Duit. Itulah perkara yang sentiasa bermain di fikiran setiap peniaga.
Umpama permainan catur, salah percaturan, pincang pergerakan. Dalam industri yang sangat sengit, strategi perancangan kos sangat penting untuk mengelakkan kerugian besar dalam perniagaan anda. Tiada siapa yang mahu kehilangan wang.
Mengambil langkah kecil dalam perancangan kos anda boleh memberi impak yang besar pada margin keuntungan perniagaan anda.
Ada 5 langkah yang anda patut ambil untuk menjimatkan wang anda:
- Mengawal saiz hidangan & sisa makanan
- Menjalankan semakan inventori harian
- Menyertai Group Purchasing Organizations (GPO)
- Mengautomasi proses manual
- Menghalang kecurian dalaman
1. Mengawal saiz hidangan & sisa makanan
Perhatikan sisa makanan pelanggan selepas mereka selesai makan. Jika mereka kerap tidak menghabiskan makanan, ia mungkin petanda bahawa hidangan anda terlalu besar untuk mereka.
Jadi, anda perlu melaraskan saiz hidangan kepada yang lebih sesuai dengan mereka. Cara ini bukan sahaja membantu mengawal sisa makanan, malah mengurangkan kos untuk restoran anda.
Antara cara yang lain adalah dengan mengurangkan saiz hidangan sampingan. Sementara pelanggan menunggu hidangan utama untuk sampai, mereka mungkin akan berasa kenyang terlebih dahulu semasa menjamah hidangan sampingan. Situasi ini tidak ideal untuk memastikan kos anda seimbang.
Tahukah anda? Sistem Point-Of-Sale oleh Slurp! boleh membantu anda menguruskan menu anda dengan mudah. Anda boleh membuat, mengira kos, dan mengurus resipi dengan mudah di dalam sistem dan selarikan dengan inventori anda.
2. Memeriksa inventori harian
Kesilapan yang sering dilakukan oleh peniaga adalah tidak mempunyai pengurusan inventori yang rapi. Tanpa anda sedari, anda mungkin berbelanja berlebihan tanpa memeriksa inventori anda.
Jadi, memeriksa inventori harian amat disarankan untuk para peniaga. Satu tips untuk langkah ini adalah dengan menjadualkan masa yang konsisten setiap hari, seperti sebelum membuka dan menutup syif.
Mengikut jadual yang ditetapkan membolehkan anda menghitung dengan tepat berapa banyak stok anda yang digunakan dalam jangka masa tertentu. Peranti pengurusan inventori sangat berguna untuk membantu anda dengan tugas ini, terutamanya apabila perniagaan anda berkembang.
Dengan menghubungkan inventori anda dengan POS berkebolehan seperti Slurp! , semua keputusan anda adalah berdasarkan data yang tepat & logik. Oleh itu, anda boleh melihat dengan lebih terperinci tentang keluar masuk wang anda.
3. Menyertai Group Purchasing Organizations (GPO)
GPO ialah parti ketiga yang berurusan dengan pembekal untuk merunding harga. Memandangkan pembekal lebih responsif kepada jumlah pukal, GPO akan mengumpulkan pesanan daripada restoran-restoran kecil untuk mendapatkan harga yang berbaloi untuk semua.
Tujuan utama menyertai GPO adalah untuk mendapatkan kualiti produk terbaik pada harga terendah. Dikatakan penjimatan sehingga 30% boleh dicapai apabila peniaga menyertai GPO, kerana pihak GPO akan membelikan produk-produk secara pukal dan mengagihkan kepada semua peniaga yang terlibat.
Walaupun anda membeli pada harga rendah, kualiti produk masih terjamin. Sebahagian daripada perkhidmatan suatu GPO adalah memeriksa kualiti agar peniaga-peniaga kecil mendapat yang terbaik dalam penjimatan mereka.
4. Mengautomasi proses manual
Mengambil pesanan, menyediakan hidangan, menyemak inventori – semua adalah tugas-tugas berulang yang memerlukan tenaga kerja. Tetapi lebih banyak pekerja, lebih tinggi kos pengambilan pekerja. Jadi, bagaimana untuk mengatasi isu ini terutamanya semasa era inflasi?
Jawapannya adalah automasi! Automasi di restoran boleh meredakan kebimbangan anda dengan membiarkan sistem pintar mengendalikan tugas intensif buruh.
Slurp! POS ialah salah satu solusi untuk automasi yang menyeluruh di restoran anda. Direka khas untuk industri makanan dan peruncitan, sistem POS berasaskan awan (cloud) ini boleh mengendalikan operasi dari hujung ke hujung dengan lancar.
Ia juga boleh mengelola pengurusan staf & inventori, pemesanan, bayaran, dan paling penting sekali – analitik data.
Tambahan lagi apabila anda memilih sistem POS untuk mengambil alih tugas secara digital, semakin kurang peralatan fizikal diperlukan. Ini bermakna anda boleh berjimat untuk barangan fizikal atau alat tulis seperti helaian inventori, buku menu, kertas pesanan, dan banyak lagi.
5. Menghalang kecurian dalaman
Walaupun anda percaya dengan pekerja anda, kecurian dalaman di restoran masih perlu diawasi. Pekerja yang tidak amanah akan menjejaskan keuntungan dan menyebabkan kerugian dalam jangka masa panjang.
Kecurian dalaman boleh terjadi dalam pelbagai bentuk seperti mencuri produk, mengambil wang, dan diskaun palsu di mana ia selalu terjadi di belakang kaunter. Lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga sebelum nasi menjadi bubur.
Antara langkah yang anda boleh ambil adalah dengan menggunakan sistem POS di kaunter. Ciri anti-kecurian Slurp! membolehkan anda menetapkan peranan dan kebenaran untuk mengakses laci tunai.
Selain itu, anda juga boleh mengawasi aktiviti staf berdasarkan rekod jualan dan pergerakan inventori. Dengan cara ini, ia menerapkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pekerja dan menguatkan lagi keselamatan wang anda.
Penutup
Mulakan langkah melindungi wang anda dengan tips kami di atas.
Dengan sistem yang tepat, ia merendahkan risiko wang anda untuk melayang. Slurp! POS mempunyai penyelesaian yang cekap untuk menjimatkan wang dan mengendalikan operasi restoran anda.