pengusaha PKS, restoran, makanan dan kedai runcit.

Atas kesedaran serta prihatin kami mengenai kesukaran beberapa peniaga yang sukar mendapat pelanggan, kami menawarkan Getorders kepada anda secara PERCUMA!

Ya, anda boleh mendaftar tanpa perlu kad kredit. Malah kami juga membantu anda dalam hal-hal seperti:

  • Bimbingan dan tips untuk menjual barangan anda secara online melalui Getorders.
  • Ketahui bagaimana nak menguruskan perniagaan melalui Whatsapp.
  • Kemahiran untuk menguruskan pesanan dan penghantaran produk.

Onlinekan bisnes anda sekarang. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Getorders.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.