Call us at +603 8744 2331

Cara-cara Memohon Program Subsidi Upah 2.0

subsidi upah 2.0

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email
subsidi upah 2.0

Baru-baru ini, pihak kerajaan telah mengumumkan Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0). Ini merupakan satu berita baik terutama sekali kepada para majikan yang berkelayakan.

Sebelum ini, Program Subsidi Upah ini mula diperkenalkan di bawah Pakej Prihatin pada 27 Mac 2020 yang lepas.

Pada asalnya, program ini hanya untuk 3 bulan sahaja, kemudian ia telah dilanjutkan di bawah PENJANA sehingga bulan September.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan cara-cara untuk memohon PSU 2.0. 

Teruskan membaca.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0)?

subsidi upah 2.0

Situasi pendemik COVID-19 sedikit sebanyak telah menjejaskan ekonomi negara. Untuk membantu meringankan beban rakyat yang terjejas sumber pendapatan, dana seperti Program Subsidi Upah 2.0 memang wajar diadakan.

Dana ini akan diberikan kepada majikan untuk menyelamatkan syarikat mereka serta untuk mengelakkan pekerja syarikat tersebut hilang punca pendapatan.

Bagi majikan yang sudah menerima bantuan Program Subsidi yang pertama, mereka akan terus mendapat bantuan PSU 2.0 bermula 23 September 2020 yang lepas.

Untuk permohonan baru pula, majikan boleh memohon bantuan selama 6 bulan bermula Oktober 2020. 

Tarikh akhir permohonan PSE 2.0 adalah pada 31 Disember 2020.

Syarat Kelayakan Permohonan PSU 2.0

subsidi upah 2.0

Sebelum memohon program ini, anda perlu mengetahui had bilangan pekerja yang boleh dituntut, bergantung kepada saiz organisasi atau perusahaan anda.

  • 75 orang pekerja dan ke bawah

Had bilangan pekerja yang boleh dituntut: 75 orang

  • 76 hingga 200 orang pekerja

Had bilangan pekerja yang boleh dituntut: 200 orang

  • Lebih 200 orang

Had bilangan pekerja yang boleh dituntut: 200 orang

 Kadar bayaran majikan adalah seperti berikut:

  • Pemohon Sedia ada

RM600 sebulan selama 3 bulan untuk setiap pekerja

  • Pemohon Baharu PSU 2.0

RM600 sebulan selama 6 bulan untuk setiap pekerja

Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk memohon Program Subsidi Upah 2.0:

  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
  • Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September 2020.
  • Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 September.
  • Gaji pekerja RM4,000 ke bawah
  • Jika menerima bantuan ini, majikan hendaklah mengekalkan semua pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Sebagai majikan, anda perlu berunding dengan pekerja sekiranya mahu mengurangkan waktu bekerja atau mengurangkan gaji.

Cara-cara Memohon PSU 2.0

subsidi upah 2.0

Untuk memohon, anda perlu ke laman rasmi PSU PERKESO prihatin.perkeso.gov.my.

Anda hanya perlu mengisi semua maklumat dengan lengkap dengan tepat.

Bagi permohonan yang baru pula, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen penting. Berikut merupakan senarai dokumen yang anda perlu:

  • Senarai nama pekerja
  • Maklumat akaun bank majikan. Hanya salinan muka depan penyata bank sahaja.
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan semasa pembukaan bank. Pastikan nombor BRN dan akaun tepat.
  • Salinan pendaftaran SSM/PBT/ROS/ROB atau lain-lain yang relevan.
  • Akuan Pengisytiharan PSU2.0

Selepas selesai langkah-langkah di atas, anda boleh menyemak status permohonan anda dengan melayari PSU PERKESO.

Masukkan nombor rujukan dan juga emel yang anda telah gunakan untuk memohon. Akhir sekali, anda hanya perlu klik ‘Cari’.

Siapa Yang Tidak Layak Memohon PSU 2.0?

Untuk mengelakkan kekeliruan, berikut adalah senarai mereka yang tidak layak untuk memohon Program Subsidi Upah 2.0:

  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September 2020;
  • Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 September 2020;
  • Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri;
  • Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
  • Pekerja yang telah digajikan di bawah program Penjana Kerjaya (Hiring Incentive);
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk pekerja bebas (freelancers);
  • Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate); dan
  • Majikan yang menarik diri daripada memohon PSU 2.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, setiap majikan berhak mengambil inisiatif ini untuk memulihkan operasi syarikat perniagaan anda.

Memang tidak dinafikan, COVID-19 memang telah memberikan kesan kepada kelangsungan beberapa industri di Malaysia.

Proses untuk kembali bangkit memang mencabar. Namun dengan adanya bantuan ini, diharapkan ianya dapat membantu meringankan beban kewangan anda.

P.S Sekiranya anda memerlukan platform untuk memasarkan produk anda secara online, kami boleh membantu anda dengan Getorders.

Getorders adalah  aplikasi yang dibangunkan untuk memudahkan anda menyenaraikan menu produk, menerima pesanan, menguruskan invois serta pengurusan kedai online anda.

Platform ini terbuka kepada semua pengusaha PKS, restoran, makanan dan kedai runcit.

Atas kesedaran serta prihatin kami mengenai kesukaran beberapa peniaga yang sukar mendapat pelanggan, kami menawarkan Getorders kepada anda secara PERCUMA!

Ya, anda boleh mendaftar tanpa perlu kad kredit. Malah kami juga membantu anda dalam hal-hal seperti:

  • Bimbingan dan tips untuk menjual barangan anda secara online melalui Getorders.
  • Ketahui bagaimana nak menguruskan perniagaan melalui Whatsapp.
  • Kemahiran untuk menguruskan pesanan dan penghantaran produk.

Onlinekan bisnes anda sekarang. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Getorders.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.