Call us at +603 8744 2331

Apa Risiko Yang Anda Hadapi Bila Tak Gunakan Sistem POS?

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

POS atau Point of Sale ialah gabungan software dan hardware yang membolehkan peniaga mengurus transaksi dan inventori dengan cekap.

Contoh mudahnya: mesin yang anda lihat cashier tekan-tekan di kaunter semasa memesan makanan atau membuat pembayaran.

 

Bagaimana sistem POS berfungsi?

 

pos system malaysia

Biasanya sistem POS berfungsi begini:

  1. Pelanggan membuat pesanan atau membeli produk anda.
  2. Sistem POS mengira jumlah harga.
  3. Pelanggan membuat pembayaran.
  4. Transaksi direkodkan dalam sistem.

 

Memang proses diatas nampak mudah dan boleh menggunakan mesin cashier biasa saja. Namun, sistem POS lebih cekap dalam mengendalikan pelbagai tugas secara serentak kerana ia juga membolehkan pelanggan membuat pesanan & pembayaran dari meja mereka sahaja. Jadi, pekerja anda boleh fokus kepada servis dan makanan berkualiti.

 

Apa risikonya bila tak ada sistem POS di kedai?

Anda mungkin rasa pen, kertas, dan cashier register sahaja dah memadai untuk menjalankan operasi bisnes. Tapi hakikatnya, banyak risiko yang bakal anda hadapi setiap hari.

 

1. Terlepas peluang keuntungan.

Proses jualan manual tanpa sistem POS mendedahkan anda kepada risiko tidak dapat meraih keuntungan semaksimanya. Ini kerana transaksi manual memakan masa yang lama dan berpotensi terdapat kesilapan dalam order pelanggan atau resit.

 

2. Pelanggan terpaksa tunggu lama.

Tanpa sistem POS, anda akan menyebabkan pelanggan terpaksa beratur panjang dan menunggu lama hanya untuk order dan membuat pembayaran. Kadang kala pelanggan nak minta kira asing pun tak boleh sebab cashier risau masa closing nanti resit dan sales tak selari.

 

3. Serabut memantau hasil jualan.

Bila anda tak gunakan sistem POS, anda atau pekerja anda akan stress menguruskan resit, jumlah cukai, dan segala kertas kerja untuk memantau hasil jualan dan prestasi operasi anda. Padahal semua aspek ini boleh disimpan dalam satu sistem POS dan satu klik sahaja, anda boleh tengok semua laporan dan data.

 

4. Pelanggan setia berkurang.

Ucapkan selamat tinggal kepada pelanggan setia serta targeted marketing. Tanpa sistem POS, anda tak boleh nak jejaki purchase history pelanggan anda dan maklumat mereka untuk strategi marketing anda. Secara tak langsung, mengurangkan keberkesanan marketing kedai anda.

 

5. Pengurusan inventori yang serabut.

slurp - inventory management

Bersiap sedia untuk pening mengurus inventori anda. Ini kerana anda akan berulang alik antara bilik stor dan kaunter atau dapur untuk melihat stok kerana anda tiada sistem POS untuk menunjukkan jumlah stok yang masih ada, bakal habis, dan baru masuk.

 

Tapi jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya.

 

Slurp! POS boleh menghindari semua risiko diatas dan menaikkan lagi potensi bisnes anda. Menggunakan sistem POS yang moden seperti Slurp, anda boleh menyelaraskan operasi, memperbaiki servis pelanggan, melihat data jualan dengan senang, dan membuka peluang mengembangkan bisnes.

Jangan ketinggalan lagi, gunakan kelebihan Slurp POS untuk memajukan lagi perniagaan anda.

Follow us on social media!

More To Explore

Sign up to our mailing list!

Get updates on retail and F&B articles, trends, tips and Slurp! related newsletter.